Adam dan Hawa: Episode 21

Keakraban Ain dan Johan mengundang kegusaran di hati mak cik Normh, ibu Ain. Eja dapat mengagak yang ibunya risau kalau-kalau Abang Adam tau akan hal itu. Secara jujurnya, Eja mencadangkan agar kakaknya diberitahu akan hal sebenar. Lagi disimpan, bisa menjadi nanah. Tambahan pulak kakaknya itu sudah menganggap tiada lagi hubungan dengan Adam Mukhriz.

Eja yang menjenguk ke bilik Ain mula disoal. Ain ingin tahu adakah selama dia tiada di situ biliknya digunakan oleh orang lain? Kerna bau di katilnya lain benar. Eja serba salah. Coba untuk mengelak dengan mengatakan hanya dia dan Suria yang tidur di situ, untuk melepaskan rindu kepada kakaknya.

Dan jugak kanda. Sebab itulah ada bau lain. Bau wangi. Dan bau jantan. Muahahahahaha.

Telefon di rumah Ain bordering ring ring ring. Ain angkat, Ain beri salam, dan Ain tanya nak cakap dengan siapa. Namun si pemanggil masih diam seribu bahasa. Tak lama kemudiannya panggilan terputus. Mungkin tiada keberanian untuk meneruskan kata.

Mana tidaknya. Ropanya si pemanggil adalah KANDA!!

Lemah gagang telefon diletakkan.

“Am, jawablah biar dia tahu.” mama mencelah.

“And say what, ma? What should I say? Am taknak dia stress bila dengar suara Am. Biarlah dia rehat kat kampung.”

Oh tidak mungkin kanda. Suara kanda itu umpama halwa telinga kepada dinda. Alunan lunak suara kanda itu umpama nyanyian lagu chenta seadanya. Lemak manis disukai ramai.

DISUKAI RAMAI???!!!

Jangan berani-berani kalian semua turut sama nak suka sama suara kanda gua. Akan gua amuk satu Tanah Malaya nantinya tak ubah seperti si Jebat durhaka!

“Macham dah putus asa je.” tambah mama lagi.

“Bukan putus asa ma, dah putus nyawa dah.” Adam senyum segaris. Senyum yang sukar dimengertikan.

OMOMOMOMOMO.. Bab putus-putus nyawa ni cuma dinda yang paling mengerti sekali. Dinda sangkakan cuma dinda seorang yang putus nyawa kerna kanda, rupanya perasaan itu berbalas. Ahhh..indah sungguh donia ini dinda rasakan. Andai lepas ini dinda putus nyawa lagi, dinda tahulah kanda jua begitu.

PUTUS NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

Hon kereta kedengaran. Tak lain tak bukan, Dee. Mama kurang senang Adam masih meneruskan perhubungan dengan Dee.

“Habis nak buat macham mana dah dia sorang je boleh layan karenah Am. Terima je lah.”

DINDA. DINDA SORANG SAHAJA yang mampu melayan segala karenah kanda. Full-stop!

Mama tak suka begitu. Tak baik dimain-mainkan perasaan orang. Kalau betul Adam dan suka, kawen aja. Tapi Adam kurang senang dengan cadangan mama tu. Kejap suka dengan dengan Dee, disuruhnya kawen. Bila tak suka, dilarang pulak. Keliru dibuatnya. Tapi jawapan mama mudah, untuk mengelakkan daripada menjadi buah mulut orang.

“Insyaallah, Am bukannya Am yang dolu. Assalamualaikum.”

Tangan mamanya disalami, lalu Adam berlalu pergi.

Berbalik di kampung, mak Ain dah mula menyoal siasiat hubungan Ain dengan Johan, dan adakah Johan tahu status Ain selama ini. Ain angguk. Orang tua itu makin rasa kurang senang. Ditebaknya yang hubungan Ain dah Johan punya rasa istimewa hinggakan Ain tak berikan ruang langsung kepada Adam dan dirinya sendiri. Ibunya mempertikaikan tindak tanduk Ain yang tak pernah berusaha untuk memulihkan kedaaan. Dan sebagai kata putus dan jugak selaku pemegang kuasa veto, ibunya melarang Ain rapat dengan Johan dan tau batas dirinya sebagai seorang isteri kepada Adam Mukhriz.

Padan muka kena basuh! Wuhuuuuuu!!

Go go makcik Normah!!

Zul berbual-bual kosong dengan Adam. Apa perancangan Adam untuk bawak Ain ke mana lepas ni. Namun Adam memberikan jawapan yang berbeda. Dirinya terasa kosong.

Kosong. Kosong. Oo.. Oo..

Adam merasakan yang segala usahanya selama ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Tak ada makna dan perbuatan yang sia-sia. Ain masih sama, masih tidak mampu menerima dirinya seadanya. Mendengarkannya, Zul dapat membuat kesimpulan yang Adam seperti sudah berputus asa. Bertahun Adam sanggup menunggukan Ain, tetapi baru 2-3 bulan Ain pulang ke Malaysia Adam seperti sudah menyerah kalah.

Adam menegaskan yang hanya dia yang beria-ia sedangkan Ain tak pernah coba nak paham. Zul mencadangkan supaya Adam berhadapan dengan sebarang keputusan dari pihak Ain.

“Yelah, tapi kalau dia tolak aku mentah-mentah sia-sialah aku tunggu dia selama ni, kan?” terpancar jelas di wajah Adam betapa dia sedang berduka nestapa.

“Alah, kalau dia dah tolak kau mentah-mentah..padahal berderet menunggu, bro. And yang sorang tu, aku rasa dah bertahun menunggu tu.” Zul merujuk kepada Dee lettew!!

“Kalau aku nak, dah lama aku buat dah.”

Zul akur. Temannya itu punya hujah yang kuat.

Azie datang jenguk Ain di kampung. Kebetulan Johan nak terbang ke Kota Kinabalu, terus Azie beri cadangan supaya mereka buat kejutan dengan memunculkan diri di airport. Jumpa Johan pun hanya sekejapan. Selebihnya Azie dan Ain hanya cuci mata di kedai-kedai.

Masuk ke kedai perfume, Ain hanya melihat-lihat deretan wangian. Namun matanya terpandangkan sesusuk tubuh yang sangat dia kenal. Dan susuk tubuh itu jugak berhenti sejenak dan turut memandang ke arahnya kembali..

ADAM MUKHRIZ!

Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s