Adam dan Hawa: Episode 5-6

Cepat-cepat Ain mencapai kayu-kayu yang masih tidak berkemas. Enggan terbuai dengan anganan sendiri barangkali. Adam menegah Ain daripada mengemas, kayu-kayu yang di tangan Ain diambilnya. Ain masih degil, terus dikutip satu per satu. Adam geram, dirampasnya semua sisa kayu dalam tangan Ain.

“Duduk temankan Am aje, faham?!” Tangan Ain dipegang, separuh memaksa Adam menyuruh Ain duduk di kerusi.

Ain malu dengan tindakan Adam. Namunpun begitu, Adam masih tidak melepaskan pegangan tangannya. Erat! Ditenungnya wajah gadis itu dalam-dalam.

“Maaf. Memang sengaja pun. He he..”

Terkedu Ain apabila Adam begitu berani berkata begitu. Mata Adam masih di wajah Ain, lembut pandangannya bagai mengusapi wajah polos Ain Hawani. Begitu menggoda! Matanya sengaja dikerdipkan lagi.

“Buat apa tuuuu..???!!” Suara malapetaka.

Cikgu Zawyah!

Cikgu Zawyah menghampiri. Pegangan tangan terlerai. Mata Cikgu Zawyah mencerun memandang Ain Hawani. Ain coba menerangkan yang dia sekadar menolong Adam kemaskan kayu-kayu yang berselerakan. Bagaikan menyindir, Cikgu Zawyah menjeling longgokan kayu yang tidak berusik. Langsung tidak mengendahkan Ain, Cikgu Zawyah dengan manisnya bertanyakan andai Adam mahukan segelas air untuk minum. Tapi Adam kata tak payah, dia tak hauspun.

Ain tak selesa dengan situasi tegang begitu, lekas mahu mengangkat kaki meninggalkan Adam Mukhriz dan Cikgu Zawyah. Namun Ain dilarang tegas oleh Adam.

“I told you to sit down there, you sit down there!”

Terkedu Ain dibuatnya. Tak pernah Adam segarang dan setegas itu. Selalunya Adam bercakap lembut gigi daripada lidah. Suatu sisi diri Adam yang baru Ain kenal. Adam hanya terus memandang Ain, langsung tidak dipedulikan Cikgu Zawyah yang berdiri tercegat di sebelah. Seolah-olah wanita itu tidak wujud. Ain teragak-agak, tapi masih melabuhkan punggungnya kembali.

Tahu dirinya tidak dipedulikan, terus Cikgu Zawyah meninggalkan Adam dan Ain dalam keadaan marah. Adam lega wanita itu sudah berlalu. Dalam nursery, June dan Linda bertepuk tangan bersorak gumbira.

“Kenapa Am buat Cikgu Zawyah macham tu? Kan dia nak berbaik-baik dengan Am? Bukan Am suka ke orang manja-manja dengan Am?”

MANJA KETUI TAHIK!

Dee datang ke tadika Puncak Ilmu untuk bertemu Adam tapi lain yang dia dapat. Dapat tengok kemesraan Adam dan Ain sekali lagi.

Adam mengalihkan duduknya. Dia bangun dan kemudian duduk di sebelah Ain. Rapat. Ain enjakkan sedikit duduknya agar masih punya jarak di situ.

“Oh my god! Wanginya rambut you.”Ujar Adam Mukhriz, dengan suara separuh mendesah dan begitu menggetarkan jiwa. Matanya tertancap kepada seraut wajah di sebelahnya. Senyuman menggoda.

SUBHANALLAHHHHHHHHHHHH!

Bergetar seluruh anggota dinda. Dengan nada suara kanda yang begitu, dengan pandangan mata yang begitu… Begitu.. Begitu.. Ahhh.. SEMPUTTTTTTTT!!!

Macham manalah Ain Hawani begitu kebal di sebelah Adam Mukhriz? Tak terasa sesakkah nafasnya digoda sedemikian ropa? Kalau dinda di tempatnya, confirm dinda pitam patplohpat kali!

Spontan Adam menyendengkan badannya ke arah Ain, kepalanya mencium rambut di bahagian belakang gadis itu.

“A’ah lah!” Tergelak kecil Adam. Senyum nakal masih di bibir.

. . .

. . .

. . .

PUTUS NAPASSSSSSSSSSSSSS!!! MINTAK NYAWAAAAAAAAAAAAA!!!!

MINTAK NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

DINDA PERLUKAN OKSIGENNNNNN!! OKSIGENNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!

“I tak pernah tau sentuh rambut wangi macham ni. Boleh sentuh? Please?” Pinta Adam. Wajahnya dipalingkan ke arah Ain, matanya memang sudah tertumpu di situ. Lengannya sudah didepangkan di atas birai kerusi. Kalau Ain bersandar, tak ubah seperti dipeluk erat.

Ain makin tak selesa. Dia mula mengatur langkah, mahu segera lari daripada terus dipujuk rayu. Kalau lama-lama di situ, bisa luruh jua jantungnya. Ain meninggalkan Adam. Tapi tindakan refleks Adam lebih cepat. Rambut Ain yang panjang hampir mencecah pinggang dirabutnya. Lalu dibelai rambut itu dengan syahdu. Ain terkesima. Sadar yang rambutnya kini disentuh Adam. Terpaku dia sebentar sebelum rasional kembali menguasi diri. Cepat-cepat Ain masuk ke dalam tadika semula.

Dan helaian rambut Ain melepasi tiap celahan jari Adam Mukhriz bersama-sama dengan langkah gadis itu. Adam bagaikan terpanah dengan suatu perasaan yang sukar dimengertikan.

AMAIGADDDDDDDDDDDD!!

OH TUHAN ESA!

Begitu daring tindakan kanda. Baiklah, lepas ni dinda akan rajin-rajin sikat rambut. Manalah tau kot-kot jari-jemari kanda akan mengusapi rambut dinda pulak. Meooowwww! Tak maulah kalau nanti rambut kusut dinda terlekat di jari kanda pada skala 6.

Di rumah, Adam akui depan Kak Zah yang hatinya rasa sesuatu terhadap Ain. Sambil bermain-main dengan pokok bunga berduri, tak ubah seperti orang angau berchenta. Kak Zah hanya perhatikan perilaku adiknya. Tapi tetap Kak Zah tak bersetuju kerna Ain masih lagi suci dan tidak kenal erti chenta. Nak-nak pulak dengan lelaki macham Adam, kasanova!

“Suka tu tak bermaknanya berchenta, okey? I just like her company, I like being with her. Selesa. Tolong jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak?”

Kalau ya? Kalau benar suka tu bermakna chenta, bagaimana pula kanda? Tolong jangan kanda permainkan perasaan dinda yang tulus-suci-murni ni, boleh tak?

Kak Zah malas nak melayan adiknya. Diberi amaran sekali lagi jangan sesekali Adam membuat onar dengan mempermainkan Ain yang juga salah seorang tenaga pengajar di Puncak Ilmu. Kak Zah taknak dengar sebarang gosip-gosip liar di sana. Tanpa pamitan, Kak Zah berlalu.

“Kak, Ain tu kan macham pokok ni. Chantek dilihat, tapi kalau kita nak sentuh tu..*sentuh pokok bunga berduri* Uuuuuuuuh, memang sakit. Tajam gila! Aduh! Do you know?”

Adam memusingkan badannya. Baru dia tahu Kak Zah tiada lagi duduk di belakangnya seperti tadi. Baru dia tahu yang dia bercakap sendiri, atau lebih tepat lagi bercakap dengan pokok bunga berduri. Adam melepaskan keluhan panjang.

Ouch! Sakit ya kanda? Meh sini dinda dinda obatkan. Akan dinda hisap jari kanda untuk sedut segala darah yang mengalir. Lalu dinda sapukan ubat supaya kanda tidak lagi merasa sakitnya. Sakit kanda, sakit juga dinda.

Esoknya, Adam kembali memulakan tugas. Di tadika, Kak Zah menegur Ain.

“Ain, Am kirim salam.”

“Wa’alaikumussalam. Terima kasih.” Ain senyum dan terus berjalan pulang. Kak Zah senyum penuh makna.

Di bumi kangaroo, Adam berjalan berseorangan. Masuk ke dalam kedai cenderamata, mencari sesuatu untuk dibawa pulang dan diberikan kepada seseorang. Adam Mukhriz berkenan dengan seekor anak beruang besar yang memegang sebuah bantal berbentuk hati. Tertera di situ tulisan “Te Amo” dalam bahasa Sepanyol, atau bermaksud “I Love You” dalam bahasa Inggeris.

Adam kembali ke tanah air. Keluar dari kedai dengan sejambak bunga. Adam mengomel sendirian sambil memegang kad di sebelah tangan yang satu lagi. Dee datang, kebetulan di situ dan terus menyapa Adam. Disangkakan bunga yang dibeli adalah untuk dirinya. Dee terlalu gumbira kerna itulah kali pertama Adam memberinya bunga!

HA! HA! HA!

Kesian! Orang rambut wangi je selalu dapat bunga tau! *cium rambut sendiri yang baru lepas dicuci*. Rambut kepuk-kepuk cepat masam dengan peluh, kot? Bukan untuk lu lah bunga tu Dee. Perah santan sangat lu nih!

Di tadika Puncak Ilmu, Ain terlihatkan sejambak bunga di atas meja. Kadnya dibaca.

“My love for you dies when the last petal of these roses falls..”

Baru Ain teringat yang dia tak tahu siapakah empunya jambangan itu. Tapi dalam hati, tak dapat dia menafikan yang bunga itu sangat chantek dan beruntunglah sesiapa yang akan mendapatnya.

Adam datang tanpa dijemput. Terus menegur Ain. Terkejut Ain dibuatnya. Jantung memang kena kuat kalau berhadapan dengan Adam Mukhriz. Bukan sahaja dengan panahan matanya dan raut wajahnya, malahan kejutan-kejutan yang tidak diundang jugak bisa membuatkan gugur jantung yang tunggu masa nak tercabut ni.

Ain menegur Adam. Tak diduganya Adam ada di tadika, disangkanya Adam masih di luar negeri. Pertanyaan Ain tidak Adam hiraukan tetapi diajukan pula soalan kepada Ain.

“Chantek bunga.”

“Ah..sorry. Ain terbaca note yang Am tulis.”

“Am tak kata Am tulis.”

“Oh..”

“Sapa yang bagi bunga tu? Ain tak nampak ke nama siapa yang hantar?” Lembut pertanyaannya.

“Entah. Rasanya takde kot.”

“Are you sure?”

Ain angguk. Dia pasti si pengirim tiada meninggalkan jejak di jambangan itu. Adam capai jambangan bunga lalu diselak-selak bunga yang mewangi. Pasti memang tiada sebarang jejak di situ.

“Mmm.. Maknanya memang rezeki Ain lah.” Bunga dihulurkan kembali ke Ain.

Ain enggan menerima bunga yang bukan miliknya. Tapi Adam sungguh-sungguh menegaskan bunga itu milik Ain.

“Siapa yang bagi?”Ain masih mahukan jawapan.

“Entahlah. Mungkin dia nak tunjuk perasaan dia pada Ain?”

“Yelah, kenapa?”

“Manalah I tau. Simpan jelah bunga. Erghh..!” Adam mendengus. Mungkin cemuih diasak dengan soalan yang dia sendiri tiada jawapan. Atau mungkin tak reti nak putar belit lagi, kanda?

“Sekurang-kurangnya bunga yang kat tengah-tengah tu takkan layu. Tau tak apa maknanya?”

Ain sekadar geleng. Memang dia tak tahu menahu maksud jambangan bunga di atas meja itu. Itulah kali pertama dia dapat bunga. Dapatpun dari orang yang dia tak tahu siapa.

“Maknanya, orang yang hantar bunga ni nak mengatakan yang dia sayang Ain sampai bila-bila. Okey?” Pandangan matanya tepat ke arah gadis itu. Senyumannya meleret, penuh makna.

Di rumah, Ain masih berteka-teki siapakah gerangan si penghantar bunga.. Diteka Adam, mungkin inilah cara dia untuk menutup hakikat yang dia sebenarnya adalah seorang playboy.

“Bunga plastik takkan layu. Maknanya chentapun akan kekal sampai bila-bila. Romantiknya..” Anganan mula dipasang.

“Ya Allah, Ain!! Bunga plastik, maknanya chenta pun plastiklah!” Bentak Ain kepada diri sendiri. Terus bunga yang dipegang dicampakkan. Terasa diri begitu bodoh kerna mudah tergoda dan percaya dengan suatu anganan yang palsu.

Di kelab malam, Zul menegur keadaan Adam yang kelihatan angau. Tapi Adam menafikan.

“You don’t ever let go that feeling. Appreciate it. Feel it.”

“Never let go, eh?” Secara tak langsung, Adam mengiyakan yang sememangnya hatinya angau dengan gadis itu. Gadis kampung yang sederhana, yang bisa merentap jantung hatinya yang selama ini terlalu kebal untuk ditakluki.

Pulangnya ke rumah, Kak Zah disapa. Kak Zah bagitau yang mama dah naik rimas dengan mama Dee yang asyik memaksa untuk mengahwinkan anaknya dengan Adam. Mendengarkan berita yang disampaikan Kak Zah, berkerut seribu muka Adam. Tak selesa dengan keadaan dan situasi begitu.

Esoknya di pantry tadika Puncak Ilmu, Adam mengomel-ngomel. Entah apa yang coba dibuatnya. Ain yang kebetulan haus, hanya tersenyum sumbing mendengarkan lelaki itu merempan-rempan.

Kanda ni boleh tahan jugak ya! Dengan mulut yang berleter, merempan-rempan, pastu nak hempas-hempas barang sebab geram. Kanda sorang je yang boleh buat semua di atas dengan kecomelan tahap petala langit. Omel omel omel!!

“Buat apa tu?” Ain senyum sinis.

“Tak buat apa-apa.” Marah bunyi jawapannya. Geram tak abis lagi.

Laaaa..! Kanda nak bukak tin susu ropanya!! Apalah susah sangat nak bukak tin segala, susu dinda kan ada!!

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!

Melampau betul sawan tarik gua ni. Susah betul nak kawal.

“Kak Rubi mana?”

“Ada nampak ke Kak Rubi kat sini? Takde kan?!” Sambil tangannya mengajukan tin susu dan pembuka tin yang masih di tangan. Masih tidak berjaya membuka tin itu dari tadi.

“Hai, marah pulak? Sian benda tu kena ketuk-ketuk.”

“Tolong buatkan, boleh?” Mengendur suaranya apabila meminta.

“Buatlah sendiri!”

“Dapat pahala tau tolong orang.” Adam mula berhujah.

“Tak buat pun, tak dapat dosa.” Ain membalas.

“Takmo sudah.” Mengomel lagi.

Dihempas-hempasnya tin susu laju-laju. Geram dari tadi tak sudah, ditambah pulak dengan Ain yang menganjing-anjingkan dia.

Oh tuhanku. Omel omel omel sungguh kanda ni! Kalau orang lain buat perangai bebai (read: loghat orang Utara; merengus, marah) macham tu, mau kena penerajang. Tapi sebab kanda yang buat, dinda gomol jugak kangggg!!!

Ain sakit telinga mendengarkan tin susu dihempuk-hempuk begitu. Disuruhnya Adam ke tepi. Kalau dibiarkan anak teruna itu terus begitu, boleh jahanam satu pantry diamuknya.

“Tak tau buat, eh?”

“Bukan tak tau buat, tapi tak kuasa nak buat.” Penafian!

Kanda, kalau tak tahu buat cakap aje. Dinda sudi buatkan untuk kanda. Ajarpun dinda bisa, demi kanda. Mungkin tunjuk ajar dinda tak habis di situ sahaja *palitkan susu manis di dada kanda*. Rawr!

Subhanallah.

Ada jugak kang review Adam dan Hawa ni jadik Fifty Shades of Grey.. *facepalm*.

Telefon bimbit Adam berbunyi. Dijarakkan sedikit daripada Ain Hawani. Mungkin tak mau gadis itu terdengar bicaranya di talian nanti.

“Kenapa tak angkat? I nak jumpa you malam ni. Malam ni jugak! Petang ambik I. Faham?” Keronyok-keronyok muka tu bila bercakap dengan orang yang di sebelah sana. Intonasipun diktator gila, mengalah Hitler!

“Ada telefonpun susah. Buang je telefon tu.” Membebel lagi.

Ololololol! OMELNYAAAAAAA!!! OMELNYAAAAAA!!! Tarik muka begitu, dengan bebel sorang-sorang pulak. Tak boleh comel lagi ke kandaaaa???!!!

Ain hulurkan segelas mug yang sudah siap air yang dibancuh tadi. Senyum Adam Mukhriz menerima.

“Wow! So fast so furious!” Minuman dari mug itu diteguk.

“Sedap!” Senyum dia memandang Ain. Dan Ain senyum kembali, tahu yang air bancuhannya memang secukup rasa.

“Thank you.” Dan Ain terus berlalu.

“Manis. Macham tuannya.” Langkah Ain diperhatikan.

“Sangat manis. I LIKE!”  

Di nursery, Ain diasak dengan soklan-soklan berkaitan Adam. Sengaja diacukan Ain dengan Adam, bagaikan sehati sejiwa. Memang cocok, memang padan. Adam yang nak simpan barang dalam stor terdengar perbualan Kak Cham dan Linda. Perlahan-lahan dia menyusup ke tepi pintu. Telinga dipasang.

Tapi Ain tak suka dipadankan dengan Adam. Adam bukan pilihannya. Pilihannya adalah seorang lelaki yang sederhana. Kalau dapat pasangan macham Adam, makan hati berulam jantunglah jawabnya. Adam yang mendengarkan namanya disebut dengan deskripsi begitu berkerut kening. Tak sangka begitu sekali pandangan Ain terhadap dia selama ni.

Linda memberikan amaran, jangan benci sangat. Nanti benci itu boleh aja bertukar menjadi sayang.

Oh, bab benci bertukar sayang ni memang patut rujuk kepada JasJamal. Beliau memang banyak pengalaman! HAHAHAHAHAHAHA (gelak 4 harakat).

Ain menegaskan, suka tak semestinya chenta. Cepat-cepat dia mengangkat punggung. Tak mau lagi melayan karenah Kak Cham dan Linda yang suka benar menyakatnya.

Kalau ya??!! Kalau suka itu chenta, bagaimana?

“Bunga simpan kat mana?” Suara garau itu menyapa entah dari mana.

Oh tuhanku! Memang jantung kena kuat betul!! Tup-tup je dia muncul! Mau ketar lutut ni kalau kanda terus-terusan nak beri kejutan kepada dinda begini.

“Mesti dalam bilik, kan? Somewhere personal, I hope.” Adam tawaf dan kemudian berdiri di belakang Ain. Direnung tajam gadis yang tinggi hanya separas dagunya itu.

Terus-terang Ain menjelaskan yang dia tak sedap hati sebab bunga itu bukan ditujukan kepadanya, dan tak tahu pulak siapakah pengirimnya.

“Ain betul-betul tak tahu ke?”

Ain geleng.

“Ain sedar tak apa yang Ain dah buat kat Am?” Suaranya lembut menuturkan tiap patah kata, namun suaranya masih jelas kedengaran.

Jantung dinda mula pantas berlari..

“Tuhan dah temukan ramai perempuan dengan Am. Tapi yang paling chantek, Ain sorang sahaja.” Makin lembut suaranya, seakan berbisik.

Makin pantas..

Kak Zah kebetulan lalu, terhenti sejenak melihatkan Adam dan Ain.

“My love for you dies when the last petal falls.”

Semakin kencangggggg..

“Am cakap Am tak baca..”

“Sssyyyhhhhh…” Pantas jari-jemari Adam Mukhriz dilekatkan di bibir halus Ain Hawani.

Adam mengetap bibirnya.

PITAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMSSSSS!!!!

TESBIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! *putus*

TESBIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH *putus lagik*

OH TUHANKUUUUUUU!! Kau kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Sesungguhnya, penat dah tiap kali meroyan begini.

Kenapa kanda sering benar memainkan perasaan dinda? Getaran yang ada di jiwa ini sesungguhnya bergetar pada kelajuan maksimum! Tidakkan kanda nampak dada yang berombak kencang ini tatkala kanda mengetapkan bibir sebegitu??!!

SEMPUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!

Sempat diusapnya pipi mulus Ain.

“Am tak baca pun.”

Ain benar-benar terpana!

Mini Cooper putih sampai di perkarangan tadika Puncak Ilmu. Hon dibunyikan, lantas mematikan detik indah antara Ain dan Adam. Seorang wanita yang agak urban keluar dari perut kereta lalu menyapa.

“Hai, Am! Hai, Kak Zah!”

Adam baru perasan yang kakaknya berdiri di belakang. Ain dua kali terpana! Malunyaaaaa!! Sah-sah Kak Zah nampak segala drama swasta Adam Mukhriz sebenatar tadi. Sah-sah Kak Zah nampak Adam Mukhriz menyentuh bibir dan pipinya tadi. Sah-sah Kak Zah dengar apa sahaja yang diperkatakan Adam Mukhriz kepadanya sebentar tadi!

KANTOI!!!

“Hai! Jangan bawak Am ni lama-lama sangat. Nanti ramai pulak yang mencarik.” Ujar Kak Zah bersahaja.

Adam senyum.

“Don’t panic, sayang. Okay? We’ll continue next time?” Adam mula mengundur beberapa langkah.

Ain masih terkesima.

Adam berpatah balik ke arah Ain.

“Take care!” Ditundukkan kepalanya lalu dilafazkan ayat itu ke telinga Ain. Berbisik!

KANDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

KANDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

MAKKKKKKKKKKKKKK!! TOLONGLAH! TOLONGLAH CARIKKAN SUAMI SENAKAL DAN SECOMEL BEGINI!!

Tapi dengan syarat, nak kanda seorang sahaja!! Dinda tak mau orang lain!!!!! Kanda dah rentap jantung dinda berkali-kali sampai tiada lagi darah setitispun yang mengalir dalam badan ini. Semuanya sudah tertulis nama kanda sebagai empunyanya. Dinda tertawan!

You own me, kanda!! You O-W-N me!!

Oh, seksanya chenta sejati. Penuh onak dan duri.

Ain memerhatikan lagak dan langkah Adam Mukhriz. Tak faham dengan perilaku lelaki itu. Mudah benar bertukar-tukar pasangan. Ini dengan wanita lain pulak. Sedangkan tadi bukan main bermain kata. Sah! Memang Adam Mukhriz suka menggoda!

Ain akui memang dia suka tengok Adam dari serba-serbi segi, tapi itu tak bermakna dia jatuh chenta. Adam tak pernah berenggang dengan perempuan. Andai iman tak kuat, memang mudah cair dan jatuh ke tangan lelaki itu. Ain hairan, macham mana Adam boleh tau isi kad dari jambangan bunga tu. Hatinya terdetik, mungkin jambangan itu adalah pemberian Adam Mukhriz!

Oh, dindalah yang tidak punya iman yang kuat itu. Dinda akui, diri ini berkali-kali cair dan melebur dengan kenakalan kanda.

Adam makan malam dengan Dee. Dee membangkitkan soal perkahwinan kerna ibu mereka masing-masing dah mula membincangkan soal pernikahan mereka. Adam mula tak selesa.

“Bee (read: vavi), look. Kalau nak bincang pasal kawen, kan..I rasa tak manislah kalau pihak perempuan datang ke rumah lelaki.” Adam coba berdiplomatik.

“Habis tu kalau nak tunggu you lama!” Dee makin mendesak.

“I just like it kalau kita macham ni, you know. I belum bersedia lagi nak kawen and I just not ready commitment. Am suka kalau kita macham ni je.”

“Abis sampai bila?! I’m not getting any younger, you know.”  

“You’re not getting younger pun tetap chantek, sayang. And I tak suka kalau orang paksa-paksa I macham ni. And I pun tak suka kalau mama you terhegeh-hegeh kat rumah I. Apa kata orang nanti pulak? Perigi carik timba. Apa kata you just main peranan you sebaik mungkin, just you in my heart. Can you just do that?”

Panjang lebar Adam Mukhriz membentangkan hujah. Sampai Dee tak mampu nak membalasnya lagi. Servis yang tidak mampu Dee tangkis.

“Okeylah. Tapi walau macham manapun, I tetap akan tunggu you sayang.”

“Yes, sayang. Please do.”

“I will!”

MUNTAH!! MUNTAH!! MUNTAH!!

Sedang elok janji berbalas janji manis, seorang wanita datang menyapa Am. Najwa namanya. Bukan main mesra, siap diusap manja bahu sasa Adam. Dee yang melihat bagai nak terkeluar bijik mata.

“So what’s your reason this time?”

“About?”

“Najwa!”

Adam coba menjelaskan tapi Dee makin membentak. Dipersoalkan siapa dia di mata Adam.

“Sejak bila you dah pandai jealous-jealous ni? Look, kita belum terikat apa-apa lagi so I berhak nak kawan dengan siapa-siapapun. Itu yang I takut nak kawen. Belum apa-apa lagi you nak control-control I macham ni. Kalau dah kawen, lagi teruk kan?”

Sekali lagi Adam membentangkan hujah dan membelit.

Dinda rasa kanda ni silap profesyen, mungkin patut menjadi peguam dan bukannya juruterbang.

Melihatkan wajah Dee yang makin kelat, Adam memujuk supaya menjamah makanan.

Di tadika Puncak Ilmu, Kak Zah bertanyakan secara langsung kepada Ain apakah Ain punya perasaan terhadap Adam tapi Ain mudah menjawab yang dia tiada sebarang perasaanpun terhadap adik Kak Zah tu. Makin membuatkan Kak Zah pelik, kerna Adam sampai belikan teddy bear untuk Ain. Sedangkan Adam tak pernah belikan kepada orang lain hadiah sebegitu.

CIK TED!!!

Teddy bear yang Adam belikan semasa dia di Australia benarlah untuk Ain. Teddy bear yang sama, yang punya bantal dengan lukisan bentuk hati dan tulisan “Te Amo” itu.

Di lapangan terbang, Zul bertanyakan macham mana keadaan Adam, soal Adam dengan Dee.

“Aku kawen je. Lepas tu semua flight aku ambik. Make myself busy.”

“That’s a good idea by you. But then I don’t think so lah, bro. Sebab kalau kau pilih Dee, tak sesuailah.”

“Am..” Suara wanita memanggil Adam Mukhriz.

“Mulut kau masin, bro!”

Dan berdiri di belakang dua juruterbang itu adalah Delilah. Dee.

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Dah masuk minggu kedua, tapi monolog dalaman dan sesi Ain bercakap dengan diri sendiri masih lagi berterusan. Sekarang ni tambah pulak bercakap dengan Cik Ted. Bilakah ini akan berkesudahan? Memang penceritaan akan bertambah detail melalui manolog sedemikian. Kerna kalau dalam novel, semua itu boleh diceritakan melalui penulisan tetapi bukan mudah untuk diterjemahkan melalui lakonan. Itulah cabaran sebenar, untuk mengekspresikan diri supaya penonton faham akan isi hati. Kalau di awal penceritaan, masih gua boleh terima. Tapi kalau sesi bermonolog dalaman ini akan terus sampai ke episode 80, memang akan merosakkan plot dan jalan cerita. Keterujaan menonton juga akan semakin berkurangan.

About these ads

8 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 5-6

  1. hahahaha…i baca kat dalam kelas, sambil tunggu students siapkan tugasan. I tergelak-gelak tak boleh tahan, students semua heran. hilang stress i tauuu…

    rumah i tak dak astro, tapi baca review tu buatkan i boleh bayangkan aksi abang bam-bam dan ain hahahaha…harus paksa suamiku download cepat-cepat..nak marathon lepas ni…

  2. Pndai tol awk ni revw cite…sy trgelak2 smpai sakit perot….kuat berangan ek? :-)

    Anwy, sy fatiha. Google2 psl cite AH tp trjmpa awk lak:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s