Adam dan Hawa: Episode 8

Ain coba untuk menukar situasi yang agak janggal itu. Ditanya macham mana Adam boleh terfikir untuk memberikan teddy bear kepadanya, dan bukan kepada Syarina.

“Ain, Am belikan dan pilihkan teddy bear tu ikhlas dan khas untuk Ain.”

Dan Ain tersipu-sipu malu.. Nak bawak balikpun satu hal sebab teddy bear tu besar.

Yeah, I feel you girl. Tell me about it. Been there, done that! Wait!! Mr.K pun kasik teddy bear besar. Bukankah ini bermakna beliau jua seperti kanda? Auuwww!!

Ain jelaskan yang dia risau kalau Kak Long tahu akan teddy bear tersebut. Lebih-lebih kalau tahu itu adalah pemberian Adam. Adam cakap, bagitau jelah. Ain kata tak semudah tu sebab Syarina betul-betul sukakan Adam. Tu pasallah dalam keadaan perut sakitpun Syarina masih sanggup nak temankan Adam keluar.

“Hahaha..pandai jugak Ain cilok, pusing ranchangan dia eh?” bukan main suka Adam tatkala bersama dengan Ain. Hatinya terhibur dengan gadis itu.

Di balik tiang, Cikgu Zawyah terlihatkan Ain bersama-sama Adam. Terus dia buat tanggapan yang Ain sama aje dengan perempuan-perempuan lain yang pernah bersama Adam. Tak ada bedanya. Dan Adam pulak sanggup memilih Ain sedangkan dia yang chantek tu taknak pulak.

Perghhhh!! Masuk lif tekan sendirilah chegu nih! Perah santan hoi! Tengok sikit tang mana yang CHANTEK sangat tu??!!

Tambah Adam lagi, patutlah tiba-tiba Syarina yang muncul dan bukan Ain pagi tadi. Ain mengiyakan. Kalau Adam pandai nak kenakan dia, dia pun tahu caranya nak kenakan Adam semula.

“Bila masa Am kenakan Ain?” masih berdalih.

Kebungkaman Ain mengundang rasa bersalah di hati Adam.

“Okeylah, okeylah. Am mintak maaf. Untuk tebus kesalahan Am, Am belanja Ain makan boleh?”

Ain menolak dengan alasan dia dah makan di rumah.

“Kalau Ain dah makan, boleh makan lagi. Ataupun boleh tengok Am makan.”

KALAU DINDA NAK MAKAN KANDA?

AUMMMMMMMMM!!

Ain mahu mengelak. Sebolehnya dia mahu segerakan tugasan yang diberikan Kak Zah dan terus pulang. Tapi Adam bagitau yang semuanya dah selesai, dah dia uruskan. Cuma nak pergi ambik barang dan bayar je lagi barang-barang tu semua.

“Kedai tu dekat mana?”

“Shah Alam.” ringkas jawapannya.

“Shah Alam??!! Habis tu kita buat apa dekat sini??”

“Shoppinglah! Berdua-duaan. Just you and me. Jom!”

Lebih afdol dinda rasa kalau berdua-duaan di rumah aje kanda. Takde gangguan. Bolehlah kita meluangkan masa bersama-sama. JUST YOU AND ME. JOM?! Tapi kita tak shoppinglah, kita lakukan aktiviti riadah lain *angkat kening double-jerk*.

Lalu di sebuah kedai kasut datang seorang wanita menyapa Adam. Kalau takat nak menyapa aje takpelah. Ini siap nak pegang-pegang tangan Adam tu apakejadahnya hoi??!! *asah parang*. Memang sengaja nak ambik kesempatanlah tu! Pftttt!!

Ain mula menjauh. Adam perasan yang Ain sudah mengorak langkah. Dimatikan perbualannya dengan perempuan-tah-mana-hala-mai-pun-tatau.

“Ain, kenapa ni ha?”

“Kenapa?”

“Pasal perempuan tadi ke?” Adam menduga. Tapi Ain masih diam tanpa sebarang respon.

“Look, perempuan tu dia stewardess. Kawan keje I.” penjelasan diberikan tanpa dipinta. Adam sendiri tak mengerti, kenapa dengan gadis ini dia sendiri rela menjelaskan situasi sebenar. Risaukah dia kalau gadis itu salah tanggapan terhadapnya?

“Tak. Am, Ain tak mintakpun Am nak explain, okey?”

Enggan berada dalam situasi tersebut, terus Ain mengajak Adam makan seperti yang dimintanya tadi. Lemah suara Adam bersetuju.

“So, Ain pernah datang sini?”

“Belom.”

“Tulah. Susah sangat nak ajak Ain keluar. Kalau tak, banyak tempat Am nak ajak Ain keluar tau.”

Adakah itu secara tidak langsung kanda ingin mengajak dinda keluar lagi dengan kanda? Licik tau kanda ni.

“So, bila Am punya next flight?” Ain ubah topik. Adam senyum. Sekurang-kurangnya gadis itu mula berminat dan bertanya tentang dirinya. Permulaan yang baik. Adam senyum meleret.

Adam akan ke Los Angeles selama empat hari bermula Selasa nanti. Jujur di wajah Adam yang dia begitu sexcited ke sana kerna itu adalah kali pertama.

“Dan dalam masa empat hari tu Am akan rinnnnndu (2 harakat) sangat dengan Ain.”  Pandangan matanya begitu redup sekali. Diperhatikan wajah gadis itu, wajah yang akan dirindui. Sengaja matanya dikerdipkan.

Cepat-cepat Ain pandang ke arah lain. Kalah dengan pandangan mata itu.

Ketar lutut dinda. Renungan manja kanda itu bila-bila masa akan menyebabkan dinda gundah-gulana. Andai dibiarkan walau sesaat dua, maunya dinda rebah tak bernyawa. Bahaya! Nanti ramai pulak yang nak mengendeng-ngendeng dengan kanda andai dinda sudah tiada.

LANGKAH MAYAT GUA DULU!

Kata Ain, empat hari tu sekejapan cuma. Pejam-celik-pejam-celik, taraaaaa!!

“Ain bolehlah cakap macham tu sebab Am dah bagi Ain Cik Ted. Tapi Am ada apa? Am takde apa-apa pun.”  manja suaranya menuturkan. Seakan merajuk yang mahukan dipujuk.

OLOLOLOLO. Meh sini, meh! Marilah ke pelukan dinda ni kanda. Akan dinda berikan sesuatu untuk kanda kenang andai kanda terpaksa berpergian lama ke luar negeri.

Di rumah, Kak Zah mendapat panggilan daripada mama. Mamanya tak dapat sertai kenduri doa selamat Isnin nanti kerna mamanya masih lagi di rumah keluarga sebelah arwah ayah mereka. Tapi mama sempat bertanyakan tentang Dee dan jugak tentang Ain. Semua gara-gara kenyataan Adam kepada mamanya yang Ain 100 kali jauh lebih baik berbanding Dee.

Adam dan Ain beransur pulang. Masing-masing masuk ke dalam perut kereta sambil diperhatikan Dee dari jauh. Api kemarahan semakin marak melihatkan kemesraan mereka berdua.

Di tempat duduknya di sebelah pemandu, di sebelah Adam..seat belt Ain tidak berfungsi. Terkial-kial dia coba menarik namun masih tersangkut. Adam yang melihatkan keadaan Ain bertanya.

“Pasal?”

“Ain rasa tali pinggang ni tersangkut.”

“Mana boleh sangkut pulak. Ehh.. Jap.”

Spontan Adam mencapai tali pinggang kaledar di sebelah Ain. Ingin dibetulkan supaya tidak tersangkut lagi. Badannya begitu hampir dengan badan Ain tatkala Adam coba menarik tali pinggang kaledar itu. Hampir sekali. Bersentuhan sudah pasti.

Bagaikan terkena renjatan elektrik!

HUWARGHHHHHHH!! Situasi begini adalah begitu pasti untuk menjurus ke arah aksi yang lebih bersentuhan. Tesbih manaaaa??? Dinda perlu berzikir dari sekarang. ZIKIRRRRR!!!

Jangan kata sedepa, sejengkal pun tak sampai jaraknya antara mereka berdua.

OMAIGODDDDDD!!

TAHAN NAPAS PELISSSSSS!

Adam makin tergoda. Dinda ternoda. Ain tak rela.

Pandangan penuh makna Adam mati di wajah gadis itu. Tidak berganjak dari tadi. Ain kaget. Kaget kerna dia sendiri tidak pernah begitu hampir dengan mana-mana lelaki dalam jarak dan keadaan sebegitu. Dan kini, lelaki di sebelahnya itu adalah Adam. Pipinya terasa akan deru nafas Adam yang semakin kencang.

“Ain..” nama itu diucap dengan begitu perlahan dan mendesahkan. Bagaikan berbisik. Lembut dan syahdu.

*pegang tesbih*

Adam tenung Ain. Gadis itu tidak bereaksi. Membantah tidak, setuju pun tidak. Lalu wajahnya didekatkan, makin menghampiri wajah gadis di sebelahnya. Adam makin menunduk, makin sedikit jarak di antara wajah mereka berdua. Bibirnya makin hampir dengan bibir Ain..

SUBHANALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

*tesbih putuihhhhhhh*

Bibir ini sengaja dinda disuakan supaya tidak terlindung di balik rambut yang panjang mengurai. Agar mudah dah jelas kelihatan di mata kanda. Dinda berserah sahaja dan rela.

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!

Melekat 5 jari halus Ain ke pipi Adam. Spontan tindakannya. Refleks dalam melindungi diri daripada perbuatan Adam yang dia sendiri tak tahu dan tak mahu ambil tahu kalau dia terus-terusan berdiam diri begitu.

Tersentak Adam! Tak terfikir langsung yang dia akan ditampar. Tapi Ain lebih terkejut dengan tindakkannya. Cuma Dee sahaja yang tersenyum gumbira melihatkan situasi romantik yang hancur itu.

PUNAH ANGAN-ANGAN DINDA TT_______TT.

Malamnya, Dee paksa Adam keluar. Walau Adam dah memberikan alasan untuk mengelak, Dee masih memaksa. Ditegaskan yang di berada di luar rumah Adam.

Ain terimbas kembali kejadian petang tadi. Kejadian yang dia hampir-hampir diciom Adam.

“Apa ni? Am sengaja nak ambik kesempatan kat Ain, eh?”

Adam diserbu rasa bersalah yang menggunung. Dia tahu itu silapnya. Kesilapan besar. Tersandar Adam di tempat pemanduan. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dia perlu menenangkan dirinya semula.

“Takde Ain. Am.. Am..” tergagap-gagap Adam menuturkan tiap patah kata.

“Sudah!! Ain bencilah!!” Ain membentak. Adam terkedu. “Am ingat Ain ni apa? Sama dengan perempuan lain yang Am kenal tu?”

“Takde Ain. Am..” masih gagal mencari ayat yang mampu meredakan kemarahan gadis di sebelahnya.

“Sudah! Jom balik! Ain nak balik! Ain nak balik.” pinta Ain. Wajahnya ketakutan namun dia harus beranikan diri. Kalau tidak, Adam akan ambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah.

“Mintak maaf. Am tak sengaja.”

“Dahlah!” Ain membentak keras kali ini sampai Adam tak mampu berkata apa-apa lagi.

Ain kembali ke alam realiti. Menyesal kerna tidak melempang muka Adam dua kali. Kesal kerna tidak diamuk sungguh-sungguh dan hanya mendiamkan diri. Cik Ted pulak yang menjadi mangsa amukan Ain di kamarnya.

“Aku ni bukan tak suka kat dia tu. Aku cuma macham, aku tak suka perangai dia tu!”

Cik Ain,  mula-mula suka. Lepas tu chenta. Semuanya bermula dengan suka, Ain Hawani.

Di meja makan, Dee masih mendesak Adam berkahwin dengannya. Dia sunggup buat apa sahaja untuk Adam terimanya semula. Tapi Adam berterus-terang yang dia masih belum bersedia untuk berkahwin dah lebih suka dengan cara hidupnya sekarang.

“Apa? Perempuan sana-sini?”

“Same goes to you, right? Lelaki sana-sini. So it’s fair.” Adam memulangkan paku buah kerasnya. Tepat mengena batang hidung Dee.

“You suka sangat ke perempuan tu?”

“Which one?” berkerut-kerut muka Adam coba untuk ingat wanita mana yang Dee maksudkan.

“Yang you kena lima jari tu lah!” ada nada perli di situ.

Berubah muka Adam. Senyum! Sampaikan Dee yang melihatnya pun terasa jelek.

“Ahh.. She’s challenging.”

“Challenging? So you memang suka dialah??!!”

NOOOOOOOOO!! Tolong jangan cakap yang kanda tertarik dengan dinda hanya kerna kanda terasa tercabar! Kanda hancurkan hati dinda dengan kenyataan kanda itu! Sampai hati kanda!!

Adam bagaikan berkhayal. Dee yang di depannya tidak lagi dipandang. Dan detik peristiwa siang tadi kembali bermain di mindanya.

Ain yang berada dalam kereta menggesa supaya Adam memberhentikan kereta di tepi jalan di setelah berada di kawasan perumahan Mak Langnya. Adam terpinga-pinga. Masih tidak pasti dengan permintaan Ain untuk diturunkan di tepi jalan.

“Sini!”

“Ain, I’m so.. Maafkan I, okey. Ain..!”

Ain terus keluar dari perut kereta tanpa menghiraukan rayuan Adam. Dia ingin cepat-cepat masuk ke rumah. Selagi dia bersama Adam, dia takkan rasa selamat.

“Ni marah ke, suka ke, apa ni ha? Jual mahal, kot? Nanti aku ‘mmmm’ baru tau! Boleh tahan makcik ni.” Adam senyum nakal. Tiada lagi wajah bersalah seperti awal-awal tadi.

Kanda nak ‘mmmm’ apa tu kanda? *senyum gatal*

Di meja makan, Adam tersenyum sendirian.

“Entah.” jawapan ringkas kepada soalan Dee sebentar tadi.

Melihatkan Adam wajah yang berubah kepada wajah ceria apabila disebut tentang Ain membuatkan Dee bertambah gusar. Itu baru sahaja sebut tentang orangnya, belum lagi berdepan dengan orangnya.

Esoknya di tadika, Ain bertembung dengan Cikgu Zawyah. Marah Cikgu Zawyah belum berkurangan, ditambah pulak dengan kejadian terserempak dengan Adam dan Ain di shopping mall.

“Chegu, tak sangka chegu ni kan?! Dekat mulut cakap taknak, tapi dekat hati.. GATAL!”

“Kenapa chegu ni? Bendera merah eh arini?” Ain masih mampu berseloroh.

“Tak kesahlah chegu, bendera merah ke bendera apa ke tapi kita ni kalau cakap tak serupa bikin orang takkan percaya dah.” berapi-api marah Cikgu Zawyah. Sempat lagi menyindir Ain.

Kereta Adam muncul di perkarangan tadika. Ain berpaling. Cikgu Zawyah perasan Ain seperti nak mengelak.

“Gaduh dengan buah hati ke? Ke buah hati dah kena diambik orang?”

“Chegu, saya bukan macham tu tau.” suara Ain sedikit meninggi.

“Eh, chegu. Jangan buat muka depan kakak ipar tau. Tak baik.”

Cikgu Zawyah gelak sinis dan terus berlalu pergi mendapatkan Adam yang tiba dengan kereta hitamnya.

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

GATAL!

One thought on “Adam dan Hawa: Episode 8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s