Adam dan Hawa: Episode 7

Di rumah, Kak Zah hanya menegur Adam kenapa perlu takut dengan Dee. Adakah Adam telah memberikan harapan sampai Dee menuntut janji? Tapi Am menjelaskan yang dia tak janjikan apa-apa, cuma tak sangka apa yang diungkapkannya itulah yang dipegang Dee. Adam pandang wajah kakaknya, dengan muka seperti anak-anak kecil Adam merayu agar Kak Zah menolongnya kali ni.

“Kak, please..? Kali ni je.” Merengek bagaikan budak yang mintak dibelikan gula-gula.

Di tadika, Ain dipanggil ke bilik Kak Zah. Adam ada di situ. Entah apa pulak helahnya kali ni nak kenakan Ain.

Kak Zah nak mintak tolong Ain untuk temankan Adam esoknya belikan alat-alat tulis untuk tadika. Dan kebetulan pulak, Kak Zah nak sedekah pulut kuning Isnin nanti. Langsung mintak Ain belikan sekali barang-barang untuk itu. Adam akan bantu. Kak Zah tak dapat nak buat tu semua sebab esok jugaklah Kak Zah ada temujanji dengan pejabat perumahan untuk sign agreement.

Adam yang di meja tekun membuat kerja tapi telinganya memang dipasang siap untuk mendengar perbualan antara Ain dan kakaknya.

“Sebenarnya Kak Zah, esok Ain ada hal.” Mau mengelak.

“Mmm..?” Nada suara Adam seakan menyoal.

“Hal apa? Penting sangat ke Ain?”

“Mmm..” Bersetuju Adam dengan soalan Kak Zah.

“Okey, kalau tak penting Ain postpone kan dulu boleh tak? Banyak alat-alat tulis dah habislah Ain.”

“Mmm..” Adam setuju dengan kenyataan Kak Zah.

Kak Zah pandang Adam. Mungkin geram dengan keletah adiknya yang dari tadi asik “Mmmmm..”

Adam buat muka tak bersalah.

“Mmm..??” Dia menyoal dengan muka penuh pertanyaan.

“Am tau kedai tu tapi Am mintak seseorang teman dia.”

Jelas terpancar di wajah Ain yang dia tak rela.

“Lagi satu, hari Isnin Kak Zah ingat Kak Zah nak buat pulut kuning nak sedekah dekat budak-budak. Nanti Kak Zah list kan sekali barang-barang tu, Ain boleh belikan. Boleh, eh?” Ujar Kak Zah lagi.

Ain diam. Teragak-agak untuk memberikan jawapan. Melihatkan Ain yang diam begitu, Kak Zah menambah.

“Boleh Ain? Ain charge overtime, it’s okay.”

“Tak Kak Zah, bukan pasal over-time. Cuma Ain..”

“Okey, kalau macham tu Ain ikut Am nanti eh?” terus dipotong cakap Ain. Tak mau nanti Ain berikan seribu alasan pulak.

“10 pagi nanti Am jemput kat rumah, okey?” baru berbunyi suaranya. Muka comel. Bernas wajahnya.

“10 pagi awal sangatlah..” protes Ain.

“Pergi awal, balik awal. Pergi lewat, balik lewat. Am tak kisahlah kalau nak balik lambat. Mmmm?”

“Okeylah.” Paksa-rela!

“Terima kasih Ain.” ucap Kak Zah.

“Mmmm..” Adam senyum nakal. Ain senyum kelat.

Di rumah, Ain serabut perut. Dia perlu carik jalan untuk keluar daripada perangkap Adam. Dan dia sudah ada jalan keluar itu.

KAK LONG!

Pandai Ain memancing. Diberitahunya yang dia ada hal, dan nak mintak Kak Long untuk gantikan dia keluar dengan Adam untuk belikan barang-barang tadika. Dengan keadaan Kak Long sakit perut yang memulas-mulas, teragak-agak jugak dia nak meminta tolong. Tapi Kak Long beriya-iya mengatakan yang dia baik-baik aja. Demi peluang nan satu untuk keluar dengan Adam.

Ain lega! Terlepas dia kali ini!

Kak Zah di rumah sekali lagi memberikan amaran kepada Adam supaya jangan diulangi kesilapan yang sama. Adam menegaskan yang dia juga sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik. Erin dah mula bising-bising. Dia dah lambat tapi kakak dan abangnya masih lagi bersembang dari tadi. Buru-buru Erin menarik tangan abangnya *gua jeling tajam kat Erin*.

Adam sudah sampai di perkarangan rumah Ain dengan kereta Lexus hitamnya. Terkejut beruk Adam tatkala melihatkan Syarina yang datang menyapa. Ain tertawa kecil. Terus saja dia menuju ke tadika.

Di luar tadika, sebuah kereta menderu laju. Bonggol pun dilanggar begitu sahaja sampai bergesel dengan bumper depan kereta. Lexus hitam. ADAM!

Ain dalam nursery masih belum tau yang guruh bakal berdentum sebentar lagi.

Adam bunyikan hon kereta. Ain kaget. Adam menyerbu masuk ke dalam nursery.

“Ain ada?” muka Adam serius. Soalan diajukan kepada Kak Cham, Linda dan June.

INI SERIUS! *sebut dengan nada suara Ming Ming, Wonderpets*.

Sumpah dinda takot dengan wajah kanda yang sebegitu ropa. Bagaikan harimau yang bila-bila masa sahaja akan menerkam mangsanya. Tapi, dinda rela jadi mangsa itu andai kandalah yang akan menerkam dinda. RAWR!!!

Suasana menjadi bungkam. Tiada siapa yang berani menjawab.

“Look! Adam tau Ai nada kat sini, okey!”

Masih sama. Tiada siapa yang berani bersuara.

“Ain! Ain!” Adam memanggil nama itu. Tinggi suaranya. Lantang lebih daripada biasa. Memetir!

Ain perlahan-lahan membuka pintu. Menyorok ropanya dia! Pandangan mata Adam tajam dan tepat terarah kepada Ain. Wajahnya ketat. Langsung tak kelihatan secarik senyuman nakal yang sering dihadiahkan. Benar-benar berang Adam dengan Ain.

“Beg.” Diisyaratkan supaya Ain mengambil begnya. Ain menurut tanpa sebarang tingkah kali ini. Kecut perut juga dia dengan Adam. Tau yang dia dah buat salah. Tau yang Adam sedang marah.

Ain melangkah keluar dari nursery. Adam perhatikan langkah gadis itu lalu diturutinya.

Mereka sampai ke sebuah shopping mall. Adam memakirkan kereta. Dalam hati, Ain sudah tertanya-tanya apa dah jadi dengan Kak Long.

“Inilah balasan kalau orang ada niat tak baik. Allah mengasihi mereka yang teraniya, tau tak?” Bagaikan menjawab persoalan di benak Ain, Adam bersuara dengan nada sinis.

Ain terpukul dengan kata-akata Adam. Ranchangannya hancur!

“Aishhh.. Buat apalah Ain nak aniayakan Am? Kalau nak carik pelakon cariklah yang sihat sikit. Eh?”

Oh, Kak Long sakit perut semula di pertengahan jalan. Nak tak nak, terpaksa dia mintak Adam pusing balik dan hantar dia semula ke rumahnya.

“Patah, patah! Patah baliklah. Hantar I balik. Cepat, cepat, cepat! Aduihh..” berkerut-kerut muka Kak Long menahan sakit perut. Lebih sakit sebab terpaksa menahan depan Adam, pooojaan hatinya.

“Jangan..jangan kentut dah eh..” pohon Adam tanpa rasa bersalah.

PUAHAHAHAHAHAH! Seriously kanda??!! Seriously?! Kejamlah kanda ni!

Nasib baik bukan dinda yang berada di tempat Syarina, kalau tidak mahu dinda malu sepanjang tahun!

Ain jelaskan yang tiada paksaan dalam kes Kak Longnya itu. Kak Long dia yang rela menjadi galang-ganti. Sambil jalan beriringan, tak ubah seperti keluar dating sangat!

“Kalau dia sakit perutpun, takkan sekejap je baik macham tu. Sampai hati Ain paksa, dera dia keluar dengan Am.”

“Bukan Ain dera dia lah! Dia yang nak sangat keluar dengan Am.” Ain tak puas hati dituduh mendera Syarina.

“Okey, kenapa susah sangat untuk Ain keluar dengan Am? Itukan arahan Kak Zah.”

“Plan Am, kan?!” Ain menduga.

“Kalau bukan plan Am pun, kalau kita dah ditakdirkan untuk bersama, kita tetap akan besama. Mana boleh lawan jodoh, kan?” Adam buat muka tak bersalah.

Nakal sungguh kanda senyum dan angkat kening double-jerk macham tu. Aummm sangat tau! Dan ya kanda, kalau benar bagai dikata..kalau sudah jodoh memang takkan ke mana. Biarlah beribu onak dan duri yang mendatang, tapi tiada apa yang dapat menghalang.

Chenta sejati memang begitu. Hik hik!

Telefon Adam berdering. Panggilan dari Dee. Kali ni Adam tak larikan diri daripada Ain. Tapi memang takde lemah-lembut-manja-ketui-taik langsung bila dia bercakap dengan Dee. Dibentak-bentaknya. Ain yang mendengar perbualan Adam hanya menjulingkan bijik mata. Dasar lelaki, tak pernah cukup dengan seorang perempuan.

“Okey, jom! Kita buat shopping!” suaranya kembali ceria usai perbualannya dengan Dee.

Di balik sana, Dee nampak jelas yang Adam dan Ain jalan bersama-sama. Api kemarahan jelas terpancar di wajah gadis genit itu.

Adam menegur Ain yang tiba-tiba senyap tak besuara.

“Memang jenis tak banyak bercakap pulak tiba-tiba?”

“Ain takde benda nak cakap, Ain diam je lah.”

“Okey..” Kepalanya ligat mencari topik agar gadis di sebelahnya itu akan kembali bersuara. Tak suka benar dia dengan suasana bungkam dan sepi sebegitu. Bukan senang dia dapat peluang untuk berbual mesra dengan Ain. Inilah peluang yang dia ada.

“Cik Ted apa khabar? Sihat?” Senyum simpul Adam. Tau yang pancingnya bakal mengena.

Barulah Ain teringat yang dia masih belum mengucapkan terima kasih atas pemberian Adam. Tergelak kecil masing-masing. Lantas, Ain mengucapkan terima kasih untuk hadiah itu.

Amboi! Kemain lagi tau! Dengan malu-malu kucingnya, senyum-senyum kambengnya. Chenta kembang mekar ya kanda?

“Suka tak Cik Ted? Comel, kan? Macham Am.” spontan jari telunjuknya diunjukkan ke hidungnya sebagai tanda dia merujuk kepada diri sendiri.

Kalau kanda ada di depan dinda, mau dinda cubit-cubitttttt pipi tu. Pastu ciom. Eh.

“Ain first time dapat hadiah macham tu.”

“Oh ye ke?”

Ain senyum. Adam seakan-akan terkesima. Bagaikan sukar untuk dipercayai kenyataan dari Ain sebentar tadi.

“Maknanya ni kali pertamalah? Am yang pertamalah?”

Ya, kanda! Ya! Kanda adalah yang pertama dalam segalanya. Kandalah yang pertama berikan bunga kepada dinda, teddy bear, yang berani menyentuh rambut ini, yang mengelus lembut pipi mulus ini, yang yang yang..yang memberikan salam di malam pertama.

TEETTTTTTTTTT!!!

18SX sangat tau!

CONTAIN YOURSELF, WOMAN!! *tarik napassssss*

“Itu tandanya kalau Ain rindukan Am, boleh jugak peluk Cik Ted tu. Kan?”

“Eee..jangan haraplah!” Kekuchiwan jelas terpancar di wajah Adam. Terhenti langkahnya mendegarkan Ain tak sudi memeluknya. Eh, memeluk Cik Ted.

Apa gunanya dinda memeluk Cik Ted andai kanda ada di sisi dinda? Haruslah dinda memeluk kanda. Tak kira masa dan ketika, bukan sahaja sewaktu dinda rindukan kanda. Dinda peluk kanda, lalu pandangan mata dinda dilabuhkan tepat ke mata kanda. Renungan kita berbalas. Auuuw!! *blushing*

Ain coba untuk menukar situasi yang agak janggal itu. Ditanya macham mana Adam boleh terfikir untuk memberikan teddy bear kepadanya, dan bukan kepada Syarina.

“Ain, Am belikan dan pilihkan teddy bear tu ikhlas dan khas untuk Ain.”

Dan Ain tersipu-sipu malu..

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Abam Adam sangat chumils!! Okbai.

2 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 7

  1. adoiii penat i tahan gelak baca recap u ni tau. kalo tak, musti staf kat luar ingt cik min dorg ni dah ilang akai petang2 ni dok gelak sensorang serupa pompuan gila. -_-‘

    plg suka dlm episod ni scene am dok “mmmm” “mmm” tu. chumel sgt dgn mimik muka bagai. rasa nak geget. eh. hahahaha!!!

    btw izzie, thanx for the superb recap. really cheered me up after a very stressful day kat opis ni. keep it coming k!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s