Day: 1/77

 

Dear Diary,

Gua tersangat-sangat letih hari ni. Seharian keluar dari awal pagi membawak ke petang. Pulang dan bekerja di kampung halaman tidak bermakna gua punya lebih masa untuk berliburan. Ternyata jangkaan gua tepat, dan jangkaan kalian bahawasanya gua akan berjimba-jimba dan berpeleseran di tanah jajahan Francis Light ini adalah salah sama sekali.

Di sini, berkali-kali ganda lebih sibuk daripada HQ!

Bayangkan, dari pejabat di pulau gua terpaksa ke tanah besar. Untuk mengharungi perjalanan pergi-balik itu adalah maha azab! Dengan jalan yang sempit, pemandu yang memandu sesuka hati, langsung tidak berikan signal, penunggang motor yang suka hati bawak motor macham dia sorang atas jalan, dan macham-macham lagi dugaan yang gua terpaksa harungi untuk hari pertama ini.

Tak pernah gua menyatakan begini. Andai dolu sering gua nyatakan bahawasanya Penang adalah syorga namun hari ini Penang tak ubah seperti neraka donia!

Sungguh! Gua seakan-akan boleh dengar hilaian tawa Mr.K yang kini berada di India. Musti dalam hati beliau berkata, “It’s your choice anyway..” dengan senyuman sinisnya.

Esok, rutin harian akan diteruskan lagi. Bangun seawal jam 6 pagi. Ya! Di Kuala Lumpur pun jangan haraplah gua nak bangun jam 6 pagi tau!! Tapi di sini gua harus lakukannya demi tugas dan tanggungjawab. Seawal jam 7 pagi sudah perlu menghantar Apieq ke sekolah. Kemudian, terus ke tempat kerja demi  mengelak kesesakan yang menyeksakan.

Siapa-siapa  yang biasa memandu di Pulau Pinang musti tau betapa teruknya di awal pagi dan pulang kerja di sini. Lebih teruk daripada Kuala Lumpur. Walaupun lesen memandu gua lulusan dari Pulau Mutiara namun demikian halnya tidaklah gua uji skill memandu itu. Lebih banyak memandu di Kuala Lumpur berbanding di Pulau Pinang. Dan sekarang..nah!! Memang gua rasa tekanan hidup yang melampau. Ditambah pulak dengan pangkal “W” di hadapan nombor plat kereta, memang sering dijadikan bahan bulian atas jalan.

Di pejabat sini, masih lagik menggunapakai punch card. Terkedu saat gua menerimanya. Tak pernah gua gunakan selama hidup 26 tahun ini. Dan gua tak sangka punch card masih lagi digunakan. Oh Tuhanku.

Pulang kerja nantinya perlu jemput Apieq dari rumah pengasuh. Gua akan bekerja tidak tentu hari bekerja. Hujung minggu turut perlu turun padang.

Masih panjang untuk menerima dugaan dan cabaran di hari-hari yang bakal mendatang namun untuk mengalah tidak sekali!

Oh diary, I learn it the hard way. As always.

7 thoughts on “Day: 1/77

  1. ahhhhhh salah no plate tuh!! eh dr pulau ke tanah besar pon jem ye pagi?!tapi lebih teruk kalau dr tanah besar nak ke pulau rasanya, cuma kamo nak kene tempuh butterworth tuh jadik teruk.

  2. ::bertabah hati yaa anakku.. x lamaaa..pejam celik, pejam celik..da next year dah..pastu nanti x sapai ati plak nk balik KL..hey, i masih guna punch card tahu…sgt pektikel bg i..senang utk fai punchkn waktu balik i..lol::

  3. hehe .. jem sana jem sini .. kalau begitu hari-hari tentu boleh naik tekanan darah ..
    Kadang tu sy tertanya-tanya, makin sibuk bandar makin ilangkah rasa kemanusiaan? ..

    Penang? teringat je buah salak jeruk. best ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s