Adam dan Hawa: Episode 19

Adam berjalan dengan langkah yang lemah longlai di tadika Puncak Ilmu. Kali ini dia berseluar jeans, bert-shirt V-neck hitam dan berjaket *pegang tesbih*. KACHAK SUNGGUH! Dia berhenti sejenak kemudian termenung panjang. Sampailah ditegur Kak Zah. Baru Adam kembali ke donia nyata.

“Betul ke Am sayangkan Ain?” tanya Kak Zah.

“In love, Kak Zah.” tak berselindung lagi Adam mengakui rasa hatinya kepada Kak Zah.

IN. LOVE. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

PITAMSSSSSSS!!!

“Tapi tepuk sebelah tanganlah nampaknya.” Adam sadar yang Ain tak mungkin membalas chentanya.

Kak Zah hanya senyum dengan pengakuan jujur Adam. Namun Kak Zah mempertikaikan kenapa Adam masih bersama-sama dengan Dee. Andai sekadar untuk mempermainkan perasaan Dee, Kak Zah faham tapi sekarang mama dah mula risau bila tengok Adam dah layan Dee macham dolu semula. Adampun tak mau mamanya risau. Dibuat begitupun bersebab. Bersebab supaya bolehlah nanti mamanya bercerita dengan mak Ain di kampung nanti. Manalah tau kalau Ain tahu dan dengar cerita begitu nanti Ain dapat terimanya semula.

Kak Zah hanya mampu tergelak. Tak sangka adiknya sampai begitu sekali kemaruk dalam berchenta. Kali ini adiknya baru tau pahit-manis dan suka-duka yang melibatkan hati dan perasaan. Adam tak ubah bagai pungguk rindukan bulan. Dialah pungguk itu, Ainlah bulannya.

“Chenta tu psikologi sebenarnya, Kak Zah.”

“Well, kalau Ain tak kesahlah. Kalau Ain terus mintak cerai, macham mana?” Adam pandang Kak Zah dengan wajah yang kurang jelas. “Musti Ain anggap Am dolu dengan sekarang sama je, Am. You make it more worst sebenarnya.”

“Susah betul nak faham hati dan perasaan perempuan ni kan?”

“Tak susah Am kalau Am tau cara nak menangkan hati perempuan ni. Jiwa perempuan ni sensitif, tau! Tapi kalau Am pandai carik kelemahan dia, menang. Tapi ingat! Kekerasan tu bukan cara untuk menangi hati wanita. Coba Am buat apa yang Ain suka. Mana tau dengan cara ni boleh tarik rasa sayang Ain pada Am? Dan cuma lambat dengan cepat je lah. Tapi satu lah, Am kena jujur, Am kena ikhlas.” panjang lebar Kak Zah memberikan tips kepada Adam.

“Still jiwa kacau lagik?” Erin menegur Abangnya dan Kak Zah yang sedang berbual.

“Taklah.”  sebuah penafian dari Adam Mukhriz.

Di Bell Tower, Perth, Ain dan Johan memperkatakan soal Adam Mukhriz Gillespie. Wajah Ain berubah apabila nama itu dipuji sedap oleh Johan. Terus diusiknya, andai marah maknanya masih ingatkan orang tersebut. Ain menafikan. Dia tak suka dengar nama Adam Mukhriz disebut.

Johan faham. Terus diubah topik perbualan. Sebuah kotak kecil dihulurkan. CINCIN! Ain enggan menerimanya tapi Johan rasa Ainlah orang yang paling berhak untuk pegang cincin itu. Cincin itu sebagai tanda walaupun mereka berjauhan, tapi masih dekat bersama.

Walaupun berjauhan, kadangkala Ain masih lagi berutusan emel dengan Kak Zah. Kak Zah dah berkawen dan punya seorang cahayamata. Dikirimkan gambar mereka seklorga, Adam dan Dee turut ada dalam gambar itu. Hati Ain sebak. Walaupun hatinya terasa sesuatu namun dia coba menafikan. Dia coba meyakinkan diri sendiri yang Dee memang layak untuk berkahwin dengan Adam kerna chenta Dee tak pernah padam.

Ain senyum perit. Perit lagi hatinya. Dia sendiri tak pasti kenapa dia perlu rasa begitu. Ain coba menghilangkan rasa sedihnya dengan mengulangkaji pelajaran. Buku rujukan dibuka. Namun fokusnya entah ke mana. Puas dia coba namun fikirannya masih tak lekang dari mengingati Adam.

Penafian! Kalau tiada rasa sekelumitpun perasaan suka kepada kanda, masakan Ain gundah-gulana?

Ain meneruskan pengajian Masters-nya di Perth bersendirian. Teman-temannya sudah pulang ke tanah air. Sempat dia menghantar mereka di airport. Dia kini punya teman serumahnya yang baru namun tidak sama dengan Azie. Kini dia banyak bersendirian. Cincin pemberian Johan yang dijadikan sebagai loket untuk rantai dipakai. Namun beberapa minit kemudian ditanggalkan kembali. Entah kenapa dia tak mampu mengenakannya.

Ain menelefon rumahnya di kampung. Adam yang kebetulan berada di kampung segera menjawab panggilan telefon tanpa diketahui siapakah pemanggilnya. Mujurlah Ain yang menyapa dahulu. Mendengarkan sahaja suara Ain membuatkan Adam kelu seribu bahasa. Bagaikan disambar petir, Adam terkesima. Selepas beberapa ketika barulah dia sadar, terus diberikan kepada ibu mertuanya.

Adam mengambil tempat di kerusi. Hanya mampu memasang telinga mendengar perbualan di talian antara ibu mertuanya dan Ain di balik sana.

“Eh, Ain jarang telefon waktu-waktu macham ni. Kenapa ni? Ada masalah ke?” soal ibu Ain.

Pantas Adam mengerling ke arah ibu mertuanya apabila mendengarkan perkataan ‘masalah’ itu. Risau.

Ain membangkitkan kembali soal wang kiriman ibunya kepada dia di Perth. Dia enggan menerimanya, lebih baik wang itu diberikan kepada adik-adik terutama Eja yang kini belajar di universiti.

“Ain, duit tu kan untuk Ain. Duit belanja untuk Eja semua mak dah sediakan, nak.”

Sekali lagi Adam mengerling ke arah ibu mertuanya apabila perkataan ‘duit’ disebut. Sayu wajahnya kali ini.

Selesai perbualan, ibu mertua Adam menegurnya.

“Rindu ya?”

Adam pandang wajah bersih yang duduk di hadapannya. “Siapalah Am, mak? Siapa tak rindu isteri sendiri?” perlahan diucapkan dengan wajah yang menunduk menahan perasaan.

Oh Tuhan Esa. Wajah muram kanda itu sungguh-sungguh merentap jantung dinda ini. Dinda pun rindukan kanda!

“Am, kalau jodoh korang berdua masih ada, insya-Allah, Allah akan sentiasa pelihara. Yang penting, banyakkan istiqamah.”

Adam hanya mengangguk. Wajahnya masih menunduk.

Ibu mertuanya coba menukar topik. Ditanya bila Adam akan kembali bertugas.

“Lusa. Lusa, I think. Maybe.” Menjawab soalan pun dah tak ketentuan hala. Nampak sangat fikirannya bukan di situ lagi. Sudah sampai di Perth, barangkali.

Sekembalinya Adam di Kuala Lumpur, dia masih lagi termenung. Duduk di sofa dengan berpakaian seragam pilot, dia hanya duduk di situ sambil terkenang dan melayan perasaan. Mama menegur perubahan Adam sejak pulang dari kampung.

“Jiwa kacau, ma. Am dengar suara Ain.” lemah suara Adam mengucapkan selemah hatinya.

Dengar suara pun dah jiwa kacau. Belum lagi bertemu dengan tuan punya badan. Rindu sangatlah tu sebab terpisah bertahun-tahun. Manakan tidak, kanda memang sentiasa teringatkan Ain siang dan malam. Terseksa jiwa dan raga menahan rindu di dada. Ain walaupun terpisah dengan suaminya tak merasa sebagaimana peritnya kanda rasa kerna dia sudah buang kanda jauh-jauh dalam hidupnya.

“Ain telefon kampung ke?” tanya mama.

Adam angguk. “Bila Am takde, ma..mama rindukan Am? Musti rindu, kan? Macham tulah Am rindukan Ain. Asik fikirkan dia je. Tapi Am tau yang dia takde apa-apa perasaan langsung terhadap Am.” menahan sebak Adam menuturkan dan mengakui perasaan rindunya kepada Ain depan mama.

*peluk kanda dari belakang*

Dah takde apa-apa perkataan lagi yang mampu dinda ucapkan kepada kanda untuk mengurangkan beban perasaan yang kanda tanggung itu. Biarlah, biarlah dinda berikan pelukan yang paling hangat untuk kanda sebagai tanda yang dinda sememangnya berkongsi setiap perasaan kanda itu.

Mama sedih melihat Adam sampai begitu sekali. Mama merelakan andai Adam punya pilihan lain untuk dijadikan teman hidup kerna mama tau Adam perlukan seseorang untuk menemaninya. Tapi seandainya Adam masih merasakan Ain itu isterinya, mama pohon agar Adam berikan Ain masa untuk dia pulihkan keadaan.

Oh! Bergaya sungguh cara duduk kanda di atas sofa itu. Baru kini dinda nampak kesemuanya. Bersilang kaki dengan topi pilot kanda itu sengaja diletakkan di atas kepala lutut kanda. Tangan sasa kanda didepangkan. Seolah-olah kanda menantikan dinda memeluk kanda dari depan pulak.

Terkam dia! Terkam dia!

Adam mengeluh panjang. “Dah lama sangat, ma. Am tau dia masih marah dengan Am. Tapi Am nak coba jadik setia pada Ain. Setia dengan janji perkahwinan kita. Cuma tulah, cuma Am harap yang suatu hari nanti dia dapat balas kasih sayang Am jugak.” walaupun datar nadanya namun di situ jelas Adam masih mengharap dia masih punya peluang untuk hidup bersama-sama Ain Hawani.

K.I.T.A?

Kita kanda? Amin.

Nun jauh di Perth, Ain mendengar berita nahas Singapore Airlines B747 yang diumumkan di radio. Pengumuman yang agak tersekat-sekat dengan tiada langsung telor Australian English *rolling eyes*. Ain mula cuak. Kerna dia tahu yang Adam pun menerbangkan pesawat B747.

‘Am takkan lalai. Dia takkan lalai buat kerja dia. Am selamat. Am selamat. Tapi kalau betul dia? Kalau Am yang terbunuh? Puas ke hati aku ni? Kau puas ke Ain? Ya Allah. Aku banyak dosa dengan dia. Aku..aku selalu kejam dengan Am. Aku tak sempat nak mintak maaf.’ Ain berkata-kata kepada diri sendiri.

Laju bibir Ain memohon ke hadrat Illahi agar memelihara keselamatan Adam..

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Bedak muka Azie tebal gila sampai lain dengan tona warna di leher!

6 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 19

  1. Huhu..tak sangka dapat baca recap kat sini.thumbs up!! Actually nieza tgh cari pe yang am tulis kat ain sblm ain naik bas nak balik malaysia….episod 27

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s