Adam dan Hawa: Episode 12

Pancuran air mandi dibuka, lalu dia terduduk di bawah deruan titisan air yang sejuk beku itu. Dengan baju kurung yang masih di badan, Ain tak hiraukan itu semua. Biar dia begitu, terasa titisan-titisan air itu membawa segala derita yang ditanggunya.

Kamar mandi itu menjadi saksi betapa terseksanya jiwa Ain Hawani.

Di kamar sepi, Adam sendirian. Berkali-kali dia meyakinkan yang dia tak rugi apa-apapun. Dan dia tak heran dengan situasi yang menimpa. Adam terpandangkan sesuatu di meja tulisnya. Baru dia perasan, ada sebuah bungkusan di situ yang masih belum dibuka.

Hadiah daripada Erin, adik bongsunya. Sebuah kotak kayu kosong. Sengaja diberikan kepada abangnya, untuk keperluan istimewa yang mungkin berbeda daripada kebiasaan. Adam mencapai kertas notanya, lalu dicoretkan serba sedikit kata-kata di atas kertas itu. Lalu dimasukkan ke dalam kotak kayu. Terus ditutup kemas.

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang menjadi harapan klorga mencontengkan arang ke muka. Walau Ain berkali-kali memohon ampun dan maaf. Berkali-kali dijelaskan yang dia tidak bersalah, namun ibunya masih sukar menerima kenyataan. Ain dipujuk adiknya Eja, yang kejadian yang berlaku sudahpun berlaku tanpa dipinta. Dia percaya dengan kakaknya, yakin kakaknya tidak bersalah.

Ibu Ain masih diam membisu. Air mata mengalir deras. Ain putus asa memujuk ibunya. Sanggup dia menjunjung Al-Quran untuk meyakinkan ibu tua itu.

“Mak, mak tengok Ain ni mak. Kalau mak yakin Ain yang salah, Ain mintak ampun pada mak. Ain mintak ampun, dari hujung rambut sampai hujung kaki.”

Tangan ibunya dipaut. Namun hati ibu itu sungguh terluka. Berlalu dia tanpa sepatah kata membuatkan jiwa Ain makin parah.

Namun lebih parah lagi seorang suami yang memeluk bantal di kamar tidur berseorang nun jauh di sana. Mata tidak mampu dilelapkan, mengenangkan isteri yang jauh di mata. Dingin malam begini patutnya ditemani, namun dia masih seorang diri.

Dinda sudi menjadi teman setia kanda di sisi. Aummm!!

Ohhhh..lupa. Ini adalah episode di mana gua bertanyakan kepada kalian apakah yang kalian dapat perhatikan sepanjang episode ini.

Makyon @yonna terlalu fokus sampai beliau tidak nampak apamenda yang difokus. Akhirnya, jawapan yang diberikan adalah abam memakai t-shirt merah.

Makyon, that’s toooooo obvious!

Adik manis Yuu pulak cakap dia dah tak nampak apa-apa kecuali abam Adam Mukhriz. Well, I can’t blame you, girl! Tee-hee.

Kanda Massabrina pulak siap teka yang di atas meja di kamar tidur abam Adam ada sebuah novel. Novel bukan sebarang novel tapi Harry Potter and The Order of Pheonix, adults edition.

WHOAHHHH!! Sumpah!! Yang ini dinda langsung-langsung tak perasan. Maklumlah, tengok drama Adam dan Hawa pun sekadar SD sahaja, segalanya nampak kabur. Tajam benar mata kanda Massabrina, ya! Dinda kagum, tapi masih bukan itu jawapannya yang tepat.

Jawapan yang tepat adalah….

Adalah……

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Abam Adam pakai shorts dan dinda nampak paha kanda! *hidung berdarah*

Ampun untuk kalian yang berasa tertipu dengan permainan ini. Sungguh, bukan sengaja gua ada-adakan cerita. Kalau tak percaya, tengoklah semula. Nahhhh, tentu kalian faham betapa meroyannya saat gua melihatkan keadaan kanda yang begitu sexay di atas katil.

Katil besar pulak tu! Rawr!

Dee terus-terusan memburu Adam sampaikan di airport pun masih mengejar lelaki itu. Kerna dia tahu, Adam coba mengelak daripadanya. Menjawab panggilannya pun Adam tak sudi. Dee mengaku segala kesalahannya dalam memerangkap Adam.

“Sayanggggg (2 harakat, sengau). I am really sorry, this is all my fault.”

“You tak boleh call ke? Benda nak jadik kan, nak buat macham mana?” rimas Adam dengan karenah Dee. Tak sudah-sudah menempek. Eh.

“Abis tu sapa nak I dengan status you?” Merengek!

“Bukan ke benda ni you yang nak, right?” tempelak Adam kepada Dee.

“Taknak! I taknak you kawen.”

“Look! I tak kesah pun okey, yang penting I kawen free. Seronok!”

Dindapun seronok dinikahi kanda. *kenyit mata*

“Abis tu, I?”

“You cariklah pilot lain.”

“Noooo! I tak sanggup! Okey, apa kata ceni..you tinggalkan perempuan kampung tu?”

“Look, perempuan kampung tu yang you dah aniaya, sekarang my wife okey. Tolong respect dia sikit boleh tak?”

Zul yang berdiri tak sampai 10 meter dah mula bagai cacing kepanasan. Dilihatnya jam di tangan. Masa makin suntuk. Mereka perlu menjalankan tugas tapi nampaknya kehadiran Dee melengahkan mereka berdua. Diisyaratkan supaya Adam sedar dengan waktu yang semakin menginjak pergi.

Adam yang faham dengan isyarat Zul terus meninggalkan Dee tanpa pamitan. Terkulat-kulat Dee di situ menahan malu, dia bagaikan barang tidak laku.

Padan muka! *senyum*. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Ain nekad. Dia mahu menuntut cerai daripada Adam. Disuarakan niatnya kepada ibunya tapi tak dipersetujui kerna segala keputusan Ain dibuat dengan tergesa-gesa. Ain menegaskan yang dia tak rela pun berkahwin dengan Adam tapi segalanya dipaksa dan dia masih tidak boleh terima perkahwinannya dengan lelaki itu. Tidak sama sekali.

Namun ibunya masih coba memujuk Ain. Mungkin segala yang terjadi punya hikmat di sebaliknya yang hanya Allah sahaja yang tahu. Ain mula mengeluarkan hujah. Hingga ke saat itu, Adam langsung tidak menampakkan batang hidungnya. Langsung hilang tanpa khabar berita ataupun menjenguk Ain di kampung. Memang Adam tak layak jadik lelaki.

Beristighfar panjang ibunya.

Mujurlah Kak Zah menelefon ke kampung. Bertanyakan khabar Ain melalui ibunya. Mujurlah ibu Ain masih mampu menjawab dengan baik panggilan itu. Tidaklah dihamburkan segala kemarahan dan kekuchiwaan terhadap apa yang berlaku. Mungkin ibunya redho dalam menerima setiap ketentuan Illahi.

Bukan macham Ain tu. Pfftt!!

Mama Adam pulang ke rumah. Segala apa yang terjadi sepanjang ketiadaanya diceritakan.

“Am kena tangkap khalwat.” Kak Zah berteru-terang tanpa selindung lagi.

“Ha???!! Am kena tangkap khalwat??!! Macham mana boleh jadik macham ni? Dengan siapa? DEE?” mama serkap jarang.

“Tak. Ain.”

“Budak mana pulak?”

“Chegu sementara kat tadika kita.”

“Nasib baik bukan Dee. Fuhhh..kalau dengan Dee, boleh tonggang terbalik donia ni.”

Terkejut Kak Zah mendengarkan pernyataan lega yang terpacul dari mulut mamanya. Langsung dia tak jangka penerimaan mama sebegitu. Lucu!

“Tapi mana budak tu? Kenapa tak datang jumpa mama?”

Kak Zah menjelaskan duduk sebenar keadaan dengan lebih lanjut. Keadaan makin buruk selepas nikah kerna Adam main lepas tangan. Lepas nikah, masing-masing buat hal sendiri. Memang marah dan benci Ain masih membara. Mamanya faham kemarahan Ain yang berpanjangan kerna ia melibatkan soal maruah. Bukan perkara mudah yang boleh dipandang enteng.

Kedegilan Ain untuk terus menuntut cerai membangkitkan kebimbangan di hati ibunya. Pada Ain, dengan cerai segalanya akan menjadi lebih mudah. Tidak lagi dihiraukan nasihat ibu tua itu. Walau berkali-kali diingatkan yang bercerai tanpa alasan munasabah itu perkara yang dilaknati Allah, Ain sudah bulat hati.

“Kamu fikir Am tu jahat, tapi betul ke dia jahat dalam erti kata sebenar? Ada dia tidur dengan perempuan lain?”

Tak.

“Ada dia mengandungkan anak orang?”

Tak.

Eh. Ada, isterinya iaitu saya. Hik hik.

“Ada dia buat tak elok dengan kamu? Ada?”

Tak. Semuanya dibuat elok-elok sahaja. Eh.

Ain terpukul dengan soalan bertubi-tubi emaknya. Memang dia tak ada jawapan untuk semua itu sebab semuanya jelas dan nyata. Dia hanya menuduh membabi buta.

“Mak, depan mata Ain dia peluk-peluk dengan perempuan lain tu apa? Mak tu je yang tak percaya cakap Ain.”

Ain masih coba menegakkan benang yang basah.

“Ya Allah, Ain. Mak bukannya tak percaya dengan anak emak. Yelah, tapi kalau dia tak suka dengan Ain, tentu dia taknak menikah dengan Ain masa tu.”

Ain hanya mampu diam kerna tak berdaya lagi mematahkan hujah bernas ibunya.

Kak Zah melawat keluarga Mak Lang Ain. Sedikit-sebanyak, klorga Ain di kampung sudah mula dapat menerima ketentuan Illahi. Kedatangan Kak Zah berhajat, untuk memberitahu yang pihaknya akan melawat Ain di kampung nanti. Cik Ted turut dibawa bersama untuk dihantar kepada Ain.

Ain memang keras hati. Diamnya hanya seketika. Dia kembali bertegang urat dengan ibunya. Pendiriannya sudah tak mampu diubah lagi. Dia rela bergelar janda muda. Tak ingin dia menyesal kemudian hari.

“Ain tak pedulik. Berdosa pun, berdosalah mak. Daripada diri Ain ni menderita, sebelum dia buang Ain lebih baik Ain selamatkan diri Ain, mak. Ain tak perlu lelaki macham DIA tu jadi suami Ain!”

“Dahlah Ain, mak pun tak tau nak cakap dengan Ain macham mana lagi. Ain ni kan kalau dah buat keputusan, ikut cakap Ainnnnnnn (2 harakat) je. Takde sapa boleh pujuk lagik dah. Yang Ain kata jahat tu, sebelum nikah. Kalau dia betul nak berubah, tak salahkan kalau Ain nak bagi dia peluang kedua?”

“AIN TAKNAK!!” berketap gigi Ain menahan amarah.

“AIN TAKNAK, AIN TAKNAK LAH MAK! Mak faham tak Ain tetap dengan pendirian Ain?! Ain nak bercerai dengan dia jugak. Takde sapa boleh halang Ain, MAK PUN SAMA!” Ain membentak dengan suara yang lantang.

Eh, biadap cakap dengan mak nak tengking-tengking. Gua tampor jugak kang….!

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

PANNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGG!!

Tamparan wanita sedas kepada Ain Hawani. Huh!

2 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s