Adam dan Hawa: Episode 15-16

Adam sudah pulang dari tugasnya. Di kamar, dia hanya mengenakan t-shirt putih dan seluar pendek paras paha. Terlalu leka dengan menjawab mesej-mesej di iPhonenya. Mama datang dengan segelas mug berisi air lalu duduk di sebelah anak masih terunanya. Cepat-cepat Adam mengelak dengan mengiringkan badannya supaya mama tak nampak apa yang sedang ditulis dan dibaca di skrin telefon.

Ada rahsia besar lettew! Gambar *ehem ehem* kita berduakah kanda?

Mama bercadang supaya mereka ke rumah Ain esoknya. Pergi terus tanpa perlu memberitahu kedatangan mereka agar Ain tak dapat mengelak. Adam setuju walaupun kedengaran berat sekali.

Pagi-pagi lagi mama dan Adam sudah tiba di kampung. Terkejut jugak mak Ain menerima kunjungan dari besannya. Terkejut lagi menerima kunjungan dari menantunya yang kachak bergaya, tinggi lampai dan sasa badannya. Adam Mukhriz.

Adam menyalami tangan ibu mertua lalu memperkenalkan diri.

“Sayalah Adam, makcik.”

“Mak..” mama membetulkan kesilapan Adam.

“Mak.” perlahan Adam memanggil ibu Ain dengan panggilan ‘mak’. Ibu Ain hanya senyum seraya angguk.

Mak Ain menjelaskan dia terpaksa memberitahu keadaan Ain di kampung kerna jika tidak mungkin lambat pihak Adam bertindak untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada. Adam mohon maaf, kekangan kerja menjadi punca perkara itu berlanjutan. Mama pulak mahu Adam membuat keputusan, tak mau keadaan Ain dan Adam tergantung begitu sahaja.

Pemergian Ain ke Australia sudah diketahui oleh mama dan Adam. Mak Ain hanya mampu menuruti kehendak anak gadisnya kerna menurut Ain itulah sahaja jalan untuk dia melupakan sejarah hitam hidupnya. Dia perlukan semangat untuk meneruskan hidup. Lari jauh dari kenyataan pahit. Tak pernah Ain berharap Adam akan datang dan menyelesaikan segalanya. Enggan dia melukut di tepian gantang.

“Sekarang ni depan mak mertua Adam, dan depan mama..mama nak Adam jalankan tanggungjawab Adam sebagai suami Ain sampai Adam buat keputusan.”

Wajah Adam hanya menunduk.

Layanan klorga Ain begitu menyenangkan. Tiadalah dihamburkan kata-kata nista kepada Adam dan mamanya. Sungguh, mak Ain begitu berdiplomatik. Tidak melenting-lenting dan tidak jugak cepat melatah.

Kak Zah yang risaukan pertemuan klorga Ain dan Adam di kampung. Pantas dia menelefon adiknya. Adam menegaskan yang semuanya masih dalam kawalan. Keputusan jugak dalam tangannya, dia yang berhak kalau ingin menjatuhkan talak. Buat masa ini, biarlah dia fikir semasak-masaknya dahulu.

Sugul benar wajah kanda. Berat beban yang dipikul. Tahu pulak yang Ain adalah harapan klorga dan adik-adiknya. Bukan mudah buat Adam untuk melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja. Dia tak mahu menjadi lelaki seperti itu.

Eja begitu mudah mesra dengan abang iparnya. Dijemputnya Adam makan bersama tapi kata Adam dia mahu mandi dahulu. Cepat aja Eja menyuruh abangnya gunakan bilik Kak Ain.

“Kak Ain tak marah ke?” tanya Adam.

“Laa..buat apa dia nak marah? Lagipun Kak Ain tak ada. Abang, *jelingggggg kat Eja* bilik Kak Ain tu bilik Abang jugak, kan?”

Adam senyum. Wajahnya bertukar ceria.

Bilik dinda, bilik kanda jua. Katil dinda, katil kita bersama. Auuuww!

Untunggggg kau dik! Tadi kau salam dengan abam Adam. Pastu kemain kau bermanja dan beramas mesra dengan laki ahkak. Jaga-jaga dik, ada mata yang memerhati..*jelinggggggggggg lagik kat Eja*.

“Abang, Eja nak tanya sikit boleh?”

“Boleh.”

“Abang sayangkan Kak Ain?”

Adam jawab dengan sebuah anggukkan. Jujur. “Ya.”

“Kalau Abang sayangkan Kak Ain, kenapa Abang biarkan Kak Ain pergi jauh-jauh sampai kat Ostolia tu?”

“Kak Ain kan nak sambung belajar.”

“Mmm..betullah tu. Jom, masuk makan?”

Bilik Ain menjadi saksi betapa lelaki itu begitu teruja melihatkan gambar Ain dalam bingkai gambar. Diperhatikan lama. Kemudian Adam terpandangkan kotak besar di atas almari. Kotak yang sama dia isikan Cik Ted dahulu. Melalui panggilan telefon tadi, Kak Zah ada bagitau Adam yang Cik Ted telah diposkan kepada Ain ke kampung tempoh hari. Kotak dibuka. Kosong.

Kosong. Kosong. Ohhh..ohhhhh.

Adam senyum. Puas.

Ketukan pintu mematikan lamunannya. Cepat-cepat Adam menutup kotak itu dan dengan mudah diletakkan kembali kotak kosong itu di atas almari. Maklumlah, tinggi lampai orangnya. Kalau dinda, mau berjengkit. Itupun kalau sampai, kalau tidak..terpaksalah carik kerusi. Maklumlah, tak berapa nak lampai. Mungkin ketinggikan dinda di paras dada bahu kanda sahaja. Atau di paras dada bidang kanda.

Lagi senang dinda nak peluk. Aummmmm!!! Aummmm!! Aummmmmmm!!

Masa terus berlalu. Ain meneruskan hari-harinya seperti biasa di bumi kanggaro. Adam pulak masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan menantu. Rumah ibu Ain di kampung sering dikunjungi. Dan tiap kali itulah, bilik Ain menjadi tempat dia merebahkan badan.

Laci night table Ain dibuka. Di situ sebuah diari hijau kepunyaan Ain diambilnya lalu dibelek-belek. Setiap patah perkataan dan setiap ayat dibaca. Adam senyum.

Kanda musti baca coretan Ain masa kanda suka sakat dia kat Tadika Puncak Ilmu dolu kan? Dan kanda, tak baik tau baca diari dinda!

Dalam Adam meneruskan hidupnya tanpa isteri di sisi, tak dapat dielak dugaan sentiasa menjadi cabaran. Dee masih tidak mengalah dalam mengejar chenta Adam. Namun Adam bukan lagi Adam yang dahulu. Adam kini sudah mula berubah. Sudah mula mendalami ilmu agama. Buku-buku yang berkaitan dengan agama juga menjadi teman setianya. Dia ingin berubah. Menjadi seorang suami mithali. Satu tabiatnya yang tidak berubah adalah mencoretkan bait katanya di dalam kertas nota berwarna-warna. Dari warna merah, hingga ke warna kuning, terus ke warna biru. Berlambak! Semuanya disimpan dalam kotak istimewanya.

Di café, Adam duduk sendirian. Dia mengenakan topi, jaket dan tank-top putih.

Kejap, apa motif gua nak bagitau abam pakai apa ni? Oh, tank-top putihhhhhhhh. Tank-top putih seperti punya kuasa yang sangat ajaib. Apabila kanda mengenakan tank-top putih, nescaya mata dinda takkan lekang daripada tertancap di bahagian dada kanda itewwwww.

Mata tertancap di bahagian dada bidang kanda. Lama.

O__O.

Dee datang tanpa dipelawa. Mempertikaikan perkahwinan Adam yang seolah tak berkahwin. Entah ke mana isteri Adam menghilang.

“So what’s the big deal?” Adam berang.

Dee mahu Adam terima ideanya dalam menebus segala kesalahannya terhadap Adam. Agar Adam menerimanya untuk menjadi isteri kedua. Dia rela.

*petirrrrrrrrrr*

Adam hanya mengeluh panjang.

Masa terus berlalu. Dari sebulan ke setahun. Perasaan Johan terhadap Ain semakin berkembang menjadi perasan sayang. Johan minta pertolongan Azie supaya mengaturkan pertemuan di antara Ain dan dia. Nak keluar dating lah kononya. Azie setuju. Ain tanpa mengetahui percaturan Azie telah bersetuju untuk keluar keesokkan harinya.

Cilik sekali Azie meninggalkan Ain dengan memberikan alasan dia perlu ke tempat lain dan berjanji untuk berjumpa kembali Ain di tempat biasa pada jam 3 petang. Memberikan peluang kepada Johan untuk berdua-duaan dan berjalan keliling Fremantle. Tapi Johan terlewat membuatkan Ain dah berjalan-jalan entah ke mana.

Sedang leka Ain memerhatikan hiasan comel di window display sebuah kedai, refleksi seorang wanita lain yang hadir di balik kaca itu membuatkan Ain terpana. Sepantas kilat dia menoleh ke belakang.

KAK ZAH!

Masing-masing terkejut. Tak sangka mereka akan bertemu di situ. Ain diperkenalkan dengan mama.

“Ma, ma. Ini Ain. Ain Hawani, your only daughter-in-law.”

Ain salam tangan mama lalu dikucupnya tangan tua itu. Mama membalas dengan pelukan erat. Kak Zah begitu teruja. Seronok dia melihat pertemuan di antara mamanya dan Ain. Setelah sekian lama, akhirnya mereka bertemu jua. Ain turut terkesima dengan layanan mesra mama Adam terhadapnya. Tak sangka, mama Adam dapat menerima dalam keadaan begitu.

Lama pelukan itu bertaut. Erat.

“Sepatutnya dah lama mama jumpa Hawa. Sejak daripada mula lagi.” mama sebak.

Sempat lagi mereka bersembang di situ. Kak Zah nak kawen tak lama lagi. Sebab tu mereka ke situ untuk membeli barang-barang hantaran sikit. Mama ajak Ain makan sekali. Tapi Ain coba memberikan alasan. Kak Zah faham, Ain coba mengelak. Risau kalau bertembung dengan Adam. Tapi mama meyakinkan, Adam memang ada di Perth tapi dia jalan-jalan dengan Erin ke tempat lain. Nak tak nak Ain terpaksa bersetuju.

Johan hanya mampu tengok dari jauh. Terpaksa tunggu sampai Ain habis jumpa dengan ‘kawan-kawan’ lamanya.

Di meja makan, segalanya diluahkan. Kak Zah berterus-terang yang punca semua kes tangkap khalwat hasil kerja Dee. Walaupun kuchiwa, namun tegas Ain menyatakan yang dia dah tak nak kenang barang yang lepas.

“Hawa taknak jumpa Am?” lembut mama bertanya membuatkan lidah Ain kelu seribu bahasa.

Mama nasihatkan Ain, jangan dibiarkan perkara lama menggangu hidup mereka berdua. Ain tak pernah dihalang untuk melanjutkan pelajarannya, cuma janganlah sampai lupakan ‘orang lain’. Mama tak nafikan yang Adam memang anak yang nakal dan Ain sorang je yang boleh ubah anaknya itu. Tapi hati Ain membentak, kenapa perlu dia yang bimbing Adam sedangkan sebagai seorang suami Adamlah yang patut membimbing isteri.

Kini Adam semakin berubah, semakin menjadi seorang yang pendiam. Dan Kak Zah jugak dapat merasakan yang Ain jugak begitu. Dah makin banyak berahsia. Apabila mama bertanya adakah Ain redha dengan kejadian yang menimpanya, jujur Ain beritahu yang dia tertekan dan menjadi marah serta benci. Dia tak bersedia untuk menjadi seorang isteri. Terlalu berat untuk dia pikul semuanya.

Mama mengerti namun mama harap sangat agar walau apapun perasaan amarah Ain terhadap Adam, janganlah diputuskan ikatan yang ada di antara mereka. Sebaiknya segala kemelut diselesaikan dan dibawak berbincang.

Johan dan Azie yang sedari tadi menunggu Ain di luar restoran terkejut apabila mendapati Ain tiada lagi di situ. Merata mereka mencari tapi kelibat Ain tak muncul-muncul. Ropanya Ain dah pulang ke rumah.

Di rumah, hati Ain berbolak-balik. Tegar yang dia tak perlu rasa bersalah dengan setiap tindakannya terhadap Adam. Semua yang berlaku adalah salah Adam dan perkahwinan itu jugak bukan atas dasar chenta. Perkahwinan itu semata-mata untuk menjaga nama kedua-dua belah pihak. Tapi permintaan mama yang membuatkan Ain serba-salah. Dia kalah dengan rayuan mama.

Walau dengan berat hati, Ain bersetuju dengan permintaan mama untuk dia berjumpa dengan Adam. Ain tak menaruh apa-apa harapan yang segalanya akan dapat diselesaikan dalam satu pertemuan.

Dengan perangai dan keras kepala lu, memang takkan selesai! Payah sangat nak beralah!

Ain nampak susuk tubuh Adam yang sedang menantikannya. Ain teruskan langkahnya menghampiri Adam, tapi apabila semakin dekat Ain mula rasa berat hati. Dia berpaling kerna mahu beredar sahaja dari situ. Tapi Adam seperti sadar yang Ain di belakangnya. Sepantas kilat dia menoleh dah memanggil nama Ain.

“I don’t want to see you, Am.”

“You don’t wanna see me, then buat apa datang sini? Betul ke Ain taknak jumpa Am?”

“Ain tak sepatutnya datang.”

“But I wanna see you.”

“But I don’t want to see you.” Ain mula berlalu.

Laju-laju Adam berlari mendapatkan Ain yang mula membuka langkah. “But I want to see you. Please, come on.” Sempat Adam mencapai lengan Ain tapi dengan kasar Ain menepis.

“APA? APA lagi Am nak cakap? Ain taknak dengar dah! Jangan ungkit boleh tak?!” meninggi suara Ain.

Langsung tak memberikan ruang kepada Adam untuk membela diri, Ain terus menghamburkan marah yang disimpan selama bertahun-tahun.

“Okay, fine. Tapi sampai bila kita nak macham ni, kan?” Adam masih berlembut.

“SAMPAI MATI! bentak Ain. Sekali lagi dia coba pergi meninggalkan Adam.

“Ain, please! Sekejap pun jadiklah, okey?!” Adam menghalang daripada Ain terus pergi meninggalkannya.

Sabar sungguh Adam dalam melayan karenah Ain. Dia tahu semua adalah silapnya, biarlah dia beralah. Dia perlu menyelesaikan hal ini dengan hati-hati, bak menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak. Tak mau keadaan bertambah buruk kalau dia jugak masih berkeras. Kali ini, dia memang perlu bersemuka dengan Ain. Tak mahu lagi dia memanjangkan dan membiarkan luka itu terus bernanah.

Di kejauhan, Johan menyaksikan segalanya..

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Eh, apa ni? Dahlah gua terseksa tunggu Ain keluar dari bilik, pastu tengok Ain minum teh pelan-pelan sambil bercakap dengan diri sendiri, lintas jalan lambat-lambat sambil bermonolog dalaman, jalan kaki sambil bermonolog dalaman lagik, kemudian teragak-agak bila nampak abam. Bila dah jumpa, abam sempat enterframe setakat 5 saat, pastu Ain duk jerit-jerit bentak-bentak pulak.

Gua hentak kepala lu baru tau! Blah!

Ada beberapa perkara yang agak mengganggu emosi gua sepanjang episode 15-16 ini. Antaranya;

  • Azie – lakonan El Faeza mulanya nampak begitu bersahaja dan happy-go-lucky. Juga jelas menunjukkan yang dia jugak seorang yang keanak-anakkan. TAPI itu semua gua boleh terima dalam episode 14 sahaja. Bila dah masuk episode 15-16, gua rasa makin annoying pulak. Terlalu berusaha untuk kelihatan begitu bersahaja sampai gua merasakan terlalu dibuat-buat. Dengan intonasi suaranya yang sepanjang masa gua dengar macham menjerit! Bingit! Macham sengaja diteran-teran. Mengada! Nak-nak bila ada Johan sekali. Memang nipis betul kesabaran gua tiap kali watak Azie ni menjelma. Kalau gua pegang tesbih, harus putus berjuta kali ganda sebab gua rentap. Tunggu masa je ni nak bertukar jadik hijo!
  • Johan – Oh, puh-lissssssss! *rolling eyes*. Walaupun gua memang sukakan lelaki yang berambut panjang dan tak dinafikan yang rambut Dazrin ni chantek, tapi gua rasa dia terlalu jambu for my liking. Tak, gua memang suka lelaki jambu tapi bukan jambu dari Malaysia. Muahahahaha. Jalan pun kemain nak catwalk bagai. Blerghhh! Mak gua yang kat Penang tu pun cakap, Johan ni bila marah macham tak marah. Terlalu baik. Tapi tatau kenapa, Mak memang tak berkenan. Mak berkenan kat Adam Mukhriz. Auw! Syukur. Belum lagi dinda perkenalkan kanda dengan klorga, Mak dah suka. Kalau dah dipertemukan nanti, kompom terus nikah!
  • Slow – SLOOOOOOW nak mampos plot kali ini. Dalam episode 16 sahaja, berapa banyak babak Ain berjalan dari satu tempat ke satu tempat lain sambil bermonolog dalaman? Belum lagik dikira 5 minit kamera duk fokus dia berguling-guling atas katil sambil beremosi dan kemudian bermonolog dalaman.

Sumpah! Gua tulis review ini dengan maki hamun dan sumpah seranah tanpa sempadan. Sampaikan terpaksa tutup laptop, terus masuk tidur disebabkan terlalu geram dan menyampah!

About these ads

3 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 15-16

  1. ::siap ada foot-note kali ni..xboleh nk komen apa dah..semuanya disatukan dan digarap dengan baik sekali..alangkah bagusnya kalo drama pon boleh kita skip, cut n edit..msti dari 80 episode bertukar jadik 25 episod aja,,,::

    episod2 ostrolia masih panjang lagi..bertabah hati lah anakku….

    • terima kasih, cik za. garapan yang begitu mencabar kesabaran. ya, rasanya kalau dibuang mana yang tidak perlu tak sampai 80 episodes pun. tapi apakan daya, demi abam kita bertabah hati lah.

      sejuk hati tengok abam di tanah suci. ahhhh…

  2. Hi izzie,
    Begitu bertabah sekali u menaip review walaupun disulam dengan maki hamun dan sumpah seranah hewhewhew
    Suka epi 15 sbb ada momen momen sweet jugak tp epi 16 mmg rasa mcm nak lempang. Oopps! Dan marilah kita berjemaah menyampah kat watak azie. Masa ulang baca novel adam dan hawa recently, i bayangkan azie tu sharifah nadia yg main watak yuzra dlm dejavu di kinabalu. Kecoh, happy go lucky, childish tp x nmpk dibuat2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s