Izzie is back (again)!!

Kehadapan saudara-saudari pembaca budiman sekalian,

Perghhhh…!! Tak boleh blah ayat mukadimah. Dah macham sekapur sireh, dari meja editor bagai. Al-maklumlah, lama menyepikan diri. Terasa nak mempoyokan diri sendiri dengan menaip dengan madah yang berbunga-bunga.

Ayuhai kalian, ke mana menghilangnya suara kicauan dan jejak yang sering ditinggalkan? Tiada di sini, tiada jugak di FB. Umpama gua bercakap sendirian. Adakah kalian tidak lagi sudi membaca segala penulisan?

Walau kita tidak pernah bersua muka, apakah salah andai kita beramas-mesra di alam maya?

Alam maya je lah.. Kalau realiti, kompom gualah manusia yang akan diam seribu bahasa tu. Maklomlah, gua kan seorang yang pemalu. Auuuwwww!

Memandangkan gua baru pulang dari coti yang panjang, teramatlah banyak yang gua ketinggalan kereta api. Banyak jugak yang perlu gua ceritakan dan luahkan segala yang terpedam dan terbuku di sanubari. Andai punya kelapangan, ingin gua coretkan segalanya di sini. ANDAI >.<

Tak mampu pulak rasanya melunaskan segala janji yang telah ditaburkan. Dasar! Mana tidaknya, kalau dihitungkan, belum tentu cukup 10 jari tangan ni untuk membilangkan berapa banyak tulisan yang gua hutang sama kalian.

Cherating (2010), Arsenal Asia Tour (2011), Nora Elena-Review (2011), Bangkok (2011), Konsert Awie-Ella (2012), Jakarta (2012), Penang (2012), Da Nang, Vietnam (2012), Harry Potter: The Exhibition, Singapore (2012), Adam dan Hawa-Review (2012), Aku Terima Nikahnya Movie Premier (2012), Seoul, South Korea (2012), dan entah apa menda lagik yang gua rasa dah hampir lupus dalam ingatan. Bila pikirkan semua tulisan yang gua masih tak karang walau sepatah haram ni, mulalah rasa nak cirit!

Oh, gua masih tidak lupakan yang satu ini; peraduan istimewa untuk pembaca belog gua yang suam-suam kuku ni sempena dengan siri terakhir Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 2) yang sudah mula ditayangkan di seluruh donia. Memandangkan gua hanya akan berkesempatan menonton kanda Edward Cullen minggu hadapan, makanya peraduan akan bermula pada 26 November 2012. Untuk yang masih tidak tahu apakah hadiahnya seperti yang telah gua war-warkan di page FB, akan gua khabarkan nanti. Tapi hadiah ada kat Kay El. Oleh yang demikian, tidaklah dapat gua tangkap gambar dan tepek di sini. Sila gunakan imaginasi anda, ya?!

Rasa nebes pulak sebab tak pernah buat contest bagai. Padahal berapa kerat sangatlah yang baca belog ni hoi! Tetiba terasa malu sendiri. Eh, gediknya.

Tapi rasanya gambor bawah ni lagik gedik. Okbai.

Lokasi: Sungkyunkwan University, Seoul.

Misi: Mencari lokasi penggambaran Yoochun dalam drama Sungkyunkwan Scandal. Misi berjaya.

Subjek: Perempuan gedik sedang memintal-mintal rambut kerana terlalu teruja.

Kredit: Leanne.

2 thoughts on “Izzie is back (again)!!

  1. Lom masuk crite kat KOREA ….memang teruja nak gi sana pun….update slalu..jgn risau masih ada pembaca senyap….otai tu..:-*:-*:-*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s