Adam dan Hawa: Episode 13-14

“Dahlah Ain, mak pun tak tau nak cakap dengan Ain macham mana lagi. Ain ni kan kalau dah buat keputusan, ikut cakap Ainnnnnnn (2 harakat) je. Takde sapa boleh pujuk lagik dah. Yang Ain kata jahat tu, sebelum nikah. Kalau dia betul nak berubah, tak salahkan kalau Ain nak bagi dia peluang kedua?”

“AIN TAKNAK!!” berketap gigi Ain menahan amarah.

“AIN TAKNAK, AIN TAKNAK LAH MAK! Mak faham tak Ain tetap dengan pendirian Ain?! Ain nak bercerai dengan dia jugak. Takde sapa boleh halang Ain, MAK PUN SAMA!” Ain membentak dengan suara yang lantang.

Adik Ain, Eja yang rambut lurus-panjang-hitam-lebat bagitau yang kakaknya ada dapat sebuah bungkusan dari Kuala Lumpur. Di bilik, bungkusannya dibuka. Cik Ted! Betapa gumbiranya Ain sampai dipeluk Cik Ted. Rindukan Cik Ted barangkali.

Eja yang kebetulan menjenguk ke bilik kakaknya ternampak aksi Ain. Dengan serkap jarang, Eja meneka yang itu pasti adalah pemberian suami Ain. Ain hanya mampu terdiam.

“Kakak tau tak, hati Eja ni kuat sangat mengatakan yang abang Am tu memang sayangkan kakak. Eja tau, kakak pun sayangkan abang Am kan? Cuma kakak tu punya marah je tak abis lagi. Kakak tak boleh macham tu tau! Nanti kalau perempuan-perempuan kat luar sana tu tackle abang Am macham mana? Kakak yang rugi, kakak yang padan muka. Nanti kakak sendiri yang gigit jari.”

Panjang lebar Eja berhujah dengan kakaknya. Ada betulnya cakap Eja tu. Tapi Ain terlalu keras hati. Walau dinasihatkan, dia takkan berlembut hati. Takkan mudah dia merobohkan tembok yang dibina dalam hatinya.

Adam ucapkan selamat pagi kepada mamanya. Tangan mamanya dikucup, kemudian membawak ke dahi. Lembut dan syahdu kucupannya *jeling kat mama*.

Untungggggggggggggggggggggggggg (6 harakat) sangat Aznah Hamid tau!

Sengaja mama menebak, yang anaknya masih lagik tidak stabil. Adam akui memang dia sengaja berehat di kota Austalia. Ampun dipinta, dijelaskan segalanya berlaku kerna diperangkap. Terus terang mama memberitahu anak tak bujangnya, mama tak marah atas apa yang berlaku. Itu semua sudah ketentuan. Cuma mama kuchiwa dengan tindak tanduk Adam yang seolah-olah lepas tangan.

“Bukan Am yang taknak bertanggungjawab ma, Am kena paksa kawen. Am kena ikutlah.” Adam jelaskan keadaannya dengan muka paling inesen sekali.

Siapa-siapa yang tengokpun takkan tergamak nak marah kalau macham tu tau! Pandai kanda memainkan emosi dinda.

“Kalau Am ada pendirian, kenapa Am tak tolak? Kalau Am betul-betul tak bersalah, kenapa musti nak aniaya anak dara orang? Lepaskan, biarkan budak tu macham tu saja. Apa orang pandang pada dia? Takde maruah? Dahlah kena tangkap berkhalwat, batang hidung langsung tak nampak.”

Jelas kedengaran nada sesal mama. Adam hanya mampu mendiamkan diri. Wajahnya benar-benar sedih dengan setiap apa yang mama perkatakan. Memang tepat kena kat batang hidungnya. Memang salahnya!

“Am, Am ikhlas ke dengan dia? Kalau Am tak suka dia, lepaskan aje. Diapun nak bahagia jugak Am. Jangan asik pentingkan diri sendiri aje.”

Adam terus diam membungkam.

Di kampung, Ain dan adiknya Eja bersorak gumbira tatkala mendapat khabar yang Ain dapat melanjutkan pelajaran ke Ostolia. Cuma maknya sahaja yang seolah tak begitu teruja mendengarkan khabar itu sepertimana anak-anak gadisnya yang lain.

Aduyai, lidah Melayu payah benor nak sebut Australia eh? Ostolia, Ostolia, Ostolia. [aw-streyl-yuh]. There!

Mak Ain oba berdiplomatik. Dipujuknya agar Ain sambung belajar di Malaysia, seperti yang telah dijanjikannya dahulu. Kalau dia belajar di Malaysia, dapatlah dia jaga mak dan adik-adiknya. Tapi Ain sudah berkeputusan, dia perlu pergi. Sekurang-kurangnya di sana nanti dia dapat buang jauh-jauh peristiwa hitamnya.

“Ain, kalau dalam masa terdekat ni Ain mampu ubahlah fikiran tu ya. Kadang-kadang benda yang pahit ni ubat untuk kita nak. Ya?” habis upaya ibunya memujuk.

Mama sekali lagi menegur sikap Adam yang sejak dua menjak ni makin kurang ke tadika. Sedangkan menjaga tadika itu jugak adalah tanggungjawabnya. Adam tahu itu semua tapi dia sebenarnya coba mengelak untuk menjawab semua gosip-gosip dah soklan-soklan dari makcik-makcik di tadika sana. Cemuih!

Cadangan mama mudah sahaja, selesaikan segalanya secepat mungkin. Lagi lama dibiarkan, sampai bilapun takkan ke mana sudahnya.

“Ma, ada dia kesah tak? Diapun diam je kan? Maknanya tak pentinglah bagi dia. Biarkanlah.” Adam makin rimas dengan asakan semua pihak.

Wajah Adam semakin mencuka.

Kak Zah menjelaskan yang bibik ada beritahu si pamanggil memang ada menelefonnya supaya keluar membelikan plastik. Suara seakan sama dengan Kak Zah, sebab tu bibik menurut sahaja. Kebetulan pulak Ain datang masa ketiadaan bibik di rumah dan kebetulan pulak memang ada orang nak perangkap Adam.

“Memang melampaulah Dee ni!” bengang betul Adam bila dia tahu kenyataan dari Kak Zah.

Tapi mama lebih rasional. Tak perlu nak marah-marah atas perkara yang sudah terjadi. Yang penting sekarang apakah jalan penyelesai terbaik untuk permasalahan ini. Mama nak Adam bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ain selagi mereka belum bercerai.

“Maksud mama?”

“Macham mana caranya tanggungjawab suami terhadap isteri?”

Belumpun habis perbincangan, telefon Adam sudah berbunyi. Ada panggilan untuk menggantikan tugas katanya. Laju dia masuk ke dalam bilik. Mengomel jugak mulut mama dengan perlakuan anak tak bujangnya itu.

Adam sudah bersiap dengan uniform pilotnya. Sempat lagi dia menulis sesuatu di atas kepingan kertas dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak pemberian Erin. Sudah menjadi rutin baru baginya kini. Mama datang dengan membawa segelas air untuk Adam. Sengaja dia berbasa-basi sebelum menyatakan hasrat sebenarnya. Mama mahukan Adam pergi bertemu dengan klorga Hawa sekembalinya dia ke tanah air nanti.

Eh, sukalah mama Adam panggil menantu dia dengan nama Hawa, bukan Ain seperti kebiasaan. Dengar sangat lembut di situ.

Mulanya Adam enggan. Dia bosan. Tapi selepas dipujuk, Adam akur.

“Ammm..” manja mamanya memanggil anaknya yang kelihatan begitu tertekan. “Am suka Hawa?”

“Am kalau suka pun buat apa, ma? I’m. Not. Her. Type.” begitu pasrah dan kuchiwa nada Adam. Dia sedar diri yang dia bukanlah lelaki yang didambakan oleh isteri sendiri.

“Am buatlah Hawa suka.”

“Mama, dia kena terima Am seadanya tau ma. Baik ke, buruk ke. Macham mana pun.”

Oh, dinda setuju itu kanda. Sebab itulah dari doooooolu lagi dinda kerap kali cakapkan yang dinda terima kanda seadanya. Baik, buruk kanda semua dinda terima dengan lapang dada.

“Okey, boleh tak kalau kita bincang bila Am dah balik nanti? Dah rimaslah dengar nama Ain dalam rumah ni. Dia taknak wujud dalam kehidupan kita so there’s no point, you know?!”

Adam melepaskan keluhan panjang. Tangan mamanya disalam sebelum dia berlalu untuk ke airport.

Di luar, Dee sudah sedia menanti. Masih tidak putus-putus memohon kemaafan dari Adam dan mama Adam. Namun mama Adam tidak cepat melatah, dengan senyuman mama menegaskan yang itu semua sudah terjadi. Mana mungkin ditarik kembali. Sungguh-sungguh Dee ingin menebus kembali kesalahannya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Adam.

“Then what? You nak I ceraikan isteri I?” tanpa perasaan Adam menempelak Dee.

Dee menafikan. Dia kini terima yang itu memang sudah jodoh Adam dan Ain. Semua kerna salahnya sendiri. Mama lega bila mendengar sendiri pengakuan daripada mulut Dee.

“Lagipun kalau nak tunggu Am kawen, tah bila entah. Dan lagi auntie dengar Ain tu masih muda, chantek, dan TAK TERJEJAS LAGI.” dalam lembut mama menembak Dee.

Adam hanya memandang mamanya. Tahu apa yang mama dia maksudkan. Yang Dee pulak malu-malu alah. Terus dipelawa Adam untuk dia hantarkan ke airport. Adam hanya menurut. Jelas di wajah mama ada riak kurang senang.

Hamaigad!!! Kalau gua di tempat Dee, mau gua terus larik balik rumah. Duduk dalam bilik, kunci diri sendiri. Malu wooooooo!! Tapi perempuan ni memang muka tembok. Dah diperli macham tu sekali, oleh konon-kononnya bakal mak mertua pulak tu tapi boleh je jaja muka sana sini lagik.

Ain masih berbelah bahagi dengan permintaan ibunya supaya dia berjumpa dengan mama Adam untuk mohon restu pemergiannya melanjutkan pelajaran di Australia nanti. Tapi hati Ain bolak-balik. Kerna dia tahu, kalau dia jumpa mama Adam mungkin hatinya akan sejuk. Tapi rasa kebencian terhadap Adam takkan pernah padam. Ain nekad, dia tak mau berjumpa dengan mertuanya.

Zul yang terlihatkan Adam dihantar ke airport oleh Dee agak terkejut. Segalanya seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Adam masih nampak mesra melayan Dee.

“It’s not that easy lah. Go with the flow. Ada pakai dulu kan.” moto hidup Adam yang baru.

Ada pakai dulu? Pakai luar dan dalam atau luar sahaja kanda??!! Kanda jangan nak macham-macham dengan dinda, ya!

Ain sibuk buat persediaan untuk ke Australia. Tiba harinya, mak dan adik-adik Ain turut menghantar Ain ke lapangan terbang. Di sana, Azie sudah menunggu. Azie adalah teman yang akan turut sama-sama melanjutkan pelajaran di sana nanti.

First impression, memang gua dah tak berkenan dengan Azie ni. Menggeletis semacham. Takpe, kita kasik peluang. Tengok dia ni macham mana dulu, eh?

Ain mula berangkat. Setiap amanat ibunya disematkan dalam-dalam. Dia pergi bersama misi. Misi untuk membela klorganya.

Azie yang dah tak tahan nak terkencing. Buru-buru dia ke tandas. Ain hanya terpacak menantikan makcik tu di luar. KLIA begitu asing baginya.

“Tapi serius aku cakap bro, kau tak boleh pentingkan diri sendiri.”

 “Ini bukan pasal nak pentingkan diri sendiri, bro. Aku taknak ceraikan dia sebab aku nak dia tahu yang aku tak ada pengganti. Dan aku percaya yang suatu hari nanti dia akan carik aku balik untuk selesaikan masalah ni lah.”

“Ye, paham tapi takut benda ni nanti jadik pada diri kau. Kang kau pulak terhegeh-hegeh carik dia.”

Suara yang kedengaran tidak begitu asing kedengaran tidak jauh dari tempat Ain berdiri. Adam dan Zul sedang bersembang betul-betul di belakang Ain. Berbicara mengenai Ain tanpa menyedari yang tuan punya badan jugak sebenarnya tidak jauh dari mereka.

Ain bagai terasa sesuatu. Suatu aura begitu kuat. Adam jugak begitu. Perlahan Adam menoleh tapi terbantut apabila namanya dipanggil oleh Zul. Ain pula berpaling ke belakang namun kelibat Adam sudah tiada di situ.

Ahhh.. Takdir mempermainkan kita, kanda.

Selepas berjam-jam dalam pesawat, akhirnya Ain dan Azie tiba jugak di Perth. Mereka disambut oleh Johan, pelajar Malaysia (jambu gilak!) yang turut sama menuntut di universiti yang sama. Senior kepada mereka berdua.

Bumi Australia, menjanjikan suatu kehidupan baru kepada Ain Hawani.

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

More boring reviews coming up..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s