The unexpected review of “Istanbul Aku Datang”

Gua nampak posternya di lubuk yang menjadi kebiasaan gua mengail. Tidak pernah pulak gua tahu akan kewujudan filem ini. Lebih-lebih pulak pelakon wanitanya bukanlah menjadi kegemaran di hati. Umum sudah mengetahuinya. Pelakon lelakinya jugak begitu. Beto Kusyairy dan Tomok. Tomok berlakon?

PUH-LISSSSSSS!

Ya! Itu adalah sangat judgemental.

Namun jari-jemari kontot yang baru berinai di 5 jari di tangan kiri dan 5 jari tanpa inai di tangan kanan laju mamaut pautan-pautan yang tertera. Dengan kelajuan yang tidaklah sepantas kelajuan bunyi, apatah lagi kelajuan cahaya, semuanya siap tak sampai sejam.

Namun gua biarkan bertepek dalam folder dengan pandangan sepi. Bukan kerna para pelakon yang menjadi sabab-musabab gua berusaha untuk menyedut tapi kerna nama tempatnya itu. ISTANBUL.

Ya, Istanbul.

Ni kang ada pulak yang dan-dan mengaku Istabul pun destinasi impian. Puiiiiiii~! *ludah ludah ludah*

Pernah beberapa kali gua ceritakan mengenai Istanbul, Turki di sini. Rasanya inilah penceritaan yang panjang lebar. Ahhh..betapa gua rindukan saat menceritakan pengalaman menjelajah negara orang *selak gambar dan draf yang bersawang*. Banyak jugak yang gua belum kongsikan. Tapi biarlah gua ceritakan kisah Istanbul terlebih dahulu.

Istanbul atau nama lamanya, Constantinople adalah negara yang begitu unik. Negara yang punya dua benua, sebahagiannya di benua Asia manakala sebahagian lagi terletak di benua Eropah. Hanya dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Yang menjadi penghubung antara dua benua Istanbul adalah jambatan Bosphorus Bridge (First Bosphorus Bridge) dan Fatih Sultan Mehmet Bridge (Second Bosphorus Bridge), Istanbul Metro yang melalui dasar Selat Bosphorus melalui Marmaray tunnel (dijangka siap 2015) dan pengangkutan airnya.

Dan semustinya, cuaca Mediterranean di sana yang begitu nyaman.

Sememangnya penduduk di Turki adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Namun Islam di sini tidaklah seperti di negara-negara Arab yang lain. Di sini sejak pemerintahan Mustafa Kemal Atartuk, Islam tidak lagi dipraktikkan seperti empayar Uthmaniyah. Pemerintahannya sekular. Pemakaian tudung tidak dibenarkan sama sekali. Kisah hidup pemerintah itu ada baiknya dibaca untuk kalian yang tidak pernah tahu.

Muda-mudinya pulak begitu berbangga dengan negara mereka. Mereka tidak mengaku berasal dari Asia tetapi lebih gemar mengakui bahawa mereka berasal dari benua Eropah.

Yang paling terkenal di sini semustinya masjid Aya Sofia (Hagia Sofiya). Dahulunya adalah sebuah gereja tetapi apabila Islam mula bertapak di kota Constantinople, gereja bertukar kepada masjid. Di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Atartuk, masjid ini ditukar menjadi sebuah museum (hingga kini).

Begitulah kechentaan gua terhadap kota ini. Begitu menawan hati, begitu mempesonakan.

Sudah cukup gua bermukadimah mengenai kota Constantinople. Langsung kita menelusuri filem yang dimaksudkan. Genrenya adalah mudah, komedi romantik. Seperti kebanyakan filem-filem yang sedia ada, plotnya tidaklah begitu sukar untuk difahami. Seorang gadis bernama Dian yang ke Istanbul atas tiket ingin belajar kursus Bahasa Turki. Tetapi sambil menyelam minum air kata orang tua-tua. Datangnya jugak adalah untuk bertemu dengan kekasih hati, Azad dan seterusnya berusaha untuk memastikan dia akan dilamar atas nama chenta yang sudah terjalin sekian lama.

Namun hidup bukan semudah yang dijangka. Jangkaan Dian untuk menumpang di rumah Azad selama 3 bulan di sana ditolak. Azad beralasan tidak manis dipandang orang. Mahu tidak mahu terpaksalah Dian mencari tempat baru.

Dengan bantuan seorang lelaki tempatan, Dian berjaya mendapat sebuah rumah. Sesuai dengan kemahuan dan kehendaknya, terus dipersetujui untuk membayar sewa 1500 Turkish Lira bagi tiga bulan di sana. Dian gumbira, selesai sudah satu masalahnya. Lepas ini dia hanya perlu fokus untuk meneruskan misinya.

Namun Azad tidak lagi seperti dahulu. Ada perubahan yang sedikit sebanyak membuatkan Dian makan hati dan memendam rasa. Azad seperti mahu mengelak. Ada sahaja alasan tiap kali diajak makan tengah hari bersama-sama, pegang tangan pun tidak mahu. Tapi bila di kawasan yang jauh dari universiti dan tersorok daripada pandangan mata orang, bukan takat nak pegang tangan malah lebih dari tu pulak mahunya! Dasar!

Dian telan semuanya. Biarlah Azad begitu. Mungkin ada benarnya, tak elok dilihat orang. Lagipun, Dian dah kenal Azad sejak dari sekolah lagi. Dia pujuk hatinya sendiri. Jauh dari bumi Malaysia, jauh dari klorga, dia hanya sendirian di kamarnya.

Sendirian?

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Rumah yang didiaminya itu ropanya sudah berpenghuni! Bukan perempuan, bahkan LELAKI! *ehem ehem*

Chantek sungguh bumi Istanbul
Tersergam indah Aya Sofia
Dian terkejut, matanya tersembul
Kerna Harris juga dari Malaysia.

Maka bermulalah episod percakaran bagaikan anjing dengan kucing antara Harris dan Dian. Dian bertegas untuk terus tinggal di situ kerna dia sudah membayar duit sewa. Nak keluar dan tinggal di hotel pulak dia sudah tidak berwang. Dian nekad. Kedegilan Dian mengundang kebengangan Harris. Dia terlebih dahulu menyewa di situ, mana pulak boleh orang lain masuk sesuka hati!

Dan bibit-bibit percakaran itulah yang mewarnai filem ini. Sungguh gua akui, gua tidak pernah meminati Beto Kusyairy. Lakonannya sebelum ini pun tidaklah gua tonton beria-ia. Tak perasanpun kalau ada. Siapalah dia untuk bertakhta di hati setelah kanda (aum!) terlebih dahulu singgah di hati ini dan bermaharajalela di segenap sanubari.

TAPI..

TETAPI..

AKAN TETAPI..

(percobaan untuk memberikan justifikasi..)

Lakonan Beto telah berjaya menambat hati ini. Cherita ini ‘hidup’ kerna lakonannya. Ya, mungkin wajahnya tidaklah setampan kanda Aaron Aziz, mahupun tubuh tegap seperti kanda Adi Putra namun sesungguhnya lakonannya itu yang menjadi aset bernilai seorang pelakon.

Sweet lah Harris ni. Sweet tau, sweet! ‘Comel’ dan ‘periang’.

Lisa jua nampaknya ada penambahbaikan dalam penghayatan watak dan lakonan.

Bukan sedikit genre sebegini di Malaysia tapi bukan semua yang berjaya melahirkan sebuah filem yang tidak membosankan. Gua menyesal sampai ke hari ini kerna menonton filem “I’m Not Single” lakonan Farid Kamil, Lisa Surihani dan Awal Ashaari. Rasa bodoh melantun-lantun. Filem yang dibikin bagaikan melepaskan batuk di tangga. Cuma nak jual berdasarkan barisan pelakon sedangkan jalan cerita, plot, dan lakonan entah apa-apa.

Lain kisahnya dengan Istanbul Aku Datang. Mungkin kerna garapan Bernard Chauly bersama-sama Rafidah Abdullah. Nama yang tidak asing lagi. Pembikin yang sama untuk Gol & Gincu. Sebab itu gua tengok filem ni tak rasa nak merempan-rempan.

Eh. Tak abis lagi nak cerita pasal Azad. Huh! Perubahan Azad rupanya bersebab. Jantan kalau dah ada orang lain, memang macham ni lah perangainya. Mula-mula beri alasan macham-macham. Lepas tu bila ada peluang, salahkan pasangan yang berlaku curang. Sedangkan dia sendiri yang curang, tak pulak sedar. Pasal apa mudah sangat nak tuduh curang? Sebab lepas tu bolehlah ambik jalan mudah nak putuskan hubungan! Dasar!

“Kita senang nak percaya dengan kejujuran orang, lagi-lagi dengan orang yang kita sayang.” –Harris.

“Bila dua hidup dah sebati, tak semudah tu untuk dileraikan.” –Harris.

.

i.Z.Z.i.e:

Tak jadik nak delete Istanbul Aku Datang dari external HDD lepas habis tengok. Nak simpan.

12 thoughts on “The unexpected review of “Istanbul Aku Datang”

  1. I sanggup langgar sumpah takkan menonton filem melayu di wayang lps membodohkan diri tgk I’m Not Single di wayang *facepalm* – bukan kerana istanbul apatah lg lisa atau tomok tapi kerana beto kusyairi. jatuh hati dgn keselambaan dia dalam telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah. Ye tajuknya mungkin mengundang senyum sinis, tapi bila ditonton, aduiii manisnya meruntun hati. Apatah lagi heroinnya si cantik Siti Saleha. I recommend u to watch it. Mungkin boleh berkongsi review di sini🙂

    • kah kah kah! itulah, lain kali jangan bersumpah tau cik min..tengok, kan diri dah dimakan dek sumpah! tapi memang win lah you perti tengok I’m Not Single kat wayang. tak dapat i bayangkan! i yang sekadar sedut dari Torrent pun dah merempan bagai nak gila sebab rasa bodoh gila bazirkan masa hampir 2 jam untuk filem yang memang sdfghjkwertyuio. inikan pulak you yang siap bayar tiket! ok, ini memang sengaja i mengapi-apikan you😛

      beto beto beto. tatau dah nak kata apa. sebab dia terlalu bersahaja itulah yang menggamit perasaan ni. ahh..dia shuwet dengan caranya tersendiri. guess what? aku, dia dan tong sampah tu pun i dah download dah. ingat nak tengok whenever i am on the go sebab dah masukkan dalam tab. tapi i pandang sebelah mata tau!

      sekarang, tersembul bijik mata i! nanti i carik masa dan tengok ya! tak nak berjanji manis tentang reviewnya.. ^.^

  2. Silalah gelakkan saya. Nak guling2 pun boleh. Memang harrroooom gila rasa bila tgk citer ntah hape2 tu. In my defence though, saya dipaksa menonton di wayang oleh kawan yg obses dgn awal ashaari. Haduiiiii x sampai 3 minit tgk i dah rasa mcm nak bako wayang. Serius menyesal x sudah. Nasib baik istanbul aku datang jadi pengubat. See, lama tu nak ubat hati!

    Dan silalah tgk aku dia dan tong sampah. It is now juara carta drama melayu kegemaran saya untuk tahun 2012. Siapa yg dah jatuh kat beto lps citer tu sure cair terussss *dreamy eyes*

    • i taknak meroyan lebih-lebih. nanti orang cakap, i nak tambah sorang lagi kanda dalam senarai pulak. aherherher. sumpahhhhhhhh!! i suka lakonan beto tu ajer. dia memang ada bakat!

  3. Lakonan Beto memang berkesan, i dah lama perasan sejak Juvana dulu tapi tu laa..sebab dia tak ketul-ketul macam AA kan, muka macam budak baru habis SPM hehehe tu yang lambat nak boom kot. Drama Aku, Dia dan Tong Sampah lagi best! HUhhh..sempoi habis…..

  4. Fisrt2 ms movie ni kluar, mmg sgguh2 xnk pi cinema tgk..cz dh trpegang dgn tanggapan, “Malay movies are not that worth to be watched at cinema. Tggu kluar kt tv ms Raya nnt pn xpe.: ^^ (esp. bl dgr Tomok blakon..hahaha..trbayang2 saat2 dia dgn NewBoyz dlu..owh tdakk.. XD). Tp, sudahnya, sggup pi cinema ulang tgk 2x..n DL gak.. tp…knapa guys yg sweet gni (AA of course trmasuk dlm list), msti dh kahwin..cess…dh experienced psl tu charming n sweet trlebih kot..hehe (pjg mcm nk buat entry baru dh ^^) Btw, iZZie, nice review!! Love it! ^^

  5. Dearest Miss Izzie.. hahah chewah.. Beto yee.. kaka wan dah lama suka Beto nih..mmg cool gilee.. and sila juga tonton drama selagi masih ada walaupun adalah drama saduran tapi he is so cute.. and abaikan watak pelakon wanitanye ye… anyway… JAUH akan cuba ku sedut nanti heheheh

    • jauh hati nak sedut JAUH.. bukan semua adaptasi yang mampu memuaskan hati pembaca novelnya. bila terlalu banyak lambakan adaptasi ni, jadiklah karya yang tak u bah seperti hanya mahu mengaut keuntungan, habuan dan royalti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s