Menang hadiah dengan @TMCorp

Sebenarnya gua menang hadiah ni dah lama. Dah berjaman. Tapi baru teringat yang gua belom hapdet, belom juga buat khidmat komuniti dengan mempromosikan ruangan tersebut.

Untuk yang punya akaun Twitter, sila follow @TMCorp. Selain daripada boleh memberikan sebarang feedback mengenai perkhidmatan UniFi dan Streamyx, boleh jugak menang hadiah dengan peraduan yang diadakan setiap hari Jumaat #FabFridayTM.

Caranya mudah, cuma perlu jawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tapi perlulah ikut syarat-syarat yang telah @TMCorp tetapkan. Setiap minggu pelbagai hadiah lumayan menanti.

Nak menang sehelai jersey Panthera Team Malaysia ni bukan main hazab. Maunya tidak, soalan yang diberikan memang mampu dijawab. Tapi harus diingat, bukan kita sorang je yang berlumba-lumba. Banyak lagi yang lain turut sama bertanding. Dan memang perlu sangat ‘luck’. Sebab pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan jugak ikutlah jawapan dari peserta yang ke-berapa. Contohnya; peserta ke-14 yang memberikan jawapan yang tepat.

Soalan pertama, jawapan gua tak salah. Tapi @TMCorp nak peserta ke-4 yang memberikan jawapan yang betul. Queue jawapan gua masa tu nomot 3. Boleh bayangkan betapa berapinya gua masa tu??!! STRESSSSSSS!!!

Mujur, memang rejeki gua. Tapi yang beruntungnya Abang gua, pasal saiz S dah habis. Yang tinggal cuma saiz L. Gua kasik kat dia dengan penuh kasih sayang -____-“. Suka benar dia dapat Team Malaysia Panthera jersey ni. Siap request nak 2 helai, nak kasik satu kat bestfriend dia. Oh Abang, kalaulau awak tau betapa terseksanya adikmu ini nak dapatkan jersey itu musti awak akan terharu.

Personally, gua bertemu dengan the person behind @TMCorp twit-handle. Sangat peramah orangnya. Dan gua sangat jelly sebab beliau punya pekerjaan serta tugas yang begitu menyeronokkan! T_____T. Untuk kalian, cepat-cepat follow @TMCorp!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s