Selamat tinggal

Hari terakhir di sini, menggamit sebuah memori. Hampir 4 tahun menabur bakti dan memerah keringat di kota raya ini untuk mencari rezeki, akhirnya gua akan pulang semula ke kampung halaman nun jauh di Utara sana.

Untuk 3 bulan. Ececece. Macham novel da..

Gua akan ke kembali ke Pulau Mutiara untuk 3 bulan. Outstation di sana hinggalah sampai hujung tahun. Ini adalah suatu yang tidak pernah gua lakukan. Berlainan job scope, dan sememangnya berbeda benar dengan bidang kerja gua. Namun, inilah dugaan dan cabaran yang gua akan harungi untuk 3 bulan seterusnya.

Kadang perlu jua untuk berubah angin dan melakukan sesuatu yang baru. Tidak boleh hanya berasa selesa dengan kedudukan sekarang. Gua perlu keluar dari comfort zone. Ya, ini adalah suatu perubahan positif. Akan gua coba kutip segala pengalaman di setiap jalan dan liku yang bakal dihadapi nanti.

Oleh yang demikian halnya, gua harapkan kalian akan sentiasa mendoakan gua. Debar memanglah berdebar. Manakan tidak, umpama gua baru bekerja di hari yang pertama seadanya. Tempat baru, kerja baru, semuanya baru.

Walaupun di sana nanti kesibukan pasti berkali ganda daripada tugas yang sedia ada, namun gua akan coba sehabis jaya untuk terus mencoret di sini. Masih banyak yang berbaki dan belum sempat gua kongsi.

Untuk kesayangan-kesayangan di Kuala Lumpur, jangan pernah kalian memutuskan hubungan. Sesungguhnya, kalian tetap di hati.

Terutamanya untuk si dia, si jantung hati -Mr.K.

.

i.Z.Z.i.e:

Geng Jimba, pintu rumah sentiasa terbuka🙂

8 thoughts on “Selamat tinggal

  1. Selamat oustation akak manis! All the best! Kite pon tgh outstation gak kt alor setar ni…sampai raya haji. Tiap2 minggu travel kul-aor, airport tu dh rasa mcm rumah sniri =_= (tp best sbb claim ‘lebat’ hahaha)

      • Tp dekat dgn famili kan? Tu nikmat yg x boleh ditukarganti.
        Yup…selamat berjimba di Seoul! Jgn lupe bwk scarf. Suhu skrg dh 15 kt sana hehe.

      • betul..nikmat yang tidak ditukar ganti ini akan digunakan sebaik-baiknya.
        tak sabar nak berjimba, tapi 15 darjah Celsius tu sejuk untuk i ni adik manis..
        sangat perlukan pelukan hangat WAKIL-WAKIL dari South Korea *batuk batuk*

  2. Selamat berhijrah … umpama sireh pulang ke ganggang ….. Doa diiring semuga hijrah yang terbaik buat anda …Aamiin….!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s