Jauh kian jauh. Nun jauh di sebalik awan..

Tajuk entry ini sebenarnya adalah lirik lagu. Harap maklum.

Pengetahuan am gua berkenaan lagu-lagu Melayu tangkap leleh semustinya kerna Alang. Dia yang rajin dengar Pilihan Bersama kat Radio Muzik dolu-dolu. Gua memang tak tau apa. Budak hingusan lagi. Tapi disebabkan dia suka menyanyi dan akan menyanyi dengan suara yang sama seperti penyanyi asal, makanya gua yang inesen ni boleh terikut-ikut nyanyi bersama.

Sampai sekarang lagu-lagu tu melekat dalam kepala otak ni.

Lagu dengan lirik di atas tu nyanyian arwah Achik Spin. Tajuk: Tiada Beza di Sisi-Nya.

Itu sebenarnya mukadimah. Sebab gua nak bercherita tentang novel Jauh karya Aisya Sofea. Tiap kali gua tengok kulit novel ni, gua musti nyanyi lagu arwah Achik Spin tu.

Jauhhhhhhhhh kian jauh
Nun jauh di sebalik awan..

Gua tau takde kena mengena. Tapi saja. Gua nak kalianpun sama-sama ternyanyi lagu ni tiap kali nampak novel ni. Aherherher.

Okaylah. Untuk yang dah tau, taulah. Yang tidak tahu, meh sini gua nak khabarkan. Novel Jauh telahpun diadaptasi tapi bukan sebagai filem mahupun drama bersiri tapi telemovie di Mustika HD, 30 Disember 2012, jam 10 malam. Lakonan Adi Putra dan Fauziah Ghous.

Gua dah tengok gazetnya. Kalau dalam novel, pertemuan antara Fikri dan Ika adalah di bumi United Kingdom yang seterusnya membawa kepada bibit-bibit perchentaan yang membuahkan rasa di hati. Tapi dalam telemovie ini, mereka bertemu di Morocco.

Indah!

Dan kachak benar abam Adi Putra. Aummm!!

Melihatkan Fauziah Ghous, terbayang di minda gua babak dalam novel yang dibaca sebelum ini. Gua masih ingat betapa Fikri suka benar mengelus rambut Ika yang lebat dan lurus. Gua dapat bayangkan nanti bagaimana pula aksi itu dilakonkan oleh abam Adi Putra. Rawr!!

.

i.Z.Z.i.e:

Kalau bukan abam Aaron Aziz, abam Adi Putra sahajalah yang sajak benar menjadi hero pooojaan adaptasi novel Malaya. Eh?

4 thoughts on “Jauh kian jauh. Nun jauh di sebalik awan..

    • kenapa kamo? adakah kerna..

      1) kamo tak dapat teka lagu yang saya berikan lirik seperti tajuk entry?
      atau
      2) satu lagi novel penulis kegemaran kamo diadaptasi?
      atau
      3) pelakon-pelakon “Jauh” tidak memenuhi kriteria kamo?
      atau
      4) semua yang tertera di atas?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s