Common sense v1.0: Menonton wayang di panggung wayang

Al-kisahnya pergilah hamba sahaya menonton The Hobbit di Cineleisure Damansara minggu lepas. Tidaklah besar mana panggungnya menurut kanda Massabrina kerna tayangannya sudahpun berminggu-minggu lamanya. Namun boleh tahan penuh jugaklah hadirin-hadirat yang datang menonton. Enggan duduk di barisan hadapan dengan mendongak selama kurang lebih 2 jam 30 minit, maka Inche Khairie beralah dengan merelakan dirinya duduk berseorangan di barisan hadapan kerusi merpati dua sejoli manakala kami berdua pulak duduk di barisan tempat duduk merpati dua sejoli.

Di sebelah gua, sepasang merpati dua sejoli berketuruan Kaukasia, manakala di sebelah kanda Massabrina pula merpati dua sejoli berketurunan Melayu. Kami berdua je merpati sama jantina. Aherherher.

Filem mula ditayangkan. Sayup-sayup kedengaran merpati di sebelah sana sedang rancak menceritakan jalan cerita kepada pasangannya. Bagi yang tidak pernah menonton Lord of The Rings (LOTR) Trilogy, mungkin agak sukar memahami The Hobbit. Mungkin Inche K jugak tak berapa paham jalan cerita sebab external hard disk yang sudah disedut dengan LOTR Trilogy itu crashed sebelum sempat beliau tonton dan khatam.

Takpelah you, nanti I kasik you sedut lagik skali ya?

Bagi kanda Massabrina dan gua pulak, menonton The Hobbit umpama merungkaikan segala persoalan bagaimana The Ring boleh sampai ke tangan Bilbo Baggins dalam pengembaraannya menjelajah Middle-earth.

10 tahun selepas LOTR: Return of The King barulah prequelnya muncul. Tau tak perasaan tu macham mana? SEKSAITED!

Namun penghayatan mula terganggu dengan suara-suara kecil di barisan paling depan. Suara anak-anak yang mula bermain-main dan bercakap-cakap. Merpati Kaukasia mula gelisah dan terganggu, gua jugak begitu. Suara anak-anak itu makin nyaring dan membingitkan sedangkan filem masih ditayangkan di layar perak.

Anak-anak itu makin restless. Bangun dari tempat duduk mereka dan mula memanjat-manjat kerusi. Tiada teguran secara tegas daripada pihak ibubapa. Lebih kepada membiarkan anak-anak itu bermain sesuka hati. Begitulah keadaannya hinggalah tamat tayangan The Hobbit.

Baik, sudah gua terangkan situasi. Sebelum gua membentangkan hujah gua, ingin gua tegaskan di sini yang ini adalah pendapat gua. Kalau ada yang punya berlainan pendapat, toksah nak cakap belakang. Ada medium untuk sampaikan. Lagipun, tak ada salah atau betulnya dalam setiap pendapat dan pandangan.

Dalam situasi tadi, gua tak salahkan anak-anak yang bermain tu. Mereka tak salah. Dah memang namanya budak, their business is to play. Yang gua salahkan adalah mak bapaknya.

Pangggung wayang bukan tempat untuk kanak-kanak/bayi.

Sampai ke hari ni gua tak bersetuju dengan sesetengah ibubapa yang bawak anak-anak yang masih kecil/bayi ke panggung wayang. Betul, kadang-kadang nak jugak tengok wayang di luar. Takkan sampai tak boleh sedangkan semua orang punya hak yang sama. Tapi fikir tak keadaan panggung wayang tu macham mana?

Gelap, tak ganggu kalau budak nak tidur. Betul.

Bunyi bising, dengan sound effect DTS yang bendentum-dentam tu agak-agak sesuai tak dengan gegendang telinga budak-budak yang masih fragile tu? Bila dah besar, bila kau panggil nama budak tu mulalah kau kata pekak. Salah sapa kalau anak tu tak dengar nanti?

Suhu sejuk. Ada panggung wayang yang memang suhunya sejuk macham haram. Kalau orang besarpun rasa sejuk sampai berdiri bulu roma, budak kecik macham mana? Alasan boleh pakaikan baju sejuk dan selimut. Hmmmm..

Kalau tiba-tiba anak menangis meraung dalam tu? Tak ke dah mengganggu penonton yang lain? Kalau gua, malu-malu alah jugak kalau semua mata memandang. Orang pandang bukan nak tolong senyapkan anak yang menangis tu tapi nak bagitau yang dia tak selesa dan terganggu dengan tangisan sedangkan dia datang ke situ nak menonton filem. Itu baru pandang, jeling-jeling. Kalau yang merengus? Sedap kau nak tahan bontot dalam panggung tu?

Kesian budak. Biarlah dia selesa kat rumah. Kalaupun nak menonton dengan suami-isteri, tinggalkan kejap di rumah dengan bibik/mak/mak mertua/saudara.

Dalam kes The Hobbit ni, gua rasa anak-anak tu restless sebab filem The Hobbit bukanlah filem untuk kanak-kanakpun. Nak bawak budak masuk panggung, biarlah kena dengan filemnya. Kalau filem kartun, memanglah sesuai untuk mereka semua. Tapi kalau filem aksi, tambah pulak dengan masa tayangan yang hampir 3 jam memang mampu membuatkan penonton lain tidak lagi menonton filem di layar perak tapi menonton aksi budak-budak tu pulak.

Memang, memang ada yang boleh cakap yang gua bujang. Belum punya anak sendiri, belum tau rasa macham mana. KANZZZ??!! Yelah, masing-masing memang bermulut puaka. Tetap nak bandingkan orang kawen dengan orang  bujang. Kenapa? Sebelum ni kau tak pernah bujang ke? Lahir dari perut mak terus kawen dan beranak-pinak?

Yelah. Duit masing-masing beli tiket. Ye dok?

4 thoughts on “Common sense v1.0: Menonton wayang di panggung wayang

  1. Betul. Wayang mmg sgt x sesuai utk baby. terlalu kecil nak masuk panggung. tu blom bab menangis. semua penonton akan terganggu. respect la skit kat penonton lain yg juga bayar harga movie utk tgk dgn focus bkn nk dgr budak2 menangis. peduli apa kalau org nk kata dia pun byr duit tgk wayang so suka hati dia la nk bawak anak ke tak tp jgn sentap kalau dpt penonton yg outspoken terus sound time tu jgk suruh bwk baby kau keluar. kanda penah saksikan kejadian itu. hahaha. sgt puas hati. x reti nk respect org awam yg nak menghabiskan weekends dgn gumbira. Kalau nak bawak kanak2 tu bwk la tgk cite yg sesuai. Crita berat mcm aritu mmg tak sesuai. Nak kata kita bujang x paham org yg ada anak mcm mana konon abis yg korang bebal benda basic pun xle pikir.
    Hambik. Panjang plk kanda luah kt sini. Mmg sgt terganggu. Menjadi kepantangan sungguh!

    • jarang yang nak tegur setepek. betullah tu, dia yang menegurpun ada hak jugak. dia tak ke situ nak dengar baby menangis. parents patut lebih tau tempat mana yang sesuai untuk baby. jangan fikir untuk diri sendiri sahaja, fikir jugak untuk keselesaan/kemudahan orang lain.

  2. :: ooooooooooooooooohhh… sangat setuju !!!! sorry lambat., tapi saya sangat setuju Yang Arrrriifff !!! memang betol !! kita bayar nk tgk muvi itu, bukan nak dengar anak kau menanges2, camtu, baik pi nursery saja . Cerita action satu hal, belum cerita yang ada babak romance sikit… lagi la tak sesuai…ini tengah syok2, feeling2..tiba-tiba…”maaaaakkk…nk kenciiing., atau…”mamaaa…jom balik…bila nak balik…” duhhhhh…potong tahu, potong !

    lagi satu Yang Arif, kalau budak2 bising, satu hal…ini yang dah besau panjang pon sama.. borak macam tengok movie download dalam laptop kat umah sendiri….”haaa..lepas ni die nak terbang kat bangunan tu, tapi tali spider dia tak cukup panjang, jatuh bergolek atas bumbung kenderaan,” …”haaa, lepas ni kan, heroin diajalan itik pastu kene langgar dengan kereta kuda, terus mati…” ..suara kau kalau perlahan takpe…eh, suara perlahan pon tak boleh kerna nanti kau ingat kau boleh teruskan bercakap dari awal sampai abes citer..

    baek, saya emosional sedikit, harap maaf….

    • senang cakap tak siapa suka dengan gangguan untuk sebarang servis yang dibayar, betul tak? kaedahnya sama aja, dan sama jugak sepertimana kita gunakan kemudahan awam. perlu fikir untuk keselesaan/kemudahan orang lain, bukan hanya untuk diri kita sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s