Adam dan Hawa: Episode 9

Kereta Adam muncul di perkarangan tadika. Ain berpaling. Cikgu Zawyah perasan Ain seperti nak mengelak.

“Gaduh dengan buah hati ke? Ke buah hati dah kena diambik orang?”

“Chegu, saya bukan macham tu tau.” suara Ain sedikit meninggi.

“Eh, chegu. Jangan buat muka depan kakak ipar tau. Tak baik.”

Cikgu Zawyah gelak sinis dan terus berlalu pergi mendapatkan Adam yang tiba dengan kereta hitamnya.

Sepantas kilat Cikgu Zawyah sudah di depan Adam. Sungguh-sungguh dia nak menolong Adam angkat semua barang-barang yang dibeli.

HELLO! Adam tu LELAKI GAGAH PERKASA OKEY!! Tak luak sikitpun tenaga dia kalau nak hangkut semua barang-barang tu. Nak banding dengan badan *batuk batuk* chegu yang sekeping tu?? Ironi sangat!

Adam sibuk menghiaskan dewan tadika. Ain hanya tolong apa-apa yang patut dengan membalut hadiah untuk anak murid. Kak Zah turut sama sibuk.

Dee datang. Tak lain tak bukan nak berjumpa dengan Adam. Di wajah Adam jelas kelihatan kerutan.

Cikgu Zawyah pulak tak abis-abis menjolok sarang tebuan. Nak-nak pulak Dee datang berjumpa dengan Adam, lagiklah menjadi-jadi dia menyakiti hati Ain.

“Mmm..Cikgu Zawyah. Macham ni lah chegu, kalau chegu nak sangat Am tu..chegu ambiklah. Lelaki macham tu kalau kasik free pun saya taknak, tau! Jadik tak payahlah chegu nak bertegang urat dengan saya pasal seorang lelaki, eh! Saya tak rugi satu sen pun.”

Biar! Biar semua orang tahu yang Ain Hawani jugak punya perasaan marah. Selama ini hanya dia diamkan diri. Apa jua kata orang hanya ditelannya. Kali ini dia takkan begitu lagi. Penat dia nak menafikan yang dia sememangnya tiada hubungan dengan Adam Mukhriz.

Di luar, Adam mula rimas dengan Dee yang terus-terusan memburunya. Walau sudah acap kali dia beritahu yang dia sibuk tapi Dee masih mahu Adam keluar dengannya. Sengaja dia memujuk Adam dengan suara manja dan pautan mesra di lengan lelaki itu.

Perempuan yang bernama Dee ni memang ada masalah pemahaman teks barangkali? Tak pernahnya dia nak paham bahasa, tetaplah jugak sibuk nak pegang-pegang kanda tiap kali bukak mulut? *asah parang*

Adam minta Dee faham dengan situasinya. Kalau mamanya tahu, mungkin lebih sukar. Dia berjanji akan keluar dengan Dee malam nanti.

“Please?” pohon Adam.

“Okeylah.” terpaksa menerima keputusan Adam.

“Senyum sikit?” sempat Adam cuit dagu runcing Dee. Tersenyum Dee apabila diperlakukan sebegitu. Suka!

Ada jugak gua campak kapak tepat ke dahi Dee ni. Biar bertanda, biar dia tahu ada hati yang rabak bila dia menggatal dengan kanda.

Ain bertembung dengan Linda di pantry. Di tangannya ada segelas mug berisi air teh o’ ais limau untuk Adam. Dia mintak tolong Ain berikan kerna pasti yang Adam akan komplen sebentar lagi. Ada-ada aja komennya kalau orang lain yang menghantar. Tapi Ain enggan. Linda mengagak adakah keengganan Ain itu berpunca daripada pergaduhannya dengan Adam?

“Gaduh dengan Am, eh? Yelah, maklom tengah berchenta, kan?”

Mendengarkan spekulasi Linda itu, Ain bertambah berang. Sudahlah pagi-pagi tadi dia diserang dengan Cikgu Zawyah pasal Adam, ini tambah lagi satu bala.

“Ain? Ain berchenta dengan Am? Ain dengan Am? HELLO! Sorry, okay! Korang ni suka-suka hati je nak buat cherita, eh?! Daripada Ain berchenta dengan dia lebih baik..lebih baik Ain, Ain bela anak kucing lagi bagus!”

Tak pasal dia melenting hanya kerna lelaki itu. Tak pasal jugak Linda kena sembur. Tapi marahnya memang dah tak terbendung.

Linda datang semula. Memang benar bagai dijangka, Adam tak mau minum air tu. Ain geram, diambil segelas mug kosong lalu dituangkan air dari mug yang Linda bawak untuk Adam tadi ke dalam mug itu. Tak ada apa yang berubah kecuali mugnya sahaja.

Cikgu Zawyah yang datang entah dari mana terus mengkonklusikan yang Ain sengaja mencari perhatian daripada Adam. Linda hanya menjebik.

Adam yang sibuk mengemas tiba-tiba terkejut dengan segelas mug yang disuakan kepadanya. Diangkat mukanya untuk melihat siapakah si penghantar air. AIN!

“Ain yang buat, ke?”

Ain diam seribu bahasa. Hanya jelingan mata sahaja tanda protes dah geram dengan perangai Adam.

“Thanks.” pandangan matanya memang sedari tadi hanya tertumpu di wajah mencuka Ain. Air diteguk.

Memang nampak sangat tau kanda ni. Boleh pulak kanda minum air yang sama daripada mug yang berbeda ya? Tak pasal kanda kena tipu hidup-hidup.

“Masih marah lagi ke?”

Sudah gaharu, chendana pula. Kanda sudah tahu, bertanya pula. Sah-sah memang Ain tengah marah. Bercakap dengan kanda pun taknak.

“Am dan mintak maaf, kan?”

Sorry no cure, kanda! Kalau maaf tu senang diterima, kesalahan boleh dilupa semudah bicara, takkan ada perang donia.

Muka Adam kelat. Ain masih marah dengannya. Air diteguk lagi. Dan Linda di balik pintu geram jugak dengan Adam.

“Nak pulak minum! Sah! ANGAU!!”

Orang angau memang begitu. Segala benda bagai tak kena tatkala poojaan hati bermasam muka. Sakit jugak di hati kanda, kan? Terasa resah gelisah selagi keadaan berterusan begitu. Perlu cepat-cepat kembalikan senyum di wajah Ain supaya kanda jua bisa memberikan senyuman nakal kepada dinda lagi.

Malamnya Adam keluar, tapi bukan dengan Dee. Mahu keluar dengan kawan katanya. Sempat kak Zah bertanya tentang dia dan Dee. Mama sememangnya tak suka dan rimas dengan Adam yang suka berkepit dengan Dee. Adam mengakui yang dia sedang berusaha sehabis baik. Bukan senang tambahan pulak Dee memang payah nak mengaku salah sendiri.

“I am going out with my friends, and bukan Dee. And in case she calls, kakak just clever-clever (pandai-pandai) jelah, eh?”

“Jangan carik pasal, Am.”

“NO-lah!”

Sebut “NO-lah!” pun sangat bergaya. Aummmm sangat tau kanda ni!!

Paginya, Ain ternampak Kak Rubi yang dalam perjalanan ke rumah Kak Zah dari tadika. Tiada siapa yang menolong Kak Rubi sebab Linda dan June masih mengemas di tadika, Kak Zah pulak sibuk dengan urusan di Kementerian manakala Adam pulak semalaman tak pulang. Ain jalan beriringan dengan Kak Rubi.

Dee yang dah sedia menanti di perkarangan tadika memanggil Ain dengan nada keras. Kak Rubi melarang Ain daripada mengendahkan Dee tapi Ain bertegas yang orang seperti Dee ni kadang-kadang perlu diajar.

Wahhhhhhh!! CAT FIGHT!! I LIKE! *suap popcorn dalam mulut*

“Hey! Kau pergi mana semalam, ha? Kau pergi jual badan ke kau kasik free kat si Am tu?”

“Awak ke saya?” nada suara Ain masih lembut tapi ayatnya kasar.

Wahhh!! Pedassssss!! Go Ain, GOOOOOO!! *kunyah popcorn laju-laju*

Dee seakan-akan terpukul dengan kata-kata Ain yang tepat mengenainya. Servis kencang memang begitu. Tak mampu nak ditingkah semula.

“Sepatutnya si Am tu datang jumpa aku semalam!”  Dee mula membentak.

“Ohhh.. Dia tak balik, eh? Macham ni lah, setahu saya ..saya tak ada madu. Dan saya tak perlu bermadu untuk seorang lelaki yang awak tergila-gilakan tu. Entah-entah dah berapa banyak madu yang awak ada, bukan saya sorang je.” 

Kak Rubi turut menambahkan garam dan perisa. Diakui yang Ain budak yang baik, keluar malampun tidak.

“Cik Rubi, kalau Cik Rubi nak tau..perempuan yang nampak baik ni lah sebenarnya jahat!” jelek benar Dee dengan setiap pujian yang diberikan kepada Ain. Macham bagus sangat!

“Okey, eloklah kalau awak tahu. Saya ni kalau jahat, jahat sungguh saya buat tau!”

Betul tu Ain. Alang-alang orang dah kata jahat, biar jahat sungguh! *suap popcorn lagik*

“Okey, takpe. We’ll see sapa yang jahat!”

CHALLENGE ACCEPTED!

Kak Rubi dan Ain hanya melihat kereta putih yang dipandu Dee dalam keadaan marah mula meninggalkan perkarangan tadika. Kata Kak Rubi, Ain memang berani melawan Dee. Tapi sebenarnya Ain akui, dalam hati hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya dia berdepan dengan Dee tadi.

Di kampung, mak Ain yang sibuk di kebun menjual buah kepada peraih tersadung. Hampir jatuh. Hati ibunya tak sedap, bagaikan ada sesuatu yang tak baik bakal menimpa.

Cikgu Zawyah masih tidak berpuas hati. Nampak aja Ain di pantry, segala benda nak dihempas-hempasnya. Tau yang Cikgu Zawyah masih marahkannya, Ain bertanya kenapa. Ropanya Cikgu Zawyah mahu Ain mengaku yang dia keluar dating dengan Adam.

Walau sudah dijelaskan dengan sebetul-betulnya, Cikgu Zawyah masih tak mahu menerima alasan Ain. Tetap juga Ain dituduh yang dia punya hati kepada Adam. Kak Cham yang kebetulan di situ mula panas hati.

“Macham ni lah chegu Zawyah. Kalau Ain ni kata dia taknak, tak suka dengan Am..itu saya percaya. Tapi patutnya, chegu tanyalah sendiri dengan inchey Am kita tu ye?!”

“Yang Kak Cham sibuk-sibuk ni kenapa saya cakap dengan Kak Cham ke?”  geram betul Cikgu Zawyah bila ada sibuk nak menyampuk.

“Tapi soalan bodoh chegu tu, saya yang bodoh ni pun boleh tolong jawab. Ain ni memang taknak, tak suka dengan Am. Tapi kalau Am suka dengan Ain, chegu tak boleh buat apa-apa, kan?!” Kak Cham masih mempertahankan Ain. Budak tu memang tak bersalah langsung.

Berasap telinga Cikgu Zawyah. Terus dia angkat kaki meninggalkan pantry.

“Chenta ni chegu, biarlah suka sama suka. Barulah..apa kata orang..ada ummppp! Meroyan lah tu!”

Geram benar Kak Cham dengan perangai syok sendiri Cikgu Zawyah sampaikan Ain menjadi mangsa amukannya.

Di lokasi yang lainnya, pintu rumah Adam diketuk. Bibik sambut dan pintu dibuka. Jelas kelihatan Dee di situ.

Aduhhh..putih melepak betul minah ni. Bajunya yang agak senteng itu jelas menampakkan perutnya yang putih bersih. GEBU! *lap ayaq lioq*

TAPI DINDA LEBIH TERUJA TATKALA MELIHATKAN KANDA KETIDURAN DI SOFA.

AMAIGADDDDDDDDDDD!!! *tadah ayaq lioq yang turun bagaikan ayaq terjun dengan baldi biru*

Gagah!

Sasa!

Mengiurkan!

Sesungguhnya ini adalah peluang yang paling dinanti-nantikan. Tak mungkin dinda akan dapat peluang sebaik ini lagi di masa hadapan. Oleh yang demikian.. On your mark. Get set.

TERKAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!

Dee terus masuk dan duduk di sofa yang Adam sedang melelapkan mata. Perlahan diusapnya tangan lelaki itu.

Aduhhh..sakit sungguh hati dinda dengan sentuhan-sentuhan gatal itu. Perempuan ni memang ada masalah. Bukan taknak mengaku setiap kesalahan dia aja tapi jugak punya masalah tangan yang asik nak menyentuh kanda! Kasik tetak sama dia punya tangan baru tau!

TAPI.. TAPI.. OMELNYA CARA KANDA TIDOOOOOO~~!!

Dengan mata yang terpejam rapat, dengan bibir yang sedia terhidang *batuk-batuk*. Kalau dinda di situ, dinda yakin dinda tidaklah setakat memegang tangan kanda tapi… TAPI..

MEOOOWWWWWW!

Adam tersedar. Terkejut dengan kehadiran Dee di situ. Ditanya apa maunya.

“Salah ke? Tak lama lagikan rumah ni akan jadik milik I juga.”

Ini namanya terlalu yakin diri. Ptuihhhh!

Dee menuntut janji Adam semalam. Patutnya mereka keluar bersama-sama semalam.

“I was with Zul the whole night lah. Dia ada problem, sorry.” garau suaranya jelas kedengaran tanda dia memang baru benar bangun dari tidur.

OH TUHAN!

Ketahuilah kalian semua bahawasanya suara lelaki ini adalah sangat sexay saat beliau baru bangun dari tidur. Tambah pulak dengan posing sebegitu ropa, dengan wajah kachaknya..semuanya kelihatan sexay berganda.

Tolong tanggalkan baju dinda, pelis?!

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!

Maaf. Gua di luar kawalan lagi >.<

Dee tak puas hati. Dia menuduh yang itu semua alasan Adam. Dee menuduh yang Adam sebenarnya berjumpa dengan perempuan kampung, Ain. Adam masih mampu bersabar, dia berjanji yang malam nanti mereka akan ketemu.

“Penatlah.”

“Kenapa dengan I macham-macham alasan you bagi? Perempuan tu guna-gunakan you, eh? Am, sekarang ni I nak you pilih. I atau your life sekarang ni?!”

Terus Adam bangkit dari pembaringan. Matanya luas terbuka. Mula rasa panas dalam hati dengan desakan Dee.

“Are you forcing me?”

“I tak kira! I nak you jawab sekarang jugak! I dah tak larat tunggu lama tau, I macham orang gila dah!”

“Look, I dah cakap kan kita jumpa malam nanti, boleh tak?” suara Adam makin keras.

“Me or your life?!”

“What’s wrong with you, eh? I dah kata kan, we’ll talk about this later means we’ll talk about this later lah. Jangan buat darah I naik boleh tak?” kesabaran Adam makin menipis.

“YOU PILIH I ATAU YOU PILIH YOUR LIFE SEKARANG NI?!” Dee dah mula berdiri dan mencampakkan beg tangannya sambil membentak-bentak.

SPOIL BRAT! DASAR!

“This is exactly what I am talking about, okay. Kalau you nak tau, I lebih relalah kawen dengan makcik tua-kerepot-tua-nak-mampos dari kena control by you. So if you don’t know, the jawapan is NO!”

Adam memang hilang sabar dengan Dee. Langkahnya diatur meninggalkan ruang tamu. Lebih lama dia di situ, makin berapi.

“GET THE HELL OUTTA MY HOUSE LAH!” dengan keras pintu biliknya dibuka lalu dihempaskan. Berang!

Kenapa Adam terus menuju ke biliknya dan bukan ke tempat lain? –Kerna dinda ada dalam bilik beliau, atas katil, berselimut, dan.. *kenyit mata*

RAWRRRR!!!

Kak Rubi yang sibuk di dapur mintak tolong Chegu Zawyah hantarkan pulut kuning ke rumah Kak Zah memandangkan dia memang tak menang tangan. Tapi Cikgu Zawyah enggan. Tak kelassssss kau Mariaaa! Lainlah Cikgu Ain, memang sesuai sangatlah nak hayak barang-barang yang berat semua tu.

Dee merempan-rempan di rumahnya. Dia berjanji dengan diri sendiri, kalau dia tak dapat Adam orang lain pun takkan dapat bersama-sama lelaki itu. Mommy Dee beri amaran jangan sesekali Dee buat kerja bodoh tapi Dee dah tak pedulikan itu semua.

Dan Dee seakan-akan sudah punya suatu ranchangan keji..

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Berharap akan terus punya kesabaran dalam menulis 71 episodes yang mendatang TT_____TT.

9 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 9

  1. ::bias..bias everywhere..kalau abam..apa die buat pong napak sexay-mexay.. tido, makan, minum, korek bontot, sore mangun tido ..sume napak cumel..bayangkan kalau GAMBIT..yess..gambit it is…apa u nk buat ? puaahahaha:::

    • thank you so much for the motivation.
      tak mahu berjanji tapi akan coba sedaya upaya dengan syarat drama ni masih mampu mengekalkan momentumnya. sekarang macham dah makin turun lah😥

    • thank you amber. like one of the readers said, i am duplicating the original version with my own words. yang asli semustinya lebih best, idea segar. mine is just the spazzing version, from a fan’s point of view🙂

  2. suke..suke ….kite sukeeeeee abam!!!!!! SUKELAH!!!!
    sexy sungguh dia… rasa cam nk buat screen-capped je tp kang takut kantoi ahaks!

    • mahkluk Tuhan ini emangnya sexy tanpa perlu susah-susah untuk menunjukkan yang dia adalah sexy. baring atas sofa, tidur, suara serak-serak je pun dah mampu membuatkan jiwa ini bergelora. belum lagi bertentangan mata. untunggggglah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s