Pelangi itu nampak indah di atas kepalamu..

Duhai Diary,

Hidup tak selalunya indah. Ada pasang surutnya. Dan semustinya, seringkali mata ini hanya nampak pelangi yang chantek atas kepala orang lain, sedangkan pelangi yang ada atas kepala sendiri tak pernah pulak nampak.

Aku letih. Letih dengan permainan hidup yang kerap kali bermain dengan hati dan perasaan yang terlalu rapuh. Makin usia menganjak ke senja, makin banyak percaturan hidup yang begitu membebankan jiwa. Ingin sahaja aku lari jauh dari sini. Jauh dari kota, jauh dari siapa-siapa sahaja. Biarkan aku mencari ketenangan yang semakin menghilang.

Lalu masa itu jua semakin pantas berlari meninggalkan diri yang terlalu perlahan langkah yang diaturkan saban waktu. Masih belum puas aku menganyam malam bertemankan mimpi indah yang hadir sekelumit cuma. Mimpi yang kadangkala membawa diri ini hanyut seketika daripada pahit maung kehidupan seorang anak yang menggalas beban di bahu. Masih belum puas aku mencarik kenangan di siang hari bersama realiti yang kadangkala begitu kejam ataupun terlalu manis untuk terus tinggal dalam memori. Pantas tirai senja berlabuh menenggelamkan matahari di ufuk barat.

Matahari itu kelihatan begitu memukau dengan sirna jingga di garis horizon. Perlahan-lahan ia pergi dengan cahaya yang makin suram. Timbul pula gelap malam. Malam yang panjang.

Dan putaran waktu itu berulang-ulang hingga tiba penghujung waktu. Aku tak tahu berapa lama nafas ini akan terus berombak, aku tidak tahu berapa lama badan ini akan terus bergerak, dan aku tidak tahu berapa lama nyawa ini akan terus dipinjamkan.

Aku tenat. Tenat dengan permainan watak-watak di pentas donia yang begitu menyesakkan. Andai bisa dipadamkan semua ingatan, akulah insan yang pertama mahu melaksanakannya. Padamkan semua! Biar sahaja ingatanku kosong tidak meninggalkan jejak kepada mana-mana watak yang melukakan.

Padam. Padamkan semuanya..

-iZZie-

One thought on “Pelangi itu nampak indah di atas kepalamu..

  1. Hahaha masih ingat text2 kita tentang lumrah manusia yg memandang pelangi di atas kepala org lain =) kamo nak makan eskrim dgn saya? Hari nieh sy cuti sensorang smlm mak balik ke kg.. Huhuhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s