I buy the books, now I have to buy the time to read the books!

Tahun ni memang banyak gua membeli buku. Dari kegilaan mencarikan Fifity Shades Trilogy versi UK di bulan Juni/Juli, sampailah kepada pembelian online The Hunger Games Box Set dan Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah cukup murah kerna sedang dalam promosi andai dibeli secara atas talian.

Dan baru-baru ini, dapat pulak promosi The Twilight Saga: The Official Illustrated Guide dan The Short Second Life of Bree Tanner. Murah memang cukup murah, sampaikan gua tak mampu nak menolaknya lagi. Penebusan perlu dibuat di MPH Warehouse Sale, di Petaling Jaya.

Ke sanalah gua dengan bertujuan untuk mengambil buku-buku yang telah dipesan. Tetapi sesampainya di sana gua bagaikan terkena sawan. BANYAK GILA BUKU DENGAN HARGA MURAH!! LOTR Trilogy, A Game of Thrones (5 buku) dengan harga RM90, Judith McNaught, Sidney Sheldon, classic series semua ada!

Tapi yang paling membuatkan gua ketar kepala lutut adalah siri The Vampire Diaries! Memang hari-hari gua ushar di MPH Online. Satu buku harganya lebih kurang RM35-RM40. Buat masa ni, The Vampire Diaries novel series ada 3 Arcs. Arc 1: The Vampire Diaries (4 Volumes), Arc 2: The Return (3 Volumes) dan Arc 3: The Hunters (3 Volumes). Untuk Arc 1 (Box Set) dijual dengan harga RM120. Itupun kena order dulu sebab MPH takde stok. Stefan’s Diaries series pulak ada 6 Volumes. Tapi, di MPH Warehouse Sale..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

SATU BUKU, EACH VOLUMES OF THE VAMPIRE DIARIES & STEFAN’S DIARIES CUMA RM15!!!

Dan ya, gua macham orang gila!! Semua yang ada di situ gua hangkut sekali gus!! Vol. I & Vol. II, Vol. III & Vol. IV untuk Arc 1: The Vampire Diaries digabungkan. Vol. II & Vol. III untuk Arc 3: The Hunters tiada di Warehouse Sale. Jadik, 6 buah novel untuk The Vampire Diaries Series + 6 buah novel untuk Stefan’s Diaries Series = RM180.

Kesayangan baru!! Tapi Harry Potter Box Set masih lagi kesayangan No.1!

Ini juga tangkapan untuk hari tersebut. The Twilight Journals. Four keepsake journals in a collectible tin. Harga sebenar?-RM59.90. Harga MPH Warehouse Sale? -RM15!!

Novel-novel dan buku-buku dalam bahasa Inggeris memang banyak tapi novel Melayu kurang. Yang ada cuma novel tulisan Ahadiat Akashah.

“With every book you buy, you should buy the time to read it.” – Karl Lagerfeld.

Nampak gayanya, gua akan ambil masa yang panjang untuk menghabiskan kesemua novel-novel yang ada dalam simpanan. Takpe, yang penting gua beli dulu. Baca kemudian-kemudian pun boleh. Keinginan untuk memiliki itu perlu dipenuhi terlebih dahulu.

4 thoughts on “I buy the books, now I have to buy the time to read the books!

  1. ::yeah baybehh..lagerfeld said the same to me too..puaahaha..oh THG !! ingat ya, book 1 is the games, book 2 is the rebellion, book 3 is the war .. oke, meroyan THG sekejap !

    kalo ada budak bawah umur kat umah tu (as in Izyana Zin), the 50 shades series tu haruslah di letak di row bookshelf paling atas sekali yah..corrupted nanti..rawr !::

    boleh x i tumpang cium bau buku2 u tuuuuuuuuuuu…..

    • kena pelan-pelan baca sambil menghayati. banyak tu nak kena baca. al-quran bila nak baca hahhhhh???!!! kemain nak omputeh bagai, ngaji tah ke mana hala -___-”

      Fifty Shades Trilogy tu insyaallah untuk tatapan i jek. muahahaha.

      nak ciom buku-buku tu? oh well..hmmm.. NIKMATTTTTT~~!!

    • Hi Mimi😉

      Journals dalam tin tu memang RM15 tapi bukan kat semua branch. Cuma ada kat MPH Warehouse Sale yang I pergi minggu lepas. Dah takde dah sales tu. Kalau ada jual kat MPH branches, I tak pasti berapa yang derang jual.

      Let me go through the additional 2 books of Twilight Saga tu and share how it looks like, eh?

      Btw, have you read Midnight Sun?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s