Isu plagiat: Luahan hati Izzie

Salam wahai pembaca yang budiman.

Sebelum gua memulakan kalam, ada baiknya andai terlebih dahulu gua menghulurkan kata maaf jikalau kata-kata seterusnya mahupun sebelumnya menyinggung mana-mana pihak. Sejujurnya, ini adalah sesi luahan hati. Makin lama disimpan, makin bernanah dirasakan. Tak elok untuk kesihatan.

Isu plagiat-memplagiat belog ni bukan isu baru. Dah berjaman.

Belog Kak Di contohnya, dah berapa kali kena plagiat. Dari isi kandungan sampailah ke gambar yang dia tepek. Dah ada watermark pun masih jugak lagik yang tak segan silu nak cilok. Belum kira yang tiru setiap posing dan lokasi celah bedah mana yang Kak Di bergambar. Tapi Kak Di jenis kool, tak melatah.

Bukan gua nak samakan yang belog ni dah sama popular dengan belog Kak Di sampai nak kena plagiat. TAK. Jauh langit dengan bumi. Cuma gua nak tekankan cara penerimaan seseorang apabila situasi ni terjadi adalah berbeda.

Ada yang ambil langkah untuk lebih protective dengan disable-kan fungsi right click, privatizing blog dan sebagainya.

Gua? Hmmm.. *berfikir*

Kalau nak ditelusuri kembali kronologi belog ini dari mula, tidaklah susah dan panjang berjela sejarahnya. Bermula dengan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang tunggang-langgang, tak ubah seperti menulis kertas penulisan dalam peperiksaan. Tapi gua senang begitu. Dan gua masih meneruskan penulisan sebegitu hingga kini. Biarlah dikatakan skema, tidak menulis dengan ayat ringkas atau perkataan yang urban dengan gaya bahasa anak muda kini.

Sudah gua bilang, gua ini oldschool.

Dan dari penulisan Bahasa Inggeris, perlahan-lahan gua bertukar ke Bahasa Malaysia. Dari kata ganti diri “I” kepada “ako” (read: aku), dari “ako” kepada “saya”, hingga seterusnya kekal daripada “saya” kepada “gua”. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan cara penulisan sendiri yang makin jahanam.

Awalnya, gua juga adalah pembaca. Waktu itu gua sering membaca belog Inche K, khairierahman.wordpress.com selaku teman sekantor. Dialah yang mula-mula menulis belog di Kerajaan Langit. Kemudian Kak By turut menulis di ruangan Blogspot. Masing-masing punya ekspresi sendiri.

Namun yang menjadi pengaruh besar dalam pemilihan WordPress adalah Khairie Rahman. Beliau yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Dan dari situ bermulalah segalanya. Bermulalah penceritaan driedroses.wordpress.com, segala pengalaman dan emosi, berkembang kepada perkongsian cerita makan-makan di restoran dan kaki lima, aktiviti jalan-jalan dan percotian, hinggalah kepada penulisan review dan sinopsis.

WordPress tidak seperti Blogspot yang membenarkan pelbagai coding dimasukkan dalam sidebar mahupun dalam entry si penulis. Melainkan kalau pemilik sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membeli domain sendiri dan seterusnya segala macham coding dapat diletakkan dalam belog.

Dan oleh kerna itu andai kalian sadari, belog ini bebas daripada mana-mana syarikat pengiklanan. Gua menulis bukan kerna untuk mendapatkan laba atau untuk hit yang tinggi. Gua tulis atas dasar minat. Tidak bermakna pulak kalau blogger lain yang punya iklan dan sebagainya dikatakan menulis kerna mahukan pulangan. Usah disalah tafsir dan diputarbelitakan maksud gua, pacal yang hina.

Tak gua nafikan, sewaktu kemuncaknya belog ini pernah menerima hampir 4000 pembaca dengan ID unik sehari. Difahamkan, gua boleh aja redirect URL driedroses.wordpress.com ke Blogspot supaya dapat memanfaatkan jumlah hit dari pembaca. Maaf, bukan berniat untuk mendabik dada dengan jumlah pembaca yang tidaklah seramai mana. Tak pernah gua dedahkan atau kongsi statistik pembaca sebelum ini.

Sekali lagi gua tegaskan, gua tak kejar populariti. Kepuasan datang dari setiap yang gua hasilkan dari ilham yang tercetus lalu dikongsi bersama-sama kalian yang sudi membaca. Kerna itu begitu sayangnya gua kepada setiap apa yang gua coretkan di sini. Belog ini punya nilai sentimental yang tinggi. Sesungguhnya, tiap tulisan itu banyak yang gua curahkan dan kongsikan. Bukan sekadar perasaan malahan masa yang gua laburkan untuk menaip tiap patah kata.

Dan manalah tidak remuk hati ini tatkala mengetahui usaha yang gua curahkan selama ini dalam setiap karya dan nukilan diplagiat tanpa pengetahuan? Itupun gua tahu dari kalangan pembaca yang sudi sampaikan. Kalau tidak, sampai sudah gua takkan tahu. Andai kalian berada di tempat gua, tidakkah kalian terasa sakitnya? Setiap patah kata dan bicara di sini, digunakan di ruang sosial yang lainnya.

Tak pernah gua rasa berbangga atau mahu mendabik dada. Tidak jugak merasakan ini adalah suatu pencapaian atau menjadi trendsetter dalam donia penulisan.

Kepuasan apakah yang diperolehi? Sampai bila mampu terikut-ikut dengan cara penulisan dan gaya bahasa penulis lain? Tidakkah rasa bersalah menipu diri sendiri?

Teman-teman memberikan nasihat dan kata perangsang. Maklumlah, hati tisu ini mudah benar tercarik. Diberikan semangat untuk gua terus menulis. Intan manakan sama dengan kaca, kata mereka. Namun hati ini sepertinya tawar. Luka itu masih merah dan berdarah.

Untuk penulisan review Adam dan Hawa, gua sendiri tidak pasti bagaimanakah arah tuju penulisannya di sini. Mungkin masa akan mengobati segalanya. Wallahualam.

.

i.Z.Z.i.e:

Sudah berkali gua katakan yang gua hanyalah si penulis picisan. – iZZie.

Menulis macham takde identiti. Serupa manusia tak kenal diri. – @yonna.

4 thoughts on “Isu plagiat: Luahan hati Izzie

  1. don’t cry baby…..sedihkan bila orang tiru kita. Dan selalu bertanya kenapa kenapa kenapa? Tapi anggaplah kita popular dan dianggap IDOLA. LOL!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s