Adam dan Hawa: Episode 22

Masuk ke kedai perfume, Ain hanya melihat-lihat deretan wangian. Namun matanya terpandangkan sesusuk tubuh yang sangat dia kenal. Dan susuk tubuh itu jugak berhenti sejenak dan turut memandang ke arahnya kembali..

ADAM MUKHRIZ!

Adam mula mengatur langkah untuk pergi ke arah gadis yang dikenalinya. Namun cepat pula niatnya terbantut apabila Zul memanggilnya. Mereka perlu segera pergi untuk mula bertugas. Kaget Ain! Hatinya makin tak tenteram dengan pertembungan mata yang singkat itu. Walaupun sekejapan, debaran di hati Ain masih bersisa.

Ibu Ain masih terus memberikan wang belanja kepada Ain. Pada Ain, wang sebanyak itu terlalu banyak. Lebih-lebih lagi dia akan mula bekerja nanti. Walaupun Ain coba menolak tapi ibunya berkeras supaya diambil sahaja.

Ain mula bertugas sebagai seorang pensyarah di UiTM. Seorang pensyarah muda yang menjadi poojaan anak-anak teruna dan tak berapa nak teruna. Tak kira muda dan tua. Dengan gayanya kini, Ain kelihatan begitu sofistikated.

Wang masih menjadi isu buat Ain. Walaupun dia sudah sudah bekerja, ibunya masih memberikan wang perbelanjaan tiap-tiap bulan. Ain enggan menerimanya. Tapi nada ibu tua itu masih sama. Dia mahu Ain menerimanya tanpa banyak soal. Itu hak Ain. Kalau tak mahu digunakan, Ain boleh simpan. Boleh jugak nanti digunakan untuk naik haji atau buat umrah.

Perbualan telefon itu bisa ditangkap dan difahami oleh Adam yang sememangnya ada di kampung bersama-sama mamanya. Wajahnya sedikit berkerut. Sensitif benar dia kalau terdengar perkataan ‘duit’ itu disebut dalam perbualan Ain dengan ibu mertuanya.

Masih menjadi tetamu setia di kamar Ain Hawani, Adam berbaring sambil potret kesayangannya dilapkan dengan penuh kasih sayang. Tak dapat usap orangnya, dapat usap bingkai gambar pun jadiklah. Adam bangun. Dia menuju ke almari pakaian Ain. Penuh hati-hati dia membuka daun pintu almari itu. Khuatir tindakannya dilihat ibu mertua atau adik-adik iparnya nanti.

Jelas kelihatan barisan baju kurung Ain yang disangkut kemas. Adam pegang bucu baju di bahagian lengan kurung putih polos dengan bunga-bunga kecil berwarna hijau milik Ain. Lembut. Dia kemudiannya seolah-olah mengira-ngira mana satu baju yang akan menjadi ‘mangsanya’. Mangsa untuk melepaskan rindu.

Dan sekali lagi, baju kurung putih polos dengan bunga-bunga kecil berwarna hijau milik Ain diambilnya. Diperhatikan baju itu, dan di bibirnya terukir sebuah senyuman. Perlahan baju kurung itu dirapatkan ke wajahnya. Di bahu baju kurung itu sebuah ciuman dilabuhkan dan dihidu dalam-dalam. Lama dia begitu. Penuh syahdu. Sedikit sebanyak bau badan Ain yang masih melekat mampu membuatkan dia melepaskan rindu yang terpendam. Biar bau itu melekat dalam ingatannya sampai bila-bila.

Tak dapat cium orangnya, dapat cium bingkai gambar pun jadiklah.

PITAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMSSSSSSSSSSSSSS!!!

UNTUNG KAU BAJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!! *lap ayer mata*.

Begitulah adanya andai terlalu merindui orang yang disayang. Bau yang melekat pada pakaianpun mampu untuk melepaskan kerinduan yang menggebu. Dinda faham sangat kanda. Begitulah yang dinda lakukan tiap kali kerinduan datang menjengah tatkala malam tiba. Kamar peraduan menjadi saksi segalanya. Bantal yang kanda sering gunakan akan dinda cium semahunya. Tak lupa juga, dinda tidur bersama-sama baju yang sering kanda pakai. Kerna dinda tau, bau badan kanda yang sungguh mewangi itu masih melekat dan bersisa.

Sesungguhnya, dinda amat rindukan kanda

Baju itu disangkutkan kembali ke dalam almari. Cukuplah sebagai bekalan. Namun Adam masih berdiri di situ untuk beberapa ketika. Seakan berat benar kerinduan yang ditanggung. Enggan hanyut dengan perasaan sendiri, dia bersujud kepada Illahi.

Ain yang pulang ke kampung sadar yang di penyidai dalam kamarnya masih tergantung sehelai kain pelikat yang dia cukup kenal. Kain pelikat arwah ayahnya. Siapa pulak yang guna? Perasaan ingin tahunya itu dibiarkan begitu sahaja.

Pulang Ain bersebab. Ain akan mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tak lama lagi. Walaupun niatnya suci namun tak boleh tidak dia masih tak dapat membiarkan perasaan risaunya. Dia akan meninggalkan ibunya untuk tempoh yang agak lama. Namun ibunya meyakinkan yang semuanya baik-baik aja. Sempat ibunya berpesan supaya sentiasa menjaga adab dan tatasusilanya sebagai isteri orang. Sekali lagi ibunya melarang agar Ain jangan terlalu rapat dengan Johan. Selagi Ain tak tahu 100% status hubungannya dengan Adam, ibunya tak mahu Ain sengaja mencari dosa.

Apabila diajukan soal masa depannya, Ain hanya mampu menjawab yang dia hanya berserah segalanya kepada Tuhan. Biar Dia sahaja yang menentukan sejauh mana hubungannya dengan seorang suami yang bernama Adam Mukriz. Mungkin ada hikmah pemergiannya ke Tanah Suci. Dia berjanji, di sana nanti dia akan mohon petunjuk.

Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s