Adam dan Hawa: iZZie’s point of view

Salam kepada penchenta Adam Mukhriz yang ingin menunjal dahi Ain Hawani.

Dah sampai 14 episodes gua menulis, dan sudah 24 episodes drama Adam dan Hawa ke udara. Ada lagi 10 baki yang tertunggak untuk gua kejor. Semputttttttttt rasanya dada bila terkenangkan.

Walau satu episode cuma 30 minit, tapi untuk menterjemahkan semula 30 minit waktu tayangan ke dalam bentuk penulisan bukannya mudah. Seolah gua menulis semula cerita dari bentuk visual ke bentuk tulisan. Meneka sendiri reaksi dan ekspresi para pelakon yang semustinya tidak dilafazkan dalam bentuk dialog ataupun monolog.

Belum tentu dalam 30 minit semuanya boleh siap ditulis. Sekurang-kurangnya 3 jam gua ambik masa untuk satu episode. Mana tidaknya, lepas tulis perlu baca semula. Apakah gua dapat menyampaikan segala perasaan dan maksud sebenar jalan cerita dalam tulisan-tulisan gua? Apakah kalian faham segala penyampaian gua? Adakah susunan ayat, tatabahasa dan ejaan yang digunakan tepat dan tidak menyimpang maksudnya? Belum lagi dikira untuk proofread dan seterusnya. Walau sudah siap ditaip, tapi sering sahaja gua rombak semula. Itupun masih lagi banyak kesalahan yang terlepas pandang.

Memang bukan sedikit kesungguhan yang dilaburkan.

Dan untuk memastikan setiap penulisan adalah asli dan tidak diceduk dari mana-mana belog lain, gua tidak langsung meng-google apa-apa yang berkaitan dengan drama Adam dan Hawa. Begitu juga dengan reviews Nora Elena dahulunya. Bukanlah sombong, berlagak diva atau poyo, syok sendiri dan perasan sampai tak sudi membaca penulisan orang lain. Bukan. Tapi untuk memastikan yang gua tidak meniru atau terikut-ikut gaya penulisan dan idea orang lain. Apa yang kalian baca di sini, semuanya adalah luahan perasaan dan rasa yang terlalu emosi terhadap kanda serta cetusan idea gua sendiri.

Mungkin ada yang rasa tulisan ini adalah sia-sia. Bersusah payah menulis, bersengkang mata, memerah otak dan idea semata-mata untuk menulis sesuatu yang tidak memberikan manfaat. Tapi kepuasan sebenar adalah apabila ada yang sudi membaca, ada yang sudi memberikan komen, ada yang sudi berkongsi perasaan sexcited dan meroyan tu macham mana. Lebih afdol semuanya dilakukan secara berjemaah, bukan?

Tak. Sebenarnya, gua taknak meroyan sorang-sorang! Puahahahaha. Biarlah ada geng skali, mana aci gua sorang yang tergila-gilakan laki orang. Haruslah ada partners in crime!

Sebelum gua mengakhiri kalam, terimalah sorotan Adam dan Hawa untuk episode akan datang. Bekal *kenyit mata*.Oh yes, gua memang nak stalight dahi Ain supaya dia dapat berfikir dengan lebih waras. Asik bercakap sesedap mulut, menyakiti hati suami yang begitu setia menanti.

kredit kepada Cik Za yang sudi screen capture wajah sedih abam

.

Sesungguhnya, dinda merasa kesakitan dan keperitan yang kanda rasai saat Ain mengucapkan yang dia sudah ada insan lain dalam hidupnya. Tajam menikam. Bagaikan belati tajam yang menusuk ke dalam jantung dinda hingga tembus ke rusuk. Begitulah sakitnya. Wajah kanda yang kesedihan itu membuatkan dinda mati beragan *lap ayer mata*. Sabarlah kanda, chenta suci memang begitu, penuh onak dan duri. Usah kanda risau, hanya nama kanda yang terpahat dalam hati dinda ini.

Ailebiu kanda. Forever and evah!

.

i.Z.Z.i.e:

Sudah berkali gua katakan yang gua hanyalah si penulis picisan. – iZZie.

Menulis macham takde identiti. Serupa manusia tak kenal diri. – @yonna.

8 thoughts on “Adam dan Hawa: iZZie’s point of view

  1. “Tak. Sebenarnya, gua taknak meroyan sorang-sorang! Puahahahaha. Biarlah ada geng skali, mana aci gua sorang yang tergila-gilakan laki orang. Haruslah ada partners in crime”

    …….Betol10x …*sambil dance cam shin chan “I like to move it,move it….***

  2. ::ho ho ho ho ho ho..da keluar da entry ni..nyaahaha..iyer..saya pon x baca belog lain..saya baca belog yg ini ajaaa *sumpah pengakap*..::

    heeeyyyy..gambar abam tu…sedey kan diaaa…

    “Salam kepada penchenta Adam Mukhriz yang ingin menunjal dahi Ain Hawani”. – ye, i lah tu..ada ke abam yg ganteng perkasa ni die tolak, si rambut beralun ditiup angen lalu tu jugaaaaaak yg die nk..ceh !! lousy taste u got there ain !

  3. Huhu..suke3…sampai nak lompat2…suke sgt bace kat sini…teruskan ye…kaki setia membace…huhu..tak ramai yg sanggup bersengkang mata nak buat mende alah ni tau…

    Jasamu ku kenang izzie..chewahhh!

    #Kanda..i lap u too….but i lap my hubby more..hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s