The verdict of Twilight Saga Fever – Contest by Izzie Zin

Hello (masih dengan intonasi Edward Cullen sewaktu menyapa Bella dalam kelas Biologi).

Setelah hampir 2 minggu gua peram keputusan contest Twilight Saga Fever ni. Susah nak mencari siapakah pemenang yang hakiki. Cewah!

Sebelum gua umumkan, eloklah gua berikan jawapan untuk kesemua soklan-soklan yang diajukan. Ada soklan yang senang, senang sangat. Yang susah, susah sangat.

  1. Sudah sedia maklum bahawasanya Edward Cullen memandu Volvo. Dengan kekachakkannya itu, ditambah pula dengan kereta yang meluncur laju, mampu membuatkan mana-mana mata yang memandang turut jatuh rahang. Berikan nombor plat kereta Edward Cullen tersebut. JAWAPAN: 57F 6D3.

  2. Robert Pattinson dikatakan punya pertalian darah yang jauh dengan keturunanan yang cukup terkenal dengan sebuah mitos pada zaman dahulu. Siapakah yang dimaksudkan? JAWAPAN: Vlad The Impaler a.k.a. Vlad III Dracula.

  3. Bakatnya bukan sahaja dalam lakonan tetapi juga dalam muzik. Robert Pattinson menulis sendiri beberapa lagu dalam filem Twilight. Namakan alat muzik yang boleh beliau mainkan. JAWAPAN:Piano dan gitar.

  4. Dalam filem Twilight, Bella memesan Mushroom ravioli dan soda manakala Edward tidak memesan apa-apa, hanya menemankan Bella menjamu selera. Namakan tajuk lagu dan penyanyi yang menjadi lagu latar sewaktu mereka di restoran itu. JAWAPAN: Never Think – Robert Pattinson.

  5. Soalan bonus: Impress me :-). JAWAPAN: Why? (always question the man).

Setelah ditimbang tara, pemenang untuk contest kali ini adalah Farious Farid. Soalan bonus itu sebenarnya tiada yang spesifik pun. He he.

Terima kasih daun keladi kepada kalian yang sudi menyertai. Andai ada rejeki, insyaallah gua akn buat contest lagi.

.

i.Z.Z.i.e:

Farious Farid, sila check peti surat Facebook anda ^.^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s