The old school me, he said..

Dan tamatlah sudah penantian Apieq untuk mengetahui keputusan UPSR. Mana tidaknya, dari 8hb November ditunda pulak ke 19hb November. Penantian suatu penyeksaan, tahu??!!

Eceh! Macham gua pulak yang amek periksa. Itu 14 tahun doluuuuuuuuu.. Keputusan peperiksaan Apieq, Alhamdulillah. Untuk budak nakal dan aktif, 4A1B sudah cukup baik.

Menjadi persoalannya kini, apakah habuan yang patut diberikan? Dan semalam tak pasal gua pulak disekolahkan oleh Mr.K. Mana tidaknya, pandangan gua dan dia berbeda dalam hal ini. Cara psikologi Mr.K dalam memberikan semangat dan galakan kepada anak buahnya adalah dengan habuan. Habuan yang pada gua cukup besar kalau nak dibandingkan dengan usia budak tu.

Contohnya..

Darjah 1: 1A = RM100.

Darjah 2: 1A = RM200.

Darjah 3: 1A= RM300.

..dan seterusnya. Takkpun dijanjikan percotian ke luar negeri mahupun dalam negeri. Mau buntang bijik mata gua. Tapi yelah, itu kemampuan masing-masing ye dak? *lap ayer mata*

Untuk kes Apieq, gua tak janjikan apa-apa. Betul, dia dah berusaha dan setiap pencapaian dia perlu diberikan penghargaan. He earns it, he deserves it.

Gua bentangkan kes gua pulak kepada Mr.K. Darjah 1, gua dapat #2 dalam kelas, dan Bahasa Malaysia terbaik dalam aliran. Hadiah yang gua dapat dari Mak Cu: pensil kaler Luna 12 batang saiz pendek. SAIZ PENDEK! BUKAN YANG PANJANG, HOKEYYYYY!!! Sedangkan masa tu, siapa yang bawak pensil kaler 36 batang yang dalam bekas tin adalah dikira sangat hebat. Itupun gua tak dapek.

Apa ada hal? Mak gua pandai pujuk. Mak cakap, ada 36 batangpun warna tetap sama. Dalam 12 batang tu ada warna asas. Kalau nak warna pink, Mak ajar campurkan warna merah dengan warna putih. Kalau nak warna ungu gelap, campur warna merah dengan biru, nak violet pulak campurkan dengan putih.

Dan itulah satu-satunya hadiah yang gua dapat dari klorga sepanjang persekolahan. Tahun-tahun seterusnya, setiap pencapaian gua tak kiralah dapat #1 dalam aliran, ataupun Bahasa Malaysia terbaik 6 tahun berturut-turut akan dapat pengiktirafan dari pihak sekolah. Naik pentas, amek hadiah. Lazimnya voucher buku dari Tan Mark Bookstore. UPSR? Gua tak dijanjikan apa-apa. Tapi lepas tu Mak ada bagi RM20 untuk setiap A yang gua dapat.

PMR? Ucapan tahniah. SPM? Doa restu.

Puasapun macham tu. Masa mula-mula belajar puasa umor 7 tahun, Mak cakap untuk setiap hari yang gua puasa penuh akan dapat RM1. Masa tu RM1 dah cukup besar. Maka gua puasalah sepenuh hari. Takde puasa yang-yang-yok-pagi-pagi-buka-periuk. Puasa penuh tapi taklah cukup 30 hari. Masuk umor 10 tahun gua dah puasa penuh sebulan. Tapi masa tu dah besar. Mak kata, puasalah kerna Allah. Bukan kerna duit.

Bermula dari situ gua faham cara didikan Mak macham mana. Mak didik kami semua bahawa wang bukan segalanya. Kalau belajar dan dapat keputusan cemerlang, syukur Alhamdulillah. Belajar bukan kerna mahukan ganjaran tapi kerna mahukan ilmu pengetahuan. Puasa bukan kerna mahukan duit raya tapi kerna Allah s.w.t.

Mungkin akan ada yang kata yang gua kedengaran sedikit jelly kerna zaman kanak-kanak gua, gua tak dapat hadiah dan habuan seperti mana yang rakan-rakan gua nikmati. Mungkin. Tapi gua belajar dari kesusahan. And I survived it!

Dan kerna hujah-hujah gua yang tidak begitu bersetuju dengan lambakkan habuan untuk anak buah yang masih kecil, gua dikatakan old school oleh Mr.K. Cara gua berfikir sama macham ibunya. Itu zaman gua, sedangkan anak-anak zaman kini perlu diberikan galakan untuk setiap pencapaian dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Diri ini tidak moden, malah begitu konservatif. Kalian mungkin nampak dari luaran sahaja melalui penampilan gua, atau dari percakapan. Namun hakikatnya, fikiran ini tidak seperti yang kalian lihat. Sebab itu gua sering rasakan, gua patut hidup di zaman dahulu kala. Zaman Victoria.

Tapi Allah itu Maha Adil.

Benar, terkadang gua lupa. Masih lagi mahu membandingkan apa yang gua tidak miliki sewaktu kecil. Sedangkan apabila dilihat kembali, kalaupun dolu gua tak dapat itu semua, kini dengan usaha dan keringat sendiri, ditambah pulak dengan hadiah dan pemberian dari Mr.K serta rakan-rakan..gua dapat lebih daripada itu sewaktu dewasa ini. Gua lupa untuk pandang ke hadapan kerna terlalu asyik menoleh ke belakang.

Mujur Mr.K menyekolahkan gua. Tak pernah jemu sampai dah berbuih mulut. Terima kasih untuk segala nasihat.

Tapi sentap tetap sentap. Sebelum nak mengaku yang dia betul, haruslah majuk dolu, kan?! >.<

.

i.Z.Z.i.e:

Kalau ada anak, nampak sangat gua bukanlah favourite mom. Dah tau dah siapa akan jadik THE FAVOURITE PARENT. Le sigh.

6 thoughts on “The old school me, he said..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s