Adam dan Hawa: Episode 20

Tanpa dipaksa, di tikar sembahyang Ain berdoa kepada Allah agar melindungi Adam dari segala musibah dan kecelakaan. Masih ada ruang dalam hatinya untuk memaafkan Adam cuma dia sendiri yang enggan membuka pintu hatinya itu. Dengan penuh rendah diri Ain memohon agar dilembutkan hati, dan diberikan petunjuk kepadanya.

Ternyata, hero Malaya mana bisa mati sebegitu awal! Masih bernyawa di Tanah Melayu, Adam elok sahaja keluar bersama-sama Dee yang kemain lagi jalan berlenggang-lenggok. Walaupun mama berat hati, tapi hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya sengsara. Mama rela menerima Dee kalau itu adalah pilihan Adam.

Namun Adam Mukhriz bukanlah Adam Mukhriz yang seperti dahulunya. Adam Mukhriz kini sudah mula sujud di sejadah. Jari-jemari dari tangan sasa itu sudah mula disusun memohon keberkatan dari Tuhan Yang Esa. Penuh kusyuk, penuh tawaduk, berkain pelikat dan berbaju Melayu serta bersongkok. Kachak!

Astaghafirullah hal azim.

Mudah benar syaiton nirrajim ni menggoda cucu Nabi Adam a.s. -___-”

Di pembaringan, Adam tidur bersama-sama gambar Ain di tangan. Begitulah rutinnya kalau pulang ke kampung halaman. Rindunya dilepaskan dengan menatap wajah isteri hingga membawa ke tiduran.

Kita jumpa  dalam mimpi ya kanda! Aummmm!!

Dan diari hijau milik Ain itu masih menjadi teman setia untuk menyelami hati isteri yang dinikahi. Di birai katil, Adam berteleku. Masih banyak yang perlu diperbaiki dirinya untuk menjadi suami kepada Ain. Kerna Ain inginkan seorang suami yang boleh membimbingnya dan anak-anaknya nanti dengan ajaran agama. Bukan lelaki seperti Adam Mukhriz yang didambakan. Tidak cukup diari Ain dibaca di kampung, Adam meneruskan pembacaannya di kamar tidurnya di Kuala Lumpur. Dengan hanya bertank-top hitam..

Jelas menampakkan lengannya yang sasa itu O___O

AMAIGADDDDDDDDDDD!!!

Sekali lagi cucu Adam digoda.

Astaghafirullah hal azim. Kali ini tesbih di tangan. Harap tidak terurai. Berzikir.

Wajah kanda nyata begitu kelat sekali. Penuh dengan pelbagai emosi yang dinda cukup mengerti apa yang bergolak dalam hati kanda itu.

Nun di benua Australia, Ain Hawani sibuk mengemas baju dan pakaiannya untuk pulang for good ke Malaysia. Memang inilah saat yang paling dinantikannya. Bertahun dia di perantauan mencari ilmu. Kini tiba masanya dia bertemu dengan klorga terchenta.

Di Kuala Lumpur, klorga Ain semuanya sudah bersedia untuk menjemputnya pulang. Sempat ibu dan adik-adiknya singgah di rumah mertua Ain. Adam yang akan menghantar mereka ke rumah Mak Lang. Menantu yang baik sungguh kanda ni tau!

Malamnya, Adam tak lena tidur. Berdebar menantikan hari siang. Di katilnya, Adam begitu gundah-gulana. Tidak betah mengiring, dia memusingkan badanya pula. Melentang sambil berbaring berpeluk tubuh. Tak betah lagi. Dia bangun pula sambil bersandar. Memang dia bagaikan tidak percaya yang akhirnya Ain akan pulang ke Malaysia. Dapatkah Ain menerimanya?

Kanda ni tak ubah mabuk chenta. Siang terkenang, malam terbayang. Hanya ingatkan dinda seorang *blushing*.

Esoknya, Adam sudah bersedia menantikan keluarga mertuanya di rumah Mak Lang untuk ke airport bagi menjemput Ain. Terserempak pulak dengan Kak Long yang kebetulan baru pulang. Sebagai seorang yang kepochi, sengaja Kak Long bertanyakan tentang hubungan Adam dan Ain.

“So, Am dan Ain dah okeylah?Alhamdulillah. Eloklahkan. Ada isteri macham tak ada isteri. Dah lama rasanya, kan Am? Tak tercabar ke? Kalau I kan, I dah carik orang lain dah.” sengaja Syarina nak mencurahkan minyak ke dalam api.

“Tapi I memang suka cara macham ni, kan. Nak buat macham mana?” Adam pulak menyiramkan air ke dalam api yang sengaja dimarakkan oleh wanita yang duduk di sebelahnya.

“Ooo..supaya senang you berpoya-poya, eh? Yang Ain pulak tak tau apa jadik jauh daripada laki. Jiwa orang kawen ni lain tau! Selalu gersang.”

Euuuwww!! Malulah sikit cakap perkataan macham tu depan lelaki kachak yang sudah punya isteri sedangkan awak tu tak kawen lagi! Shame on you!

“You yang gersang kot! Dan berumur macham ni pun masih tak laku. Hehe.” sinis sekali kata-kata Adam.

Syarina yang panas telinga terus angkat punggung meninggalkan Adam.

Padan muka!

“Bye Kak Long!” sempat lagi Adam pamit sebelum beredar.

Saja je kanda ni tau! Ada saja nak kenakan Syarina. Hahahahaha.

Dalam kereta, Adam memberitahu secara baik yang dia tidak mahu untuk turut sama-sama menantikan Ain di balai ketibaan. Tak mahu nanti Ain terkejut dan rasa tidak senang dengan kehadirannya. Rela dia berkorban demi insan yang dipuja dalam diam. Biarlah, biarlah masa yang merawat segalanya.

Johan dan Azie sudah sedia menunggu Ain di airport. Kebetulan, mereka terserempak dengan klorga Ain. Sama-sama menantikan rakan baik mereka yang setelah sekian lama di perantauan. Johan diperkenalkan secara tidak langsung kepada klorga Ain.

Dan Adam hanya melihat segalanya di balik tiang. Hanya memerhatikan dari jauh.

Oh.. kanda *peluk kanda dari belakang tiang*.

Dan ibu Ain perasan kehadiran Adam di kejauhan itu. Wajah Adam yang agak suram sengaja diceriakan saat terperasan yang ibu mertuanya memandang ke arahnya. Namun hati ibu tua itu mengerti. Ibu tua itu sudah lama makan garam. Musti Adam sedih yang dia hanya mampu ‘menyambut’ isterinya dengan jarak begitu.

Akhirnya Ain tiba. Sekali lagi berubah wajah Adam. Melepaskan rindu melihatkan susuk tubuh Ain dan wajah yang terlalu dirinduinya sekadar dari kejauhan. Namun matanya masih mampu menangkap kemesraan yang terpamer di antara Ain dengan lelaki yang turut sama hadir di situ. Berkerut keningnya. Mereka semua mula beredar, namun ibu Ain sempat menoleh ke arah Adam. Adam hanya senyum segaris.

Adam tidak dapat melupakan kejadian sebentar tadi. Masih jelas di ingatannya bagaimana lelaki itu menyalami tangan ibu Ain. Mustahil kalau tiada apa-apa yang istimewa, Ain dan lelaki itu kelihatan begitu akrab dan mesra. Wajah Ain juga nyata gumbira dan ceria dengan kehadiran lelaki itu.

‘Siapa mamat tu, ha? Adam menyoal diri sendiri.

Hatinya tak sedap. Tak suka dengan situasi itu.

Sampai di rumah, mama buru-buru menyambutnya di muka pintu sambil bertanyakan tentang Hawa.

“Am, dah balik? Mana Hawa? Tak bawak Hawa datang sekali? Hawa dah balik, kan? Am jumpa Hawa tak?”

Pertanyaan bertubi-bertubi bagaikan peluru berpandu daripada mama itu bagaikan angin lalu buat Adam. Tanpa memberikan sebarang jawapan, Adam terus masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang masam mencuka. Kak Zah pasti musti sesuatu telah terjadi.

Johan dan Azie dengan besar hatinya menghantar Ain seklorga pulang ke kampung. Selepas makan tengah hari, mereka beransur mahu pulang semula ke Kuala Lumpur. Ain memanggil ibunya dari bilik, namun ibunya memberikan alasan yang dia ingin solat. Hanya salam yang dikirimkan sebagai tanda perpisahan.

Kalau cenggitu caranya mak berikan alasan, itu tandanya mak tak suka. Cara halus dan paling sopan yang lazimnya boleh dibaca dengan jelas yang orang tua tu tak berkenan dengan pilihan anaknya. Ada paham?

Ain rasa kurang enak namun dipadamkan sahaja perasaan itu. Sesudah Johan dan Azie meninggalkan rumahnya, Ain menjenguk biliknya yang lama ditinggalkan. Segalanya masih sama, masih tidak berubah sepertimana dia tinggalkan bertahun dahulu.

Kecuali helaian kain pelikat yang tergantung di penyidai dalam kamarnya itu..

Siapakah yang empunya?

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Coba untuk mengutip dan mengejar kembali setiap detik yang keciciran.

One thought on “Adam dan Hawa: Episode 20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s