Twilight Saga Fever – Contest by Izzie Zin

*ENTRI MELEKAT SEHINGGA 8 DISEMBER 2012. Sila skroll ke bawah untuk entri terkini. Hehe :)*

Salam wahai penchenta-penchenta kanda Edward Cullen.

Maka dengan ini peraduan Twilight Saga bermula. Hampir 4 tahun menulis di alam maya, inilah kali pertama gua adakan peraduan seumpamanya untuk para pembaca. Mohon dimaafkan andai ada salah dan silap. Sebelum gua berikan terma dan syarat berserta dengan soalan-soalan yang petik jari pun boleh jawab, ada moleknya kalau gua ceritakan dahulu hadiah yang bakal diterima oleh pemenang.

Hadiahnya adalah sebuah novel dari siri Twilight Saga berserta dengan poster.

Tapi tak adalah tandatangan dari Stephenie Meyer. Kalau nak gua yang tandatangan boleh aje. Aherherher.

Baiklah. Terus sahaja dengan terma dan syarat.

  • Terbuka kepada semua pembaca driedroses.wordpress.com.
  • Untuk  melayakkan penyertaan, peserta perlu “LIKE” di Facebook Driedroses – i.Z.Z.i.e. Jawab soalan dengan menghantar mesej ke inbox page tersebut.
  • Tarikh tutup penyertaan: 8 Disember 2012.
  • Pemenang akan ditentukan berdasarkan jawapan yang tepat.
  • Keputusan gua adalah muktamad.

Kenapa 8 Disember? Sebab tarikh lahir Ian Somerhalder adalah pada tarikh tersebut. Dan sebagai mengimbangi kechentaan terhadap kedua-dua vampire, makanya gua perlu berlaku adil.

READY? STEADY??

GOOOOOOOOOOOOOOOO!!!

  1. Sudah sedia maklum bahawasanya Edward Cullen memandu Volvo. Dengan kekachakkannya itu, ditambah pula dengan kereta yang meluncur laju, mampu membuatkan mana-mana mata yang memandang turut jatuh rahang. Berikan nombor plat kereta Edward Cullen tersebut.

  2. Robert Pattinson dikatakan punya pertalian darah yang jauh dengan keturunanan yang cukup terkenal dengan sebuah mitos pada zaman dahulu. Siapakah yang dimaksudkan?

  3. Bakatnya bukan sahaja dalam lakonan tetapi juga dalam muzik. Robert Pattinson menulis sendiri beberapa lagu dalam filem Twilight. Namakan alat muzik yang boleh beliau mainkan.

  4. Dalam filem Twilight, Bella memesan Mushroom ravioli dan soda manakala Edward tidak memesan apa-apa, hanya menemankan Bella menjamu selera. Namakan tajuk lagu dan penyanyi yang menjadi lagu latar sewaktu mereka di restoran itu. 

  5. Soalan bonus: Impress me🙂

Selamat menjawab. Sila gunakan kedua-dua belah mukasurat.

16 thoughts on “Twilight Saga Fever – Contest by Izzie Zin

  1. hohoho kecuali soklan nombor 3 yang boleh dijawab sambil tutup mata, soklan2 lain sume memaksa hamba menonton dan membaca semula movie serta buku twilight saga. tu la asek dihidang dengan hero2 tempatan saja sampai lupa details tentang edward cullen. eh ke ini alasan untuk buat twilight saga movie marathon :p

    • alasannnnnn!! ALASANNNNNNNNNN!!!
      tapi kan, memang wajiblah nak marathon Twilight Saga sebelum pergi tengok Breaking Dawn Part 2. you dah tengok belom last installment ni?

    • Last installment ini sudah ku tonton masa special screening last wednesday taw! Ngehngehngeh…semangat gittew! Sila jeles kpd mereka yg belum menonton lg. Sila la berkejar ke panggung berdekatan.

  2. adik izzie.. ah kak dah berusaha ahhaha.. kalau tidak berjaya tidak mengapa.. tapi apakah tajuk buku itu wahai adik izzie? kalau ah kak dah ada bukunya.. takpe la kasi org lain menang (ehem..berangan betul semua jawapan) ahhahaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s