Adam dan Hawa: Episode 10

Dee merempan-rempan di rumahnya. Dia berjanji dengan diri sendiri, kalau dia tak dapat Adam orang lain pun takkan dapat bersama-sama lelaki itu. Mommy Dee beri amaran jangan sesekali Dee buat kerja bodoh tapi Dee dah tak pedulikan itu semua.

Dan Dee seakan-akan sudah punya suatu ranchangan keji. Keypad telefonnya ditekan, lalu dilekapkan ke telinga sambil menantikan panggilan di sebelah sana berjawab.

Di tadika, Kak Rubi yang keletihan terduduk di atas kerusi. Ain yang kebetulan ternampak Kak Rubi bertanyakan keadaannya. Kak Rubi nak mintak tolong untuk hantar semua pulut kuning ke rumah Kak Zah. Kak Zah dah pesan, pulut kuning perlu dihantar awal sebab orang masjid akan datang sebelum Maghrib. Sungguh-sungguh dia meyakinkan Ain yang bibik sentiasa ada di rumah itu dan Ain boleh ikut pintu belakang tanpa perlu bertembung dengan Adam. Ain setuju.

Cikgu Zawyah hanya perhatikan Ain yang membawa bungkusan plastik berisi barang. Dia tahu ke mana destinasi Ain Hawani.

Ain masuk ke rumah Adam melalui pintu belakang. Puas diberi salam namun tiada sahutan dari bibik. Ain beranikan diri masuk ke dapur dan meletakkan barang-barang di situ. Niatnya cuma satu, untuk menghantarkan barang seperti yang dipesan. Berkali-kali Ain panggil bibik, dari dapur hingga ke ruang makan namun sepi. Rumah itu seakan-akan tidak berpenghuni. Barulah Ain perasan yang dia sudah jauh masuk ke dalam rumah orang tanpa izin. Cepat-cepat dia berlari anak ke pintu dapur semula.

“Ain.” suatu suara garau memanggil namanya.

Adam!

KANDA!!

Langkah Ain terhenti. Dipalingkan tubuhnya menghadap si empunya suara. Di hadapannya kini seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya tak ubah seperti model dengan hanya mengenakan tank-top putih dan berseluar panjang.

Hik hik hik. Indahnya pemandangan di saat ini. Dengan bertank-top sedemikian ropa, jelas menampakkan lengan kanda yang sasa. Dinda sangat suka!

Dada dinda mula berombak senada dengan langkah kanda yang semakin menghampiri.

“Ain..Ain datang hantar ada barang dekat dapur. Ain letak pulut kuning. Kak Zah yang pesan.” Ain coba menjelaskan dengan nada yang kaget.

Ya, kaget dia melihatkan kanda ada di situ. Lebih kaget lagi melihatkan kanda begitu sexay. Kalau dinda, maunya kelu terus untuk berkata-kata. Hanya yang mampu dinda lakukan tatkala itu hanyalah bertesbih.

“Tapi macham mana Ain dapat masuk?”

“Tulah tadi pintu tak kunc…”

Ketukan kencang di muka pintu mematikan ayat terakhir Ain Hawani. Segera Adam membukakan pintu.

“Assalamualaikum. Kami daripada Jabatan Agama Islam.” senapas ayat yang dilafazkan oleh lelaki yang terjegul di muka pintu bersama-sama beberapa lelaki yang lain.

“Ini siapa ni?” pandangan mata lelaki yang bertanya itu beralih kepada Ain.

“Mmm..kawan.” ringkas dan jujur jawapan Adam.

“Siapa lagi yang ada dalam rumah ni?” soalan masih bertui-tubi diajukan.

“Bibik ada?” perlahan Adam bertanyakan kepada Ain seakan berbisik.

“Eh! Inikan rumah awak?! Takkan awak tak tahu siapa lagi yang ada dalam rumah ni?” tingkah lelaki yang seorang lagi. Tak puas hati dengan jawapan yang didengarnya daripada Adam. Begitu mencurigakan! “Tapi awak tau pulak perempuan ni ada sini?” tambahnya lagi.

“Encik, saya ni chegu tadika. Tadika encik ni (merujuk kepada Adam). Jadi saya datang nak hantar barang.”

“Sayapun baru bangun tidur.” rambut kusut masai Adam turut menjadi bukti.

Tidur sorang atau tidur berdua, kanda? *kenyit mata*. Sopan sungguh kanda ni tau! Di rumah sendiri, dalam bilik tidur sendiri pun masih tidur dengan tank-top. Ahhh..kalau kebanyakan lelaki yang lainnya, sudah tentu hanya mengenakan celana tanpa baju. Tak dapat dinda bayangkan bagaimanakah agaknya andai kanda dalam keadaan begitu. Hmmm.. mau dinda berdarah hidung😛

“Ada saksi? Buktikan kepada kami yang ada orang lain dalam rumah ni selain daripada awak berdua.” tegas lelaki yang pertama tadi.

Adam pandang Ain. Jelas di riak wajah masing-masing dah cuak badak. Bala besar bakal menimpa.

Di luar rumah pula, kelihatan seorang lelaki yang hanya memerhatikan segala ranchangan yang diatur berjalan seperti yang dikehendaki. Senyum puas.

Ain masih tidak putus asa dalam memberikan penjelasan kepada pegawai dari Jabatan Agama Islam yang datang. Ditegaskan yang antara dia dan Adam tiada apa-apa hubungan. Diperjelaskan kedudukannya yang disalahertikan. Nada suara Ain mula berubah. Ada tangis yang ditahan. Adam yang berdiri di sebelah hanya diam memeluk tubuh.

Lagi menampakkan lengan kanda yang sasa itu tau! Auuuww!

CIS!! Dalam keadaan beginipun masih lagi gua nak menggatal. Tak sensitif langsung!

“Awak ingat kami boleh percaya dengan cakap awak? Perempuan yang pakai tudung pun boleh buat maksiat, inikan pulak awak!”

Prejudis!

Adam hanya memandang pegawai lelaki terbabit dengan jelingan yang tajam.

Mudah benar hukuman dijatuhkan. Andai tidak bertudung sahaja, bagaikan tiada pegangan agama. Andai tidak bertudung sahaja, terus dikatakan jahat.

“Astaghafirullah hal’azim. Demi Allah encik, saya tak bohong. Saya tak bohong. Saya tahu berdua-duaan ni salah. Tapi takkan saya nak jerat diri saya sendiri? Am! Am tolonglah bagitau dekat diaorang Ain datang bukan untuk jumpa Am. Tolong bagitau dekat diaorang.”

Adam masih diam membisu.

Ain terus-terusan coba meyakinkan khalayak yang datang bahawa dia tidak buat apa-apa dengan Adam. Dirayunya dalam tangis agar mereka mempercayai setiap apa yang disampaikan. Tapi tiada siapa yang boleh mempercayai kedudukan mereka berdua. Terlalu curiga kerna tiada saksi yang boleh mengesahkan mereka tidak berbuat apa-apa.

Adam tetap diam tanpa sepatah kata. Ain mendesak agar Adam membela diri.

Akhirnya Adam membuka mulut. Berkali-kali dia menegaskan yang dia tak tahu menahu mana datangnya Ain. Dia tidur sedari tadi. Bangun-bangun aja Ain sudah berada dalam rumahnya.

“Dah dekat pukul 7, awak baru bangun? Awak buat apa tadi?”

“Rumah saya kan, ustaz? Suka hati sayalah nak bangun pukul berapa. Orang datang hantar barang kat rumah saya, takkan itupun nak tangkap saya?!” Adam makin geram dengan soalan-soalan yang tidak masuk di akal.

Pegawai agama masih bertegas. Tak dihiraukan sebarang penjelasan yang diberi. Kata putusnya, mereka mahu bertemu dengan ibubapa mereka berdua selepas Maghrib nanti. Ain lemah lutut. Tiada apa yang terlintas di fikirannya buat masa ini kecuali ibu dan adik-adik di kampung. Sungguh-sungguh dia menangis.

Maghribnya, bibik dan Kak Zah terkocoh-kocoh di dapur. Bibik bertanya benarkah bukan majikannya yang menelepon petang tadi supaya dia pergi membeli plastik. Kak Zah menafikan. Seharian dia sibuk menguruskan segala benda. Marah benar Kak Zah dengan si pelaku yang sengaja nak mengenakan. Bagaikan sebuah permainan pulak!

Air mata Ain makin membanjiri wajahnya yang mulus. Kali ini tangisannya memang tak mampu ditahan lagi. Terduduk dia di atas birai katil di dalam bilik yang Kak Zah sediakan. Tak henti-henti di mulutnya menyebut ibunya.

Kak Long meluru masuk ke dalam bilik Ain ditempatkan. Lantas menyerang Ain bertubi-tubi dengan kata nista. Dikatanya Ain selama ini berpura-pura baik padahal menggatal sampaikan tertangkap.

“Mak Lang tolong Ain, tolong Ain eh. Ain tak salah.” merayu-rayu Ain kepada Mak Langnya.

Di luar balkoni, Zul coba menenangkan Adam. Segalanya bisa diselesaikan seandainya pihak perempuan tidak buat hal. Adam geram, memang dia nak tahu sangat-sangat siapa yang punya angkara. Kalau mamanya tahu, mungkin direjam sampai mati.

Eh tak. Mana mungkin mama sanggup nak rejam kanda sampai mati. Ekzejeret sungguh dinda! Kalau kanda direjam, dinda sanggup menjadi human shield untuk kanda. Sakit kanda, sakit dinda jua.

Zul berikah pendapatnya, andai didapati bersalah Adam hanya perlu bayar denda. Tak payah nak susah-susah.

Bayar denda aja Zul? Hmmm.. Bercakap dari pengalaman, much?

Pak Lang Ain tiba di rumah Adam bersama-sama seorang ustaz. Laju air mata Ain turun bagaikan hujan membasahi bumi. Empangan air matanya memang sudah tak berjaya diseka lagi. Hanya itulah yang menjadi penemannya di saat ini.

“Pak Lang, Pak Lang dengar cerita Ain betul-betul eh. Ain masuk rumah sini sebab Ain nak tolong kawan Ain, Kak Rubi hantar barang. Tu je. Ain tak taupun Am ada dalam rumah ni. Kalau Ain tau, Ain tak masuk Pak Lang.”

Pak Lang hanya diam. Sukar untuk percaya anak saudaranya melakukan kesalahan itu. Kak Zah datang menenangkan Ain, memberinya semangat dari belakang. Kak Long pulak buat muka macham jilaka.

“Am, Am tolong cerita perkara sebenar dekat diaorang Am. Kita tak salah, kita tak salah. Tolonglah, Am.”  air mata Ain terlalu sudah terlalu murah. Memang tak henti-henti dia menangis sedari tadi.

Adam hanya diam. Masih diam membatu. Ain beralih pula kepada Mak Lang, mohon diberikan simpati. Mohon dipercayai.

“Mak Lang, Mak Lang tolonglah Ain. Mak Lang, Mak Lang percayalah cakap Ain ni. Ain tak buat apa-apapun dengan Am. Mak Lang percaya ke Ain buat perkara tak senonoh ni? Mak Lang percaya ke, ha?”

Air mata Adam bergenang melihatkan gadis itu merayu-rayu sebegitu.

Awww.. *clutch my heart*. Tak sanggup dinda melihatkan kanda menitiskan air mata. Marilah dinda sapukan air mata yang bertakung di tubir mata kanda. Mata kanda tak layak untuk menangis, langsung!

CISSSS!! Ni nanti ni musti Cik Za cakap dinda biased! Sedangkan Ain menangis berjuraian air mata tidak dihiraukan, kanda yang baru merah-merah mata dinda sudah robek hati segala. Itulah namanya opposite attracts, kan kanda?!

“Habis tu Ain nak Mak Lang buat apa sekarang ni? Benda dah jadik lah Ain! Kalau cakap benda betul sekalipun, dah tak guna tau tak?!” herdik Mak Langnya.

Ain membela diri di depan ustaz dan hadirin yang lainnya. Dia tahu yang dia tak ada saksi yang boleh tolong dia untuk keluarkan dia daripada kemelut itu tapi sebagai seorang yang terhormat, Ain pohon pada ustaz di hadapan supaya berbelas kasihanlah kepadanya yang tidak bersalah. Demi Tuhan, Ain memang mengaku dia adalah mangsa keadaan.

Namun ustaz masih dengan pendiriannya. Disokongnya kata-kata Mak Lang sebentar tadi. Ain telah ditangkap berdua-duaan di tempat tersembunyi dengan lelaki yang tiada hubungan di rumah itu sudah cukup untuk menimbulkan syak, merupakan satu berdosa.

“Niat saya jujurrrrrrr (2 harakat) ustaz, niat saya ikhlas nak tolong kawan saya. Tu je. Kak Zah, Kak Zah, Ain sanggup junjung Quran sekarang jugak. Kak Zah, diaorang semua ni tak percaya cakap Ain ni.” Ain makin habis ikhtiar. Habis upaya dia dalam meyakinkan semua yang ada di situ.

Ya, junjung Quran sebagai ikhtiar terakhirnya. Sungguh. Kalau semua sudah tidak mempercayai, Allah masih ada sebagai saksi.

“Kak Zah percaya ke Kak Zah…?? Tolonglah Ain, Kak Zah.. Ya Allah, Ya Allah. Apa dah jadi ni, Ya Allah..” mendayu-dayu Ain mohon dikasihani. Sungguh-sungguh Kak Zah coba menenangkan Ain yang semakin hilang punca.

Adam yang melihat keadaan itu terasa makin sebak. Empangan air matanya kiah runtuh.

Ohhh..kanda *hulur tisu*. Eh, tak. Biar dinda sapukan sendiri air mata kanda itu. *lap, perah, lap, perah*.

Ain mengumpul kekuatan. Ditepisnya dada sasa Adam. Marah benar dia dengan sikap membisu Adam sedari tadi.

“Hey Am! Am! Sebelum ni Am pandai sangat cakap, kan?! CAKAPLAH! Ain tak pernah pun nak mintak tolong dengan Am. Tapi kali ni je..tolonglah.” Ain hiba. Mukanya ditekup dengan kedua-dua telapak tangannya. “Kesianlah kat Ain ni. Ain ada mak, Ain ada adik-beradik kat kampung, diaorang percayakan Ain..”

*lap air mata sendiri*

Saat Ain merayu-rayu sambil meminta dikasihani, kerna dia ada mak dan adik-adik kat kampung yang percayakan dia membuatkan hati tisu ini turut meruntun sedih. Memang terasa keperitan Ain yang terlalu desperate untuk mengharapkan Adam bersuara untuk menegakkan kebenaran. Memang, memang benda pertama yang akan difikirkan adalah ibu dan klorga yang akan menanggung malu dengan setiap perbuatannya.

“Am tolong bagitau dekat diaorang yang kita tak buat apa-apa. AIN TAK SALAH!! AIN TAK SALAH TAU TAK??!!” hilang rayuan, jeritan yang berkumandang dari mulut gadis itu.

Adam hanya mampu menyapukan air matanya yang makin laju. Namun apalah daya dia. Dia jugak mangsa keadaan.

Ustaz mohon penjaga Ain dan Adam faham akan situasi tersebut. Kesalahan mereka adalah serius dan boleh menjurus kepada zina. Mendengarkan kenyataan daripada ustaz itu, Ain sudah lembik lutut. Lemah seluruh anggotanya untuk menampung berat badannya yang sememangnya kurus itu. Terlalu berat dirasakan dugaan yang menimpa.

Pak Lang membuat keputusan drastik dengan mengarahkan anak saudaranya itu dinikahkan malam itu jugak dengan Adam.

“Ya Allah, Pak Lang! Pak Lang! Apa cakap macham ni??!!” Ain hampir sasau mendengarkan hukuman yang dijatuhkan untuknya. Adam turut terkesima.

Tapi Kak Long sakit hati. Kenapa pulak nak kena sampai nikah bagai padahal boleh aja bayar denda?!

“AIN TAKNAKKKKKK!!”

DINDA NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

Pak Lang mengaku yang dia malu dan semustinya klorga Ain di kampung turut malu dengan kejadian ini. Hanya dengan nikah sahajalah dapat menyelamatkan nama kedua-dua belah pihak. Masing-masing punya harga diri, lebih-lebih lagi Ain seorang perempuan. Pak Lang tak mau Ain dipersia-siakan setelah apa yang terjadi di antara mereka berdua.

Ropanya, Pak Lang masih tidak percaya tiada apa-apapun yang berlaku di antara Ain dan Adam. Adam hanya mampu menggelengkan kepala tanda tidak percaya dengan apa yang diluahkan oleh Pak Lang Ain.

Ain yang berada di pangkuan Kak Zah sudah lemah-longlai. Tengongoi-ngongoi dia menangis di pangkuan Kak Zah. Di bibirnya hanya mampu beristighfar.

Dee yang berada di rumahnya ingin keluar berpesta liar. Panggilan yang diterimanya dijawab. Marah-marah Dee dengan si pemanggil.

“Eh, silap orang ke silap kau??!! Kalau betul silap kau, sampai ke lobang cacing aku carik kau. Kau tau tak?! KAU DENGAR TAK???!!!”

Tak jadik nak berpesta, terus Dee meluru masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan mummy yang bertanya. Eee.. kojaq sangat aih!

Tangan uztaz bersambut dengan tangan Adam. Erat genggaman tangan itu. Akad dilafazkan..

“Aku terimanya nikah Ain Hawani binti Ismail dengan mas kawen sebanyak 80 ringgit, tunai.”

SAHHHHHHHHHHHH!!!

Kelopak, kelopak, kelopak, kelopak.

Kuntum, kuntum, kuntum, kuntum.

(ulang dua baris di atas sampai kedengaran seperti bunyi paluang kompang orang kawen).

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Berdasarkan pengetahuan gua yang cetek ini, ibubapa/wali boleh membuat keputusan untuk mengahwinkan waris perempuannya dengan lelaki ajnabi mengikut keputusannya tanpa mendapat persetujuan daripada si gadis (yang tidak pernah berkahwin). Namun, untuk wanita yang pernah berkahwin (janda) pula, perlu mendapatkan persetujuan daripada wanita terbabit.

Betulkan andai gua silap.

Wallahualam.

P/s: Hapuskanlah air matamu, kanda..

7 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 10

  1. pengetahuan izz tu betui…anak dara boleh dipaksa oleh walinya, tapi janda, ada hak menolak.
    tgk episod ni rasa macam nak lempang di am ni tau (lempang manja :p) hahahaha diam je! kesian kat ain dok merayu suh bela dia…

  2. nasib baik le Nadiya Nisaa pandai bawak watak part histeria tanak kawen tu. Klu hampeh, mmg gua baling kasut kt tv. Tp apa2 pon…still x boleh maapkan dia part monolog terlebih2 tu.
    Abam *sobs sobs* abaaammmmm……abam curang! Sampai hati~

    • betul, memang dia berhak dapat pujian masa part dia dah sasau taknak kawen dengan Am tu. nasib baiklah lakonan dia sangat meyakinkan.

      setelah difikirkan, monolog-monolog tu semua adalah salah satu jalan untuk memanjangkan cerita ni. yelah, 80 episodes kan? tapi memang terlalu kronik la si Ain dengan monolog dalaman dia tu. rasa nak terajang!

      amboi, abam curang katanya! hehe

  3. “Bayar denda aja Zul? Hmmm.. Bercakap dari pengalaman, much?” —> bila baca ni baru perasan a’ah norman hakim la bawak watak zul. LMAO!!!

    biar org kata i biased tp kemuncak yg buat i nangis masa tgk episod ini ialah masa air mata am mengalir dlm senyap tu. siyes merobek hati. oh dan juga masa ain terjelepuk x bermaya hanya mampu beristighfar. really touching kan! T___T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s