Adam dan Hawa: RAGEEEEEE!!

Episode 40 kian menjengah. Bermakna hampir separuh perjalanan drama Adam dan Hawa ini sudah ditayangkan saban malam.

Namun perasaan sexcited itu tidak lagi seperti drama ini mula ditayangkan. Momentumnya kian hilang, kian pudar detik demi detik. Mana tidaknya, teman-teman gua yang begitu teruja pada awalnya dahulu kini tidak lagi menjadi penonton setia. Mereka tidak rela untuk terus bertabah hati menonton lakonan abam Aaron yang kini kian tenggelam.

Tenggelam dek lakonan pelakon lain yang… *blerghhhhhh*

Kalau ikutkan hati yang meronta-ronta ni, mau aja gua tinggalkan segalanya seperti mana yang telah gua lakukan pada Bicara Hati dan Stanza Cinta. Tapi, perasaan kechentaan terhadap kanda Adam Mukhriz masih berbaki. Tidak mungkin dinda berpaling semudah itu.

Kalau kalian perasan, makin kurang review yang gua tulis di setiap episode. Mana tidaknya, berapa babak sangat yang betul-betul menceritakan perkembangan di antara Adam dan Hawa? Boleh dikira dengan jari tangan. Itupun tak habis 10 puntung jari. Selebihnya??? BABAK YANG SENGAJA DITAMBAH HANYA UNTUK MEMANJANGKAN DRAMA SEHINGGA 80 EPISOD! SLOWWWWWWW!!

Pertamanya, monolog dalaman Ain Hawani yang masih tidak sudah-sudah tu. Dan gua memang punya firasat yang mengatakan, monolog dalaman dan sesi bercakap dengan diri sendiri Ain Hawani akan terus berlanjutan hingga ke penamat drama ini. Sampaikan ke episode 37 (semalam, 29 Oktober 2012), gua sudah membuat kesimpulan yang Ain Hawani ni mungkin mengalami tekanan jiwa hingga terpaksa bercakap dengan diri sendiri dan Cik Ted sepanjang masa. Dan intonasinya sewaktu bermonolog dalaman pulak semakin datar. Tak ubah seperti baca buku. Datar, tawar dan hambar.

Tak cukup dengan itu, ditambah pulak penyeksaan mental gua ini dengan flash back. Oh, come on! Tak perlu kot nak ulang-ulang dan imbas balik babak yang sama berlaku dalam beberapa episode yang lepas-lepas. Ingatan gua ni masih kuat lagi. Bukannya memori ikan emas. Sudah-sudahlah tu. Kalau tunjuk babak imbas kembali yang tak pernah ditayangkan lagi, takpelah jugak. Sekurang-kurangnya itu babak baru yang tak pernah ditonton oleh penonton lagi. Tapi kalau masih lagi nak tunjuk babak yang sama, itu namanya nak curi masa untuk panjang-panjangkan waktu tayangan!

Ye, gua memang marah! Sebagai penonton, gua rasa tertipu. Bukan takat ulang babak imbas kembali je. Tapi dialog yang sama diulang-ulang patplohpat juta kali pun buat jiwa ni terbakar. Mungkin jugak kita boleh buat game tiap kali tengok drama ni. Contoh;

Setiap kali babak/dialog sebegini kedengaran, sila lakukan seperti yang tertera;

  • Ain cakap yang dia takkan lupakan kejadian yang menimpa dirinya. Segala perbuatan Adam itu akan dia ingat sampai bila-bila → Sit-up x10.
  • Ain tak boleh terima Adam sebagai suami dan mereka bukan suami-isteri → Skipping x10.
  • Azie makan dengan gelojoh → Push-up x10.
  • Mak Ain nasihatkan supaya terima dan berbaik-baik dengan Adam → Lari pecut 100m.
  • Johan kerutkan muka tapi ekspresi muka masih sama → Pergi dapur ambik air.

KOMPOM LU ORANG BOLEH KURUS!!

Azie dah Johan makin menjengkelkan. Perlu ke gua sekolahkan si Azie tu? Tebiat dia tu memang keterlaluan. Makin melebih-lebih pulak sejak balik dari umroh ni. Opps. Dengan cakap tak pernah berlapik, menggedik-gedik, menjerit-jerit, menggeletis sangat! Kalau dia berlakon macham biasapun takde sapa nak kata dia tak boleh berlakon. Sometimes, less is more.

Bergandingan pulak dengan si Johan. Tolonglah Johan, lose your oversized shirts and your glasses. Mata gua ni macham naik cacing dah tiap kali lu enterframe. Sebab si Johan ni lah Abang gua stress tengok Adam dan Hawa. Mana tidaknya, asal ada aja muka Johan dia bertempik-tempik. Mujur dia tak tukar siaran, kalau dia tukar..boleh dengar suara Mak gua pulak bertempik -___-“.

Wahai pengarah, tolonglah kurangkan babak Azie-Johan. Dan jangan ulang babak yang sama berulang kali. Kelmarin Ain dah marah Adam, semalam pun marah Adam, hari ni marah Adam, esok masih lagi marah Adam, lusa, tulat.. BLERGHHHHHH!!

Sesi merempan ini mungkin(?) akan bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Mengalami tekanan mental tiap kali menonton Adam dan Hawa. Penawar rindu pulak jarang-jarang timbul, makanya penyakit makin bertambah kronik.

21 thoughts on “Adam dan Hawa: RAGEEEEEE!!

  1. setuju 110%…sebab pengarah nak ikut sejibik sejebon dalam buku tapi x sesuai la… dah x de mood nak follow jugak. tapi disebabkan AA di gagahkan diri jugak…huhu. Apa2 pun, I can tell that after 2-3 epi (kesah azie & Johan) ni selesai, may be kisah Adam & Hawa berseri semula…(klu ikut buku la)…

    • dalam buku takde pun citer pasal Azie & Johan sampai meleret-leret macham ni. banyak sangat watak-watak sampingan yang ditambah supaya dapat diseimbangkan dengan karaktor utama. ye betul, watak sokongan itu perlu tapi kalau dah terlebih-lebih, hilang fokus utama cerita yang sememangnya berkisarkan kisah ADAM DAN HAWA, bukan AZIE DAN JOHAN.

  2. ::ahahahaaa…yeaah, raaaage !! ini adalah konspirasi !! konspirasi cekik darah peras duet antara astro dan kakak ipar siti nurhaliza !! ciss !!::

    • bukti bertulis yang seorang lagi teman sudah tidak mampu lagi meneruskan tontonan..

      kepada kanda, dinda tidak akan menyalahkan kanda andai kanda tidak lagi mampu meneruskan perjuangan. dinda faham.. *lap ayer mata*

  3. I ada 1 perangai kalau suka citer kat tv mmg akan bebetul follow, sampaikan klu bos suruh gi outstation i bole naik hangin. Sbb kalau outsation musti keja lajak sampai malam or hotel xde channel yg tayang citer tu. Bole jiwa kacau.

    Tp since before raya haji ari tu kena travel back-to-back seberang laut bagai I xde rasa nak meroyan kot terlepas adam dan hawa. Itu tandanya keterujaan menontonnya has started to wear off. -_-

    Itulah. Sekian.

    • Sekapal lah kita, min. Tertinggal pun dah tak rasa apa di hati ni. Dan tak teruja jugak nak menantikan hari esok untuk tengok apa jadik dalam episod seterusnya. Makin lama, makin melalut drama ni *le sigh*

  4. paling tak bleh blah…dialog johan & azie kat spital…
    J: kalo kene tangkap dgn cara yg betul, apa salahnya kan… (aiyooo..ade ke cara tangkap basah yg betul ???)
    A: kalo u suka..i lagi teruja …(uwekkksssss uweeksss) ….
    dah melebih2 sgt plak nk tonjolkan J & A nih sampai dialog pon dah merepek meraban ..dlm novel tak gini pongg

  5. Kannnn..betul tu..asyik3 flash back..bosann..pastu asyik tayang johan dengan azie..hello ni citer adam dan hawa so patutnye tekankan babak diaorg la..kdg menyampah jugak dgn ain tu..susoh beno nk terime adam..bak kasi sini..tiap2 ari peluk adam tu…hahahs

    #kalau hubs bace mau taknak mkn nasi smmgu..huahua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s