budak berlemoih!

Raya lepas gua balik beraya di Pekan seperti biasa. Kali ni tergerak hati nak snap gambor yang Tok lekat kat lemari lama dia tu. Ni jelah kenangan yang tinggal sebab semua gambor-gambor lama yang lain Tok dah bakar. Bila Makcu tanya kenapa, dia jawab bersepah T_______T.

Padahal Makcu cakap album lama tu semua disimpan dalam gobok. Bukannya sepah rata-rata. Mak buat kesimpulan, mungkin dia rindu. Rindu anak cucu tapi tak balik-balik. Hatinya mungkin tersayat.

Lama dah Tok bakar semua gambor-gambor tu. Lebih 10 tahun dolu. Skang ni Tok dah makin tua. Ingatannya pun dah makin berkurangan. Mujurlah masih kenal lagi anak-beranak sendiri. Tapi memang dah tak merasa lagiklah air tangan dia. Perangai Tok kadang-kadang tak ubah macham budak-budak kecik.

Okeylah, buat julung-julung kalinya dan mungkin inilah kali pertama dan kali terakhir gua tepek gambor gua masa kecik. Mohon kalian jangan terkejut dengan sebarang paparan.

Bismillah..

Tadaaaaa!!!

Gambar ni Abah snap masa kat kampung Pekan. Kitaorang tengah main, tengok ajalah masing-masing punya comot! Tiba-tiba Abah sua kamera, terus 4 beradik beratur sebaris -____-“. Paling kiri tu Abang, dia yang sulong. Tatau duk tengok apa atas tanah tu. Sebelah dia, Alang. Rambut tu tak lain dan tak bukan adalah hasil kerja tangan Mak. Memang sepesen je gaya rambut. Gaya rambut cendawan. Tapi Alang punya posing paling champion. Ha!

Sebelah Alang pulak; Angah. Gua tatau apa motif dia duk tolak gua. Tu musti dengki takot gua curik suma limelight lettew! Dan semustinya, yang terakhir tu tak payah nak diperkenalkan lagik. Tuan tanah lewww!

Itik serati tu peliharaan Tok tapi gua ngaku yang semua itik serati tu kepunyaan gua. Bela bertahun-tahun, bila dah pindah Penang barulah Makcu bagitau yang itik serati tu dah bertelur. Mujur sempat merasa telur itik tu bila balik kampung sebelum habis semua ayam itik dimakan musang. Tok simpan untuk cucu kesayangan. Hak hak hak.

Baju sama skirt dah kecik, sampai boleh nampak perut tapi maintain pakai macham biasa. Butang kancing sampai atas. LOL! Agak bila dah besar, asik nak bukakkkkkk (2 harakat) je butang. Eh. Bergambar siap berdiri tegak dengan tangan di sisi. Nahhhhhh!! lihatlah donia, betapa gua memang berisi sejak dari kecik lagik. Boolat, kan?

Nampak anak monyet kat belakang tu? Nama dia Tek. Hari pertama bela, dia dah kekah [read: gigit] kepala lutut gua. Rilek je gua duk diam-diam tak bagitau sapa yang gua kena gigit. Nasib baiklah tak kena jangkitan apa-apa. Tek mati sebab kena patut dengan ular. Menangis kitaorang 4 beradik bila bangun pagi tengok-tengok Tek dah keras kejung.

Yang ni pulak masa dah duduk kat Penang. Dolu Abah rajin bawak pergi mandi air terjun kat Kebun Bunga. Ye, ni gambor sebelum terjun mandi di Kebun Bunga. Masa ni baru darjah 1 kot kalau tak salah. Takpun darjah 2.

Eh, apa masalah Angah tu tah nak jengket-jengket kaki? Konon nak nampak tinggi lettew!

Hmm..the good old days. How time flies..

5 thoughts on “budak berlemoih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s