Hari terakhir..

Tanggal keramat 28 Disember. Bermakna berakhirlah sudah tugas gua di sini selama hampir 3 bulan. Pahit-manis-perit-jerih akan sentiasa tersemat di sanubari.

Tuhan Maha Adil. Dan seringkali gua ingatkan kembali diri andai setiap keinginan tidak dimakbulkan..bahawasanya Dia punya peranchangan yang lebih baik untuk hamba-Nya ini. Dan sesungguhnya, gua belajar dan tersadar dari kebenaran itu dan kemudian learn it the hard way.

Setiap jalan yang gua telusuri di pulau ini umpama mengimbau kembali tiap memori. Setiap ceruk punya kenangan, setiap langkah ada ingatan. Saban petang, tatkala memandu pulang dan melewati sepanjang Jalan Mecalister gua pasti tersenyum. Kerna di laluan itu terletaknya sekolah gua, St. George’s Girls’ School (SGGS).

Laluannya begitu aman dan tenang. Dirimbuni dengan pokok-pokok besar yang sudah beratus usianya. Redup. Pemanduan diteruskan hingga ke Hospital Besar Pulau Pinang. Terlalu banyak perubahannya. Dahulu, andai ada aktiviti ko-kurikulum ataupun latihan rumah sukan di pagi hari gua akan menaiki bas Transit Link dari rumah. Berhenti di stesen Dhoby Ghaut seawal jam 6.30am, seterusnya mengatur langkah. Jauhnya hanya Tuhan yang tahu. Dengan menggalas beg sekolah berisi buku, uniform sekolah dalam beg jinjit, alatan mandian dan bedak serba sikit.

Dari stesen bas, terus diatur langkah melewati penjara, kemudian deretan gerai yang sentiasa meriah dengan makanan dan minuman, terus masuk ke ruang hospital sebagai jalan pintas. Langkah dihayunkan lagi. Kalau malas nak gunakan jejantas, gua lintas sahaja jalan raya yang seluas 4 lorong itu. Destinasi masih jauh. Terpaksa pulak melalui Hospital Bersalin, dan sekali lagi jalan pintas diambil dengan masuk melalui Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi. Yang memisahkan antara sekolah rendah itu dengan SGGS adalah padang yang seluas mata memandang.

Tak pernah jemu mengatur langkah dan memanjat tangga bas untuk sampai ke destinasi.

Ahhh.. Kini semua itu hanya tinggal memori.

Tersenyum tiap kali kenangan-kenangan itu menjengah. Ya, hidup kita akan berubah andai kita berusaha untuk mengubahnya.

Gua akan kembali semula ke tempat yang menjadi sumber rejeki. Nun jauh di kotaraya, dan jauh dari klorga. Pengalaman di sini akan gua bawak hingga ke mati.

Terima kasih, Allah.

.

i.Z.Z.i.e:

Kuala Lumpur Aku Datang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s