Lady of Tantrum: The Return of Sumpah-Seranah Queen

Dengan berbekalkan perjalanan dari Ayer Itam ke Georgetown yang hanya kurang daripada 30 minit sehala, mampu membuatkan segala amarah, dan baran yang gua coba kikis selama berbelas tahun ini menjadi sia-sia. Semua kerna sikap pemandu-pemandu yang benar-benar menguji kesabaran gua.

Kesabaran yang sudah sampai ke paras hidung. Dah tak mampu nak bernafas lagik!

Oh Tuhan Esa. Hazab gua di atas jalan raya masih tidak berketepian. Setiap kali gua pegang stering kereta, tak kiralah pagi hari mahupun sewaktu pulang ke rumah, dalam hati ni sering berkata..90% gua akan sondol kereta orang. Sengaja!

Tapi memandangkan keadaan Pinky yang tidaklah sekuat bulldozer, maka gua masih coba untuk tidak sengaja menyondol mana-mana kereta tatkala pemandu lain memandu seperti jilaka di atas jalan raya.

Ya, gua rasa sedikit ketenangan sewaktu berulang-alik dari Ayer Itam ke tanah besar selama sebulan lebih. Walaupun dalam sehari gua menjelajah lebih 70km, dengan keadaan trafik macham fundek di sepajang Jalan Masjid Negeri dan Green Lane namun ketenangan itu muncul tatkala roda kereta memecut di Jambatan Pulau Pinang dan seterusnya di lebuhraya PLUS.

Ketenangan itu diragut kembali apabila gua berulang-alik ke Georgetown. Sumpah-seranah menjadi mainan di mulut. Corak pemanduan bertukar menjadi agresif. Abang sendiri komen yang hilang segala sopan-santun gua apabila di jalan raya.

Memang. Memang gua tidak sabar. Dengan jalan raya yang sempit, boleh pulak suka hati nak parking lagi tepi jalan sesuka hati mak bapak laki mak tiri derang. Tak kiralah sebesar-besar kereta ke, lori segala machampun asalkan boleh. STRESSSSSSSSSSS!!

Memandu di Penang memang sangat sesuai untuk dijadikan medan menguji skill dan ketahanan minda. Gua kongsi sikit beberapa tips untuk kalian yang mungkin tak biasa di sini..

Signal:

  • Jangan terkejut kalau kalian dah berikan signal tapi masih tidak diberikan laluan. Ini adalah normal. Lagi kalian berikan signal, lagilah pemandu lain pecut atau takkan berikan jalan. Silap-silap gaya, kalian yang kena hon.
  • Pemandu di sini memang tak gunakan signal. Kereta mahal ke, murah ke..semua sama. Takut sangat  nak guna signal. Masuk simpang, tukar laluan, berhenti tepi jalan semuanya dibuat dengan sesedap rasa. Pemandu lain perlu berhati-hati dan peka.

Motosikal:

  • Penunggang motosikal di Penang memang tinggi jumlahnya berbanding dengan tempat-tempat lain. Ada yang bawak laju, ada yang bawak perlahan. Satu lorong tu kadang-kadang didominasikan oleh penunggang motosikal ini sahaja. Dan memang derang suka menyelit. Lagi sekali, sangat perlu berhati-hati.

‘Jolok’/’cucuk’:

  • Memandangkan signal tidak digunakan secara meluas, cara yang paling banyak digunakan di sini adalah dengan ‘jolok’ atau ‘cucuk’. Kalau kalian tidak berani untuk ‘jolok’ atau ‘cucuk’ sewaktu nak keluar dari simpang atau tukar lorong, jawabnya kalian akan keras tak bergerak kat situ.

Hon:

  • Perlu hon pemandu/penunggang lain supaya mereka sedar dengan keadaan sekeliling. Kadang tak perasan kereta dia makin menghimpit kereta kita, kadang dia main masuk kiri-kanan tanpa tengok kereta lain, kadang bawak kereta/motor macham makan angin. Hon aja.

Sama ada suratan atau kebetulan, plat kereta yang berpangkal “W” sememangnya kurang digemari di sini (atas jalan raya di Penang). Jadi, silalah bertabah hati kalau kena buli.

.

i.Z.Z.i.e:

Sah-sah gua takkan dapat naik awan guling sebab hati tidak bersih dan suci murni. Sobs.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s