Adam dan Hawa: Episode 11

Tangan uztaz bersambut dengan tangan Adam. Erat genggaman tangan itu. Akad dilafazkan..

“Aku terimanya nikah Ain Hawani binti Ismail dengan mas kawen sebanyak 80 ringgit, tunai.”

SAHHHHHHHHHHHH!!!

Doa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi. Telapak tangannya yang menadah sepanjang bacaan doa tadi diusap ke wajahnya. Pasrah benar wajahnya yang kini bergelar suami kepada Izzie Zin. Eh. Ain Hawani binti Ismail.

“Eh, kau dah hilang akal ke bro? Kalau kau taknak, kau boleh cancel je lah. Bayar je denda, habis cerita.” Zul masih tidak dapat menerima keputusan rakannya. Masih tidak faham kenapa keputusan bernikah yang diambil sedangkan boleh saja Adam membayar denda.

Bro, itu kau yang bayar denda kalau kena tangkap khalwat. Jangan nak suruh orang lain pun ikut sama apa yang kau dah buat. Eh. Lupa pulak, ni drama aja dan bukannya betul-betul kejadian. Auw!

“Ni bukan pasal bayar, bro. Ni aku kesiankan keluarga Ain tau tak. Malu!” Adam membela diri. Memang dia rasakan tindakannya adalah wajar.

See! Orang yang panjang akal memang akan fikirkan orang lain jugak, bukan pikir diri sendiri je. Eh.

“Ala, nak cerita pasal malu memanglah malu. Tapi benda ni sekejap je, lama-lama senyaplah, hilanglah cerita ni.”

Hmm.. *usap dagu yang tidak berjanggut*. Patutlah! Patutlahhhhhh.. Eh.

“Abis Ain macham mana? Hmm..?”

“Macham mana apa? Dia pun sah-sah taknak kat kau. Kau terima benda ni, lagi beban pada dia kau tau tak?”

“Kalau susah sangat, cerai je lah. Sekarang aku ikut je lah, lantak diaorang. Asal diaorang bahagia sudahlah.”  Adam membidas balik.

“Senang kau cakap. Ada masalah, cerai. Eh, come on lah bro. Sekarang ni kau terus terang dengan aku, kau terima Ain ni sebab apa? Sebab kau betul-betul berkenan kat dia ke, ataupun sebab kau nak lepaskan diri kau daripada Dee?”

Adam hanya mampu tertunduk.

“Aku tau kau memang nak kawen bro. Tapi bukan macham ni tau! Koboi pun tak kawen macham ni tau tak.”
Zul habis upaya menasihati kawannya. Nasi sudah menjadi bubur.

Ain masih tak sedar di pembaringan di ruang tamu. Mungkin jatuh pengsan setelah dipaksa berkahwin dengan Adam Mukhriz awal tadi.

Mata Ain tidur tak tutup rapat. Mak gua cakap, kalau budak-budak tidur mata terbuka begini..nakal. Wallahualam.

Tiba-tiba Ain tersedar. Matanya celik dan dibuka dengan seluas-seluasnya. Baru dia tersedar dari pengsannya, dan mengetahui bahawa mimpi ngeri masih belum berakhir. Mimpi ngerinya membawa ke alam realiti.

“MAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!”

Jerita Ain mengejutkan seisi rumah. Adam yang berada di luar bersama-sama temannya turut terkejut dengan pekikan Ain. Buru-buru dia ke ruang tamu mendapatkan isteri yang baru dinikahi.

Isteri yang baru dinikahi. Aummm sangat tau kedengaran di situ. Suka!

Ain seakan-akan histeria. Menjerit-jerit dia memanggil ibunya.

“Ain nak mak Ain. Mak Lang panggil mak. Mak Lang panggillah mak!”

Kak Zah peluk Ain dari belakang. Gadis itu semakin hilang pertimbangan kerna terlalu tertekan dengan situasi yang menimpa diri.

Adam muncul di depan Ain. Makin memarakkan lagi keberangan gadis itu yang masih tidak padam.

“Hey! Laki tak guna! KAU BUAT APA LAGI KAT SINI HA??!!”

Errr.. kalau gua tak silap, itu rumah dialah Cik Ain. Eh, Puan Ain.

“PUAS HATI KAU? Aku datang sini aku nak kerja kau tau tak? Kau memang PENGECUT! CAKAPLAH AMMMMM (2 harakat)!!”

Mungkin, mungkin sikap mendiamkan diri Adam apabila disoal-siasat oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam seperti mengiyakan segalanya.

*lap air mata*

Sayu benar hati ini tatkala Ain berubah nadanya bila memberitahu yang dia ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Semustinya untuk menolong ibunya dan adik-adik di kampung. Tapi lain yang jadik. Betapa dia begitu lemah saat itu.

Mak Lang coba menenangkan Ain. Disuruhnya Ain mengucap. Malulah sikit sebab menjerit-jerit di rumah orang.

“Ain tak kisah Mak Lang. Mak Lang dah tengok tadi, kan? Diaorang tak percayakan cakap Ain. Biar Ain JERIIIIIIITTTTTTTTT (2 harakat)!!!”

Ain masih tidak puas. Biar dia luahkan segala-galanya. Benda dah jadik. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah jerit, mari kita terus pekik. Ain kuatkan diri, dikumpul seluruh tenaganya melawan pelukan kuat Kak Zah. Dia bangun. Matanya masih berair dengan air mata, tangisannya masih tidak reda. Wajah Adam dipadang tajam.

“Kau nak aku SEPAK muka kau ke ha??!! Kurang ajar! Laki tak guna! Jangan biar muka kau LALUUUUU (2 harakat) DEPAN MATA AKU! SAMPAI MATI PUN AKU AKAN BENCI KAU, kau tau tak?!

Babak inilah yang gua tengok di trailer lewat bulan lepas. Babak di mana Ain bagaikan orang gila terkena histeria menghamburkan kemarahan kepada Adam. Membuatkan hati ini tiba-tiba tersentap dengan lakonan yang begitu berkesan hingga membuatkan goosebumps di tengkuk belakang gua. Terus dalam hati berkata, “WOW! This girl is not bad in acting after all!”. Meyakinkan!

“Eh, eh! Hey, kau nak jerit macham nak mampos sekalipun tak gunalah! Kau tu dah jadik bini Am, BODOH!”

Kak Long dengan rambut gerbang macham singa, tiba-tiba mencelah lalu memberitahu realiti sebenar kepada Ain. Ain sudah dinikahi, dan tiada apa-apa yang boleh diundurkan lagi. Tak boleh nak undo dah.

Kak Long lupa nak sikat rambut ke?

Adam hanya memerhatikan Ain tanpa kata. Ain bagaikan terpukul. Dia baru tahu yang dirinya kini sudah dinikahi. Dirinya kini adalah isteri kepada Adam Mukhriz. Lembik lututnya mendengarkan berita yang begitu mendadak itu. Donianya gelap.

“Ain taknak. Ain taknak! Ya Allah, apa dah jadi ni Mak Lang???!!! Ain taknak. Ain nak jawab apa dengan mak?”

Di tadika, masing-masing memperkatakan kejadian Ain dan Adam ditangkap khalwat. Masing-masing bagaikan tidak percaya Ain terpaksa bernikah dengan Adam. Mereka tahu Ain tak bersalah. Kak Cham berseloroh, mujur jugak kena tangkap dengan Ain. Kalau Adam ditangkap dengan Kak Rubi, mau haru-biru!

Adam yang tidur di atas katil dalam biliknya terkejut dengan panggilan telefon di awal pagi.

OMOMOMOMOMO. Omelnya kanda tidur begitu. Berbantalkan lengan gayanya. Dan sudah dinda bilang, kanda ni memang sopan bila ketiduran. Nah, tengoklah! Lengkap dengan t-shirt berkolar pulak kali ini walaupun tidur berseorangan. Tidur berseorangan sekejap sebab dinda sedang mandi wajib dalam bilik air *lap rambut basah*.

Tiada orang yang akan buat panggilan seawal pagi begitu kecuali Dee. Sibuk bertanyakan tentang peristiwa Adam ditangkap khalwat. Dia mahu dengar sendiri dari mulut Adam. Namun lelaki itu masih mamai. Kena pulak melayan soalan bertubi-tubi dari Dee.

“Sapa yang taknak kawen free, Dee? Tak payah bayar. Anak dara lagi sapa yang taknakkkkk (2 harakat)?”

Aummmmmmm!! Berdebar dinda saat kanda menuturkan begitu *blushing*. Jelas kelihatan tompok-tompok merah di atas cadar putih.

Eh.

Sengaja Adam ketuk-ketuk pintu bilik air dalam kamarnya. Tak pasti mengapa.

“Apa, Yang? Okey, okey. Jap lagi Abang datang mandi sama-sama, ye. Sabar, sabar sabar.”

Adam seolah-olah sedang bercakap dengan ‘isterinya’ yang sedang mandi dalam bilik mandi. Sengaja dikuatkan suaranya agar Dee dengar. Sengaja dia buat begitu. Biar padan muka perempuan tu.

Ohh..cepatlah kanda. Dinda takut mandi sorang-sorang ni. Kita mandi wayang kulit, ye? Aumm! Aumm!! Aummm!!!

“Aaa..minta maaf, my wife dah panggil. Dia tak boleh mandi sorang-sorang, okey?”

Oh tuhan yang Esa. Kenapa menggeletar lutut dinda saat kanda cakap perkataan ‘mandi sorang-sorang’ tu?

“You tak tahu ke? Ala, si budak kampung yang kat tadika tulah, chegu sementara. Ain Hawani. Kenal, kan? Kenal? Okbai.”

Terus diletakkan panggilan telefon itu tanpa pamitan. Mengomel-ngomel di mulutnya, perihal tindakan bodoh Dee dalam mengenakan dia sampai ditangkap khalwat. Mujur Ain yang ditangkap bersama, kalau Kak Rubi? Namun satu keluhan berat masih dilepaskan di situ.

Olololo.. kalau Kak Rubi, jawabnya kanda hanya ikut nasihat dari Zul ajalah. Bayar denda, abis cerita. Kan? Kan??!!

Kak Zah ke rumah Mak Lang Ain. Ain sibuk mengemas untuk pulang ke kampung halaman. Kak Zah cadangkan, biarkanlah Adam dan Ain yang selesaikan sendiri masalah mereka. Lagipun sekarang masing-masing masih ‘panas’ dengan peristiwa yang menimpa mereka berdua.

Dee meroyan di biliknya. Ranchangannya hancur! Bukan Kak Rubi yang tertangkap tapi Ain. Diarahkan supaya Adam dan Ain dipisahkan walau dengan apa cara sekalipun.

Agak dah! Gua dah agak dah takde orang lain yang nak buat kerja bodoh ni kecuali Dee.

Di sebuah restoran Cotton Box, Zul dan Adam makan tengah hari bersama-sama. Sekali lagi Zul memberi nasihat selaku seorang rakan yang Adam perlu selesaikan segalanya secepat yang mungkin. Perkara sebegini tak elok ditangguhkan lama-lama. Lagipun Ain kini adalah tanggungjawabnya, dosa dan pahala semua akan terletak di atas batu jemala Adam.

Memang adalah normal dari segi psikologi kalau perempuan tengah marah, perasaan tu akan bercampur baur. Marah, benci, meluat, rasa nak sepak semua ada. Tapi kalau hati dah sejuk, masa tu pasti Ain akan redho dan terima kenyataan yang dia kini adalah isteri yang sah kepada Adam Mukhriz.

“Biarlah sampai sejuk betullah, bro. Tapi diapun kena paham tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, betul tak? Aku malaslah nak pujuk-pujuk dia. Aku faham sangat perangai dia. Biar je lah.”

“Tapi tak boleh lama-lama sangat, bro. Kita nak fly ni.”

“Eh, dia nak lari ke mana? Macham mana pun dia tetap hak aku!” tegas Adam setegas-tegasnya.

AUMMM!! AUMMMM!! AUMMMMM!!

Dinda memang akan selamanya jadik milik kanda. Dulu, kini dan selamanya. Chenta kita sampai ke JANNAH!

Zul bertanyakan tentang Dee. Dengarnya Dee tahu semuanya tentang kejadian Adam ditangkap khalwat. Adam berang apabila nama Dee disebut. Mana tidaknya, memang ini semua berpunca daripada Dee, ini semua kerja Dee. Hendak kenakan Adam dengan Kak Rubi atau Kak Cham. Dee ingat mungkin Adam hanya akan bayar denda sebagai jalan mudah, tak sangka pulak Adam membuat keputusan untuk bernikah.

Ain berangkat pulang ke kampung. For good. Tidak akan menoleh ke belakang lagi dengan kembali semula ke kota itu. Pak Lang dan Mak Langnya ikut sama. Sampai aja di kampung, terus dipeluk ibunya. Perkara pertama yang dibuat apabila berjumpa dengan ibu tua itu. Risau mak Ain dengan keadaan Ain yang begitu dan terus meluru masuk ke dalam bilik. Apabila Mak Lang Ain beritahu yang ada hal yang dibincang, hati mak Ain makin gusar.

Malamnya di rumah, Kak Zah ceritakan kepada Adam perihal Cikgu Zawyah petang tadi di tadika. Perihal Cikgu Zawyah yang menyesal kerana menolak tuah apabila dimintak oleh Kak Rubi untuk menghantarkan barang-barang dan pulut kuning ke rumah Kak Zah. Kalau tidak, yang ditangkap khalwat dan dapat kawen free mustilah bukan Ain tapi dia. Adam geleng kepala.

“Am ni kan, sudah-sudahlah tu. Dah nikah pun dah kan. Coba settle down.”  nasihat Kak Zah dengan perangai adiknya yang ramai teman wanita tu.

“Yelah, memang dah nikah. Tapi mana isteri Am kak, mana? Ada isteri macham tak ada isteri.” jelas ada nada kuchiwa dalam suara Adam.

Kak Zah mintak agar Adam beralah. Biarlah beralah sampai Ain kembali tenang.

“Nak buat macham mana kak, dah memang kes paksa. Bukan suka sama suka.” bernada kuchiwa lagi.

Aww… Tiada paksaanpun kanda dalam pernikahan kita. Sesungguhnya memang dinda rela hati diperisterikan kanda. Usahlah kanda bermuram durja. Mari ke sini, dalam pelukan dinda.

Aher aher aher.

Gatalnya bunyi kalau gelak macham tu. Macham mintak disula!

Adam jelaskan yang ini semua memang perangkap yang dipasang Dee. Adam melepaskan keluhan berat. Wajahnya kusut.

Oh, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Ain yang tertidur sejak pulang tadi baru tersedar. Lama tidurnya. Dicapai tuala lalu berlalu ke kamar mandi. Wajahnya sugul. Bila mata celik, tiada benda lain yang terlintas dalam benaknya kecuali perkara yang memalukan itu.

Pancuran air mandi dibuka, lalu dia terduduk di bawah deruan titisan air yang sejuk beku itu. Dengan baju kurung yang masih di badan, Ain tak hiraukan itu semua. Biar dia begitu, terasa titisan-titisan air itu membawa segala derita yang ditanggunya.

Kamar mandi itu menjadi saksi betapa terseksanya jiwa Ain Hawani.

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Sudah dimilik oleh Adam Mukhriz.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s