Adam dan Hawa: Episode 17-18

“Ain, please! Sekejap pun jadiklah, okey?!” Adam menghalang daripada Ain terus pergi meninggalkannya.

Sabar sungguh Adam dalam melayan karenah Ain. Dia tahu semua adalah silapnya, biarlah dia beralah. Dia perlu menyelesaikan hal ini dengan hati-hati, bak menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak. Tak mau keadaan bertambah buruk kalau dia jugak masih berkeras. Kali ini, dia memang perlu bersemuka dengan Ain. Tak mahu lagi dia memanjangkan dan membiarkan luka itu terus bernanah.

Di kejauhan, Johan menyaksikan segalanya..

“Dah tak ada apa lagi yang nak kita bincangkan, Am faham tak?”

Dan jugak mama..

“Ain dah cakap, Ain benci semuanya. Ain benci Am! TAK FAHAM KE?”

“Ain, please.”

“Jangan sebut lagi nama tu.”

Terus Ain pergi. Terus berlalu tanpa menoleh lagi ke belakang. Meninggalkan Adam yang masih menantikan Ain.

BINI DURHAKA!

Mama mendapatkan Adam. Anaknya itu tak harus dibiarkan keseorangan dengan hati yang lara begitu. Adam tak faham kenapa Ain menyalahkan dia bulat-bulat sedangkan yang menjadi mangsa keadaan adalah mereka berdua. Tapi mama coba menerangkan, mungkin silap Adam kerna kahwin dengan tergesa-gesa. Kalau ditolak, mungkin Adam masih boleh berkawan atau lebih daripada itu lagik dengan Ain.

“Am tergamam ma masa tu. Benda semua berlaku sekelip mata, sekejap je kan?”

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan berlaku kejam kepada hamba-Nya. Itu nasihat mama. Cuma mama ingin tahu apakah tindakan Adam yang seterusnya.

“Am bertanggungjawab untuk menjadi suami kepada Ain, ma. Sampai dia sedia datang kepada Am untuk bebaskan diri dia. Jadik sekarang ni kalau dia nak belajar ke apa biarkanlah, ma. Am setia menunggu, selagi hati Am ni mengiyakan kejujuran Ain.”

AWWWW *clutch my heart*.

“Am yakin ke? Kita manusia, Am. Lagi berapa lama?” mama sengaja menduga.

Dengan keluhan yang berat, Adam menjawab. “Tunggu jelah.”

Segalanya terlalu perit untuk Ain telan. Dengan kemunculan Adam dalam hidupnya semula, walau sekejapan cuma tetap meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Ain terlalu geram dan benci dengan Am, sampaikan Cik Ted menjadi mangsa kemarahannya.

Di bilik hotel, Adam tak mampu melelapkan mata. Puas bergolek kanan dan kiri, ditutup mukanya dengan bantal supaya mudah untuk dia tidur namun matanya masil degil untuk lena. Dia mengiring pula. Lunyai bantal tidurnya dilanyak. Masih tak mampu. Dia bangun dan bersandar di kepala katil. Nafasnya dilepaskan dengan berat sekali.

Jiwa kacau memang begitu. Makan tak lalu, tidur tak lena. Bantal yang selama ini menjadi tempat beradu dan meletakkan kepala tidak lagi menjadi teman yang didambakan. Tapi dinda tetap ingin jadik bantal itu. Walau dilanyak macham manapun, demi kanda dinda rela.

Cis! Untung sungguh kau bantal!

Paginya, Azie menegur Cik Ted yang tergolek di lantai. Sengaja diusik Ain, kalau tak mau lebih baik bagi Cik Ted kepadanya. Pantas Ain capai Cik Ted daripada pegangan Azie. Walau benci macham manapun dia dengan Adam, Cik Ted tetap dia sayang. Itulah penemannya selama ini.

Adam pandang kosong laut yang terbentang di hadapannya. Dia selesa di situ melayan hati yang cedera parah. Kak Zah datang duduk di sebelah. Dinasihatkan adiknya itu supaya jangan berputus asa. Pasport Adam dihulurkan ke tangan Adam.

“Am tak kuat, Kak Zah. I am suppose to be a man, right?”

Mungkin passport itu diberikan kepada kakaknya untuk dipegang. Mungkin takut dia tak cukup kuat untuk terus bertahan di bumi kanggaro walau untuk beberapa hari lagi. Mungkin dia akan ambik keputusan drastik dengan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Ain menelefon ibunya di kampung. Kurang senang dengan kiriman wang yang banyak untuknya sedangkan dia punya biasiswa. Tapi ibunya menegaskan segalanya dah cukup di kampung, wang itu memang untuk Ain.

Hmm.. I smell something fishy there..

Eja ketuk pintu bilik kakaknya untuk menghantar segelas susu kepada Adam namun ketukan tidak bersahut. Terus ditolak daun pintu bilik itu. Jelas kelihatan sesusuk tubuh yang terbaring di atas katil sedang lena tidur sambil memeluk bantal golek. Mengenakan baju Melayu coklat dan berkain pelikat, wajahnya begitu tenang sekali. Mimpi indah barangkali kanda?

UNTUNGNYA BANTAL GOLEK TERSEBUTTTTTTTTTTTTTT!!! T__________T

Dan tahukan kanda, yang kanda kelihatan begitu menggodakan jiwa tatkala mengenakan baju Melayu dan berkain pelikat ketika tidur. Mujur kanda tidur sopan. Kalau dinda pakai kain sarong, mau tersingkap. ATAU SENGAJA DISINGKAPKAN *evil grin*.

“Mak tengoklah menantu mak tu, rindu sangat kot kat akak. Sampai tidur pun peluk bantal.” kata Eja kepada ibunya.

Tak pasal kanda menjadi bahan tatapan umum. NO! Kanda hanyalah untuk tatapan mata dinda seorang sahaja tau!!

Nampak gayanya, walaupun selepas perjumpaan Ain dengan Adam di kota Perth tempoh hari, Adam masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Masih lagi menjenguk ibu mertua dan adik-adik iparnya di kampung.

Alhamdulillah. Syukur kanda masih tak lupa menjadi suami kepada dinda walaupun dinda jauh di mata kanda.

Adam sama-sama makan semeja dengan ibu dan Eja. Eja petah bertanya bilakah lagi Abang Adam akan datang lagi menjenguk mereka di kampung. Adam berjanji untuk kembali jika dia coti nanti.

“Walaupun Kak Ain tak ada kat sini dan Kak Ain tak tahu pun Abang datang kat sini?”

“Eja, dah tanggungjawab. Memanglah macham tu. Tapi tak tahulah kalau Abang Am kamu tak kuasa nak melayan perangai kakak kamu tu lagi nanti. Tataulah apa jadik pulak.” sayu nada suara ibu mertua Adam menuturkan.

“Janganlah cakap macham tu, mak. Kita doa yang terbaik, eh?” balas Adam.

Usai makan, Adam langsung basuh tangan. Dia telah berjanji dengan Eja untuk hantar adiknya itu ke sekolah. Adam menuju ke bilik untuk ambil beg pakaiannya. Beg dicapai tapi diletakkan semula. Laci night table dibuka lalu sebuah diari hijau yang menjadi kepunyaan Ain diambil. Sempat dia mencapai bingkai gambar Ain dengan tangan kiri.

“Am pinjam diari Ain sekejap, boleh? Nanti Abang pulangkan.” Adam seolah-olah sedang bercakap dengan ‘Ain’ walaupun yang ada di hadapannya hanyalah sekeping gambar. Dia tersenyum sendiri.

“Bolehkan kalau Abang panggil Abang?” dia senyum lagi kemudian matanya dijulingkan. Mungkin terasa geli sendiri dengan membahasakan diri sendiri sebagai ‘Abang’.

ARGHHHHHHHHH!!! ARGHHHHHHHHHHHHHHHH!! TUHANKUUUUUUUUUUU!! *tesbih putus berderai*

KENAPAKAH KANDA BEGITU COMEL SEKALI??!!

COMEL!

COMEL!

COMEL!!!!!!!!!!

Kalau kanda di depan dinda, mau dinda terkam kanda di saat-saat itu jugak. Kecomelan kanda menggugat iman dinda yang senipis kulit bawang ini. Katil pun dah dekat sangat tu. Aummm!!!

Tolonglah kanda. Usah bahasakan diri kanda sebagai ‘Abang’. Nescaya dinda akan meroyan secara marathon.

Bingkai gambar diletakkan kembali ke atas night table. Sebelum pulang, sempat ibu mertuanya mengirimkan bekalan untuk klorga di Kuala Lumpur.

Nampak sangat mak mertua dah sayang berganda-ganda!

“Bekalan? Am kalau duduk sini lama-lama kan mak, boleh jadik gemok tau!” berseloroh Adam dengan mak mertuanya.

“A’ah lah mak, kalau Abang Am makan banyak-banyak nanti gemok macham mana? Kak Ain tak suka?” pandai pulak Eja menambah usikan kepada maknya.

Senyum lebar ibu Ain. Bahagia dia dengan keadaan begitu. Punya menantu yang rendah diri dan tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai suami kepada anaknya.

“Mak, boleh tak kalau Am nak datang sini lagi?” Adam mohon kebenaran.

“Ehhhh Am. Ni kan rumah Am jugak! Datanglah selalu, nak. Jenguk-jenguk mak kat sini, ya?” diusap lembut lengan sasa menantunya.

Amboi makkkkkkkk!!! Jaga-jaga, ada mata yang memerhati! Namun sesungguhnya, luruh hati dinda tatkala kanda memohon kebenaran sebegitu. Rumah mak dinda sentiasa terbuka untuk kanda. Usahlah kanda merasa asing. Kanda sudah menjadi sebahagian klorga dinda.

Sebelum berangkat pulang, sempat Adam menghulurkan BANYAKKKKKKK not-not RM50 kepada ibu mertuanya. Untuk mak dan adik-adik. Teragak-agak ibu tua itu mengambil.

“Susah-susah je kamu ni Am.”

“Apa yang susah, mak? Takde apa-apalah.” lembut dia menuturkan.

Tangan ibu mertuanya disalam dan dikucup lembut sebelum berangkat pulang. Ahhhh..menantu mithali sangat kanda ni.

Johan menjadi pendengar setia. Diluahkan segalanya kepada lelaki itu. Mereka berkongsi cerita masing-masing. Ain akui, lelaki yang Johan nampak tempoh hari adalah suaminya. Suami yang hanya tertulis di atas kertas. Ain hanya mahu Johan je yang tahu dan tidak Azie. Dia tak bersedia untuk berkongsi statusnya dengan sesiapa. Segalanya diluahkan kepada Johan.

Eh, kalau ikut novel Ain confess yang dia sudah bersuami lepas dia pulang dari umrah. Hmm..*usap dagu sendiri yang tidak berjanggut*.

Adam dan Zul tiba di KLIA selepas habis tugas menerbangkan pesawat. Berdiri di situ menantikan ketibaan mereka adalah Dee. Zul kurang senang. Tapi Adam mudah menjawab, yang Dee berbuat begitu adalah kerna ingin menebus kesalahannya sehingga sanggup menjadi supir tanpa gaji. Zul ingatkan Adam supaya jangan diberikan harapan kepada Dee kelak nanti makan diri sendiri.

Dee ni bila bersanggul French Twist begitu memang anggun sekali. Takdelah asik dengan gaya rambut kepuk-kepuk dia tu. Dengan rambut hitam lebat berkilat, memang nampak elegan! Tergoda gua!

Untuk pengetahuan kalian, yang berdiri di hadapan Adam dan Zul sewaktu escalator turun tu adalah Kak Aisya Sofea dan Damya Hanna. Cameo mereka untuk drama ini. Comel, bukan?

“Aku saja nak sakitkan hati dia macham mana dia sakitkan hati aku. Baru aku rasa puas.”

“Kau rasa kau buat macham ni boleh selesai masalah ke? Kau boleh dapat semula Ain ke?”

“Memanglah takkan selesai. Tapi aku nak tau sampai bila dia boleh tahan dengan keadaan macham ni. Bro, aku pun ada maruah la bro. Aku sunyi, ada isteri tapi…?”

“Okey, faham..faham. Take it easy, okay? Decision is yours. Yang terbaik untuk kau.”

Alahai. Kesian kanda. Kanda ropanya sunyi *peluk kanda dari belakang*.

Sampai di perkarangan rumah Adam, Dee mintak agar Adam fikirkan kembali apa yang dicadangkan tadi.

“If I say, I need someone to be the slave in my life. You sanggup ke?” Adam sengaja menduga Dee.

“Am, untuk you I sanggup buat apa saja.”

Adam hanya pandang dengan padangan kosong. “Think about it, okay?”

Dee senyum. Seakan ada sinar harapan di situ. Mama yang sedari tadi di muka pintu kurang senang dengan apa yang dilihat dan didengarnya.

“Lepaskan saja!”

“Apa ni ma? Selama ni mama pertahankan hak Ain, sekarang lain pulak? I did my responsibility, kan?”

“Kalau dah suka sangat dengan Dee tu kawen aja dan lepaskan Hawa!”

“What’s this all about, ma? Just because Dee hantar Am balik tak bermakna Am berkenan dengan dia, kan?”

“Habis?”

Soalan mama tidak dijawab Adam.

“Am, mama tak suka tau! Masa Am kat Australia bukan main lagi pura-pura tunjukkkkkk (2 harakat) sedih. Sampai aje kat Malaysia Am dah tunjuk belang Am dah. Dah keluar balik dah. Am, kalau Am tak suka Hawa lepaskan dia. Diapun manusia biasa perlukan kasih sayang.” panjang leteran mama. Marah benar dia.

“Am pun sama, ma. Am dah coba kan, ma? Mama nampakkan dia tengkingkan Am depan orang ramai? Am tak penting dalam hidup dia, ma. Dia tak hormatkan Am langsung!” Adam meluahkan rasa yang terbuku dalam hati lelakinya.

SETUJU! Dinda setuju! Memang durhaka sangat tau Ain tengking kanda depan orang ramai. Langsung tak dijaga air muka dan maruah kanda sebagai suaminya. Kalau dinda, takkan pernah dinda buat begitu.

“Entah-entah kalau dia ada buah hati kat situ kita tau? Tak tahu, kan? Macham ni lah, ma. Kalau Ain takde mintak apa-apa, kita biarkanlah macham tu. Lagipun tak salahkan kalau Am nak kawen dua ke, tiga ke, empat ke?” ada nada cemburu dan kuchiwa di situ.

“Dengan sapa? DEE?!”

“Dengan siapa-siapalah yang sanggup bermadu. Ma, seorang isteri tempat dia di sisi suami. Ain ada buat tak semua tu? Tak, kan? Tapi Dee sanggup.” tertekan wajahnya apabila memperkatakan soal tanggungjawab isterinya.

Geram mama dengan kenyataan yang keluar dari mulut Adam. Terus mama keluar dari kamar anaknya tanpa berkata apa-apa lagik. Dia tahu apa yang dikatakan Adam itu benar namun dia masih tak dapat terima andai Adam menduakan Ain dan berkawen dengan Dee.

APA??!! KANDA NAK KAWEN DUA, TIGA ATAU EMPAT???!!!

LANGKAH MAYAT DINDA DOLU!!!!!!!

Kanda nak rasa macham mana rasanya bersunat kali kedua tak??!! *asah pisau Tok Mudim*

Di kolej, Johan mendapatkan Ain. Ada perkara yang perlu diberitahu. Soal hukum-hakam nikah kawen. Menurut Johan, lafaz taklik dilafazkan sewaktu akad nikah. Kalau pengantin lelaki meninggalkan isteri selama empat bulan Hijrah berturut-turut, sama ada sengaja ataupun tidak Ain boleh buat aduan. Andai didapati bersalah, boleh jatuh talak Khul’ (tebus talak).

Ain angguk. Satu pengetahuan baru mengenai perkahwinannya. Maknanya dia dah tak ada apa-apa hubungan dengan Adam. Maknanya dia lepas dari ikatan yang tidak pernah menjanjikan kebahagian untuknya selama ni. Ain lega. Leganya hingga membawa ke tiduran sambil memeluk Cik Ted di pembaringan.

Nun jauh di Malaysia, seorang lelaki yang memakai t-shirt Polo biru laut dan berkain pelekat tertidur di atas katil sambil di tangannya masih dipegang erat sebuah buku yang berkulit hijau. Diari Ain Hawani. Terlalu asyik membaca sampaikan terlelap dibawa mimpi. Mimpikan isterinya..

‘Jauh di mata dekat di hati. Walaupun Ain benci pada aku, aku yakin jauh di sudut hatinya masih ada secarik chenta yang terlalu payah untuk ditunjukkan kepada aku. Insya-Allah. Aku akan sentiasa berdoa supaya Ain akan terima aku seadanya. Dan kalau diizinkan, Ain ada Cik Ted, Am ada diari..isi hati Ain. Belajarlah sayang, Am restu dan redho perjuangan Ain.’

Pegangan tangannya ke atas diari semakin terlerai menandakan tidurnya yang lena. Tidurlah sayang, dinda redho kanda tidur dahulu. Biarlah dinda bobok kanda sambil memerhatikan kanda tidur di sisi dinda *cakor dinding*.

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Never underestimate the power of KAIN PELIKAT! Rawr!!

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s