Che Huna

Gua harap tuan empuanya badan tak baca belog gua, lebih-lebih lagi entry yang ini. Dan gua jugak berharap agar temannya yang kachak dan tinggi dengan keyakinan diri itu jua tidak singgah. Ada sebab mengapa gua tidak sertakan sekali URL belog si empunya badan, Che Huna (bukan nama sebenar) di sini. Sebab gua khuatir akan berjaya dikesan dengan setiap ketikkan kalian. Ya, benar. Memang tertera dan nyata terpampang URL beliau di ruangan yang berkenaan. Tapi gua andaikan kalian malas nak mencari siapakah gerangan yang dimaksudkan.

Jika tidak, andai segalanya terbongkar..nescaya gua akan malu selama 7 keturunan.

Salam kepada kalian. Ini adalah bebelan si perempuan yang tidak bisa ketiduran selepas minum teh tarik di Restoran Nasi Kandar Salam. Dengan segelas teh tarik, mampu membuatkan gua tidak melelapkan mata lalu dengan jayanya telah membuka belog Che Huna.

Semua tulisannya sudah gua baca. Dari belog lama, sampailah Che Huna buang penulisan yang lama dan bermula dengan penulisan baru, pun sudah gua baca. Dan secara tidak langsung, latar-belakangnya dapat jua gua ketahui serba sedikit. Che Huna umurnya lebih muda daripada gua, seorang pelajar jurusan kejuruteraan yang menuntut di Perancis. Wah! Nampak benar seperti seorang stalker berjaya di situ.

Tak adil rasanya andai gua bercherita mengenai Che Huna tanpa memberikan sedikit latar-belakangnya. Kerna gua rasanya itu adalah informasi asas yang perlu kalian tahu. Hahahaha *ketawa penuh makna*.

Seperti yang gua khabarkan dalam perenggan di atas, dek kerna tidak bisa ketiduran makanya gua telah menggodek-godek belog Che Huna. Membaca dengan skrin iPhone 4 yang kecil dalam gelap malam, pasti akan menyumbang kepada darjah kerabunan lebih tinggi daripada yang sedia ada. Tapi hati ini seakan melonjak-lonjak ingin meneruskan pembacaan walhal semuanya telah dibaca.

Hal ini adalah kerana, setiap penulisannya yang bernada sinis itu punya ilmu yang dikongsikan. Walau kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman, ataupun sekadar berkongsi pandangan dan buah fikiran..penulisan itu jugaklah yang membuatkan gua menggangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju lantas mengingatkan gua ada kebenaran di sebalik patah katanya.

Dari politik, falsafah, agama, isu semasa, pengalaman di rantauan, dan macham-macham topik yang dikongsikan. Ruang lingkupnya luas. Dan gua suka bilamana setiap penceritaan itu dikaitkan dan saling berhubung antara satu dengan lainnya.

Sebagai contoh, percotiannya dari Corsica hingga ke Naples (dan Tuhan lebih arif sampai ke mana lagi kakinya melangkah). Gua tersenyum saat Che Huna mengaitkan cerpen sastera Bahasa Inggeris, The Lotus Eater sewaktu dia menjejakkan kaki di Capri. Sengaja diulang pembacaannya agar jelas dan nyata seperti mana yang ditulis oleh Somerset Maugham. Beliau melihat sendiri Gunung Vesuvius dan kejernihan air lautnya. Dalam hati gua mengucapkan terima kasih kerna melalui pengembaraannya, gua dapat ‘melihat’ sendiri keindahan seperti yang dinyatakan dalam karya sastera terbabit. Seakan gua turut berada di sana.

Dan khabarnya, Che Huna akan ke Morocco pulak *lap ayer mata darah*. Aci kerat kuku yang Che Huna akan menelusuri tiap lorong dan ceruk yang ada. Sama seperti tiap tempat yang telah dilawatinya sebelum ini. Betapa inginnya gua masuk dalam beg sandangnya dan ikut sama ke sana. Ahhh..gua akui yang perasaan ini tiadalah lain melainkan dengki sedengki dengkinya!

Che Huna gemar membaca sedari kecil lagik. Dan dengan sikapnya yang suka membaca itulah yang membuatkan ilmu pengetahuannya bertambah. Setiap apa yang dibaca di internet, tidak diterima bulat-bulat. Dipastikan terlebih dahulu kesahihannya.

Tak macham gua. Kemalasan semakin berleluasa sehingga gua menjadi terlalu culas untuk membaca. Suratkhabar apatah lagi! Lemas dengan isu-isu politik membuatkan gua hanyut jauh daripada mengetahui berita di negara sendiri. Kadang terleka dengan sogokan dari internet, lebih gemar menonton, tidur ataupun sengaja melengah-lengahkan tugas yang ada. Masa yang ada terlalu terhad.

Lalu belog Che Huna menjadi lubuk untuk gua mendapat segala informasi. Di situ beritanya dikupas dengan caranya tersendiri. Lebih mudah untuk dicernakan dan terbuka minda dengan perkara yang menjadi persoalan.

Sungguh! Terlalu banyak alasan yang diberikan. Jari hanya menunding dan menyalahkan orang atau faktor luar sedangkan tidak diri sendiri. Entah. Mungkin terlalu biasa dimanjakan. Semuanya mau disuap. Malas untuk bersusah-payah dan berusaha sendiri sampaikan hal-hal begitupun mahu dihidangkan di depan mata.

Mungkin itu yang menjadi penyakit yang begitu sukar untuk diubati di kalangan orang *batuk* Melayu *batuk*. Mentaliti juga masih di takuk yang sama.

Sebab itu gua punya satu teori yang belum lagi dipastikan kesahihannya. Teori di mana para pelajar under-graduate yang melanjutkan pelajaran di luar negara punya corak pemikiran yang berbeda. Under-graduate sahaja, post-graduate dan PhD tidak diterimapakai dalam teori ini. Pelajar post-graduate dan PhD dah jadik buluh. Under-graduate masih rebung, masih lagi muda dalam usia 19-20 tahun dihantar ke negara orang dan baru nak mula kenal erti hidup. Nun jauh di rantauan, mahu atau tidak perlu menyesuaikan diri dengan budaya, cara pemikiran dan segala-galanya di sana. Bukan sehari dua, tapi bertahun-tahun.

Sedangkan gua yang sengaja mencampakkan diri sendiri ke Seoul selama 11 hari pun sedikit sebanyak terkesan jugak dengan budaya masyarakat di sana, inikan pulak kalau bertahun-tahun!

Gua sisipkan di sini. Di sana, pengangkutan awam begitu efisyen. Sistem subway (LRT) di sana sahaja lebih dari 10 lines. Namapun subway, mustilah stesennya di bawah tanah. Bukan semua stesen punya escalator dan elevator. Elevator dikhaskan untuk OKU. Kalau pengguna biasa, silalah gunakan tangga.

Al-kisahnya, menjadi pemandangan biasa ahjumma-ahjumma (makcik-makcik) berusia dalam lingkungan 60 tahun bawak kereta sorong yang mak-mak bawak pergi pasar tu naik subway. Tapi muatannya berat, bukan sayur atau daging. Sarat dengan kotak-kotak dan barang-barang.  Dan semua muatan itu diturunkan dengan tangga.

Untuk pengetahuan kalian, satu stesen tu kadang-kadang ada 3 lines yang ditransitkan. Setiap line punya tingkatnya sendiri. Ya, naik-turun tangga lagik di situ. Tak sekalipun gua tengok mana-mana anak muda yang menolong ahjumma-ahjumma ni. Susah payah dia turunkan muatannya satu demi satu mata tangga. Dan elevator yang ada tu langsung tak digunakan. Dan tak pulak dia memintak bantuan.

Kalau gua naik LRT jangan haraplah nak turun atau naik dengan tangga kalau takdak escalator. Mampos gua tunggu elevator tu jugak-jugak walaupun nak turun atau naik setingkat. Apa? Elevator hanya untuk OKU? Err..ramai je gua tengok yang segar-bugar sama-sama guna elevator tu. Aherherher.

Manja. Tak boleh susah sikit. Selalu mengharapkan pertolongan dan bantuan. Itu orang kita, dan jugak gua. Kat sana bukan main terbuka minda. Tapi bila dah pulang ke Malaysia, kembali menjadi seperti sedia kala. Payah jugak nak mendisiplinkan diri untuk ikut budaya masyarakat lain yang positif sebab masyarakat sendiri bersikap sambalewa.

Ahhh..alasan lagi. Tunding jari lagi.

Satu lagi contoh penulis yang gua gemari penulisannya adalah Cik Magenta. Coba kalian baca mengenai tulisannya berkenaan Ketuanan Mat Salleh. Hadamkan.

Gua syukur jugak mereka-mereka ini berani dalam menyuarakan pandangan mereka melalui penulisan di alam maya. Terkadang kita terlalu dibutakan dan disogokkan dengan budaya dan cara masyarakat sendiri di sini.

.

i.Z.Z.i.e:

Masih hanyut dalam mimpi dan enggan sadar ke alam realiti.

9 thoughts on “Che Huna

  1. ::It’s a trap !! a trap !!::

    start baca blog die, samalah seperti start tgk video ellen di youtube..takkan ada kesudahan..

    he is good..yes he is !

  2. Pingback: Magenta is back! | i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s