Naughty November

Kalau asik siang malam asik bercerita pasal review Adam dan Hawa pun bosan jugakkan? Sekali-sekala haruslah jadik gila kuasa nak ceritakan tentang diri sendiri. KATA JAJA CERITA PERIBADI KAT BELOG..KANNZZZ?! *rolling eyes*

Kejap je dah bulan November. Kejap je dah hampir ke penghujung tahun. November bermula dengan saki baki perilaku nakal bulan Oktober, dan melarat hingga ke bulan ini pula. Harap kenakalannya tidak berpanjangan. Kerap sangat hati ini diduga sejak kebelakangan ni. Sungguh, rapuh benar emosi saat berdepan dengan tiap situasi.

Bak kata Kak Rohana Jalil; “Aku insan yang lemah..”.

Makin hari, usiapun makin merangkak dan bertambah setahun lagi. Tipulah sapa cakap yang umur tu sekadar angka. Nampak sangat nak bohong kat diri sendiri. Denial! Kalau betul sekadar angka, pasal apa nak menggelupur makan kolagen bagai? Bior je lah seadanya. Tapi sebab sedor yang makin meningkat tua tu lah tak sanggup biar proses penuaan berlaku selari dengan usia, KANNNNZZZ??! *sapu wuduk ke muka*.

Apa ke jahanam sangat mulut gua hari ni? Dah macham puaka. Takpelah, sekali sekali nak pukul rata apa salahnya? Terasa? Pandai-pandailah sapu ubat kat hati sendiri.

Dan gua semakin sadar, ada beberapa perangai yang gua kira diwarisi dari Abah gua. Perangai yang gua kira memberikan kesan dan aura negatif. Contohnya, gua pantang kalau berjanji tapi lambat. Kalau dah janji pukul 5pm, 3.30pm gua dah bersiap. Gua akan tiba awal di tempat yang dijanjikan. Dan bila gua yang dah ready ni nak kena tunggu orang lain yang baru terkial-kial, mulalah gua rasa nak beramukan puaka. Cemuih sangat menunggu orang ni.

Dan protes itu biasanya disusuli dengan tarikan muka yang berserta dengan muncung panjang sedepa dan diam seribu bahasa. Sumpah! Ini adalah otometik. Gua tak pandai nak selindung. Gua jugak tak pandai nak bising-bising. Ataupun mungkin sebenarnya gua tak pandai nak balas balik kalau orang tepis kata-kata gua. Tepis dengan nada tinggi, sinikal dan menghentam. Rela beralah.

Selalu otak ni tak mampu nak memberikan respon dengan kadar segera. Terlalu mengambil masa untuk mencari jawapan yang paling sesuai. Sudahnya, gua akan too carried away. Terbawak-bawak dan masih pikir, pikir dan pikir. Bila dah dapat jawapan yang bersusuaian, sudah terlalu lewat. Dan mungkin jawapan yang gua berikan sebelumnya tidak begitu memuaskan dan mengundang itu salah faham.

Bencilah! Scumbag brain!

Teringin jugak nak jadik outspoken dan punya lidah setajam pisau. Berani dari segala segi. Bukan pendam dalam hati dan kemudian menangis mengongoi di kamar sendiri di mana bantal menjadi saksi betapa air mata turun mencurah bagaikan hujan membasahi bumi.

Tirai berlabuh untuk 2012 makin dekat. Tahun yang penuh dengan pergolakan. Penuh dengan dugaan dan cobaan. Gua tak mau mengharapkan apa-apa yang terlalu extravaganza di tahun 2013. Biarlah semuanya dalam peliharaan Dia, Tuhan Yang Esa.

.

i.Z.Z.i.e:

Countdown begins.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s