Adam dan Hawa: Episode 4

Mimpi! Ain bermimpi ropanya! Semuanya mainan tidur sahaja. Dan disebabkan mimpi itulah dia terlambat ke tadika. Buru-buru dia bersiap. Di tadika, Adam terlebih dahulu mengambil tempat di laman untuk menyiapkan taman mini seperti yang diminta Kak Zah. Untuk mengelakkan dari bertembung dengan Adam, Ain membawa diri ke nursery.

Dalam nursery June, Linda dan Kak Cham sempat bergosip dengan Ain. Tentang Cikgu Zawyah yang selama ni memang menaruh hati kepada Adam. Ain berterus-terang yang dia tak kisah, dan tak simpan perasaan kepada Adam.

Cikgu Zawyah yang nampak Adam berjalan dalam tadika cepat-cepat memanggilnya. Nak ajak tengok wayang, midnight show filem Hindustan. Heronya adalah Salman Khan. PUAHAHAHAHAHA! Musti kanda allergic, kan? Al-maklumlah kandakan tak suka filem Hindi.

“Serious? I tak minatlah, sorry.” Told ya! Lain kali kalau nak ajak abam Adam tengok wayang, sila rujuk sama gua dulu ya, chegu?

Adam berlalu tapi sempat menoleh ke arah Cikgu Zawyah.

“Chegu..”

“Ya, jadikan? Nak pergi, kan?”

“Tapi esok chegu mengajarkan? Takut tak terbangun pulak. Jadi tak payah kot? Next time, eh?” Adam terus mengorak langkah dan kali ni Adam tidak menoleh lagi.

Punah lagi harapan Cikgu Zawyah nak keluar dating dengan Adam.

Dari jendela nursery, Ain terpandangkan Adam yang sibuk menyiapkan kerja-kerjanya membina taman mini. Dalam hatinya terdetik, adakah benar yang Adam itu seorang kaki perempuan. Mungkin ya, yang Adam Mukhriz akan menggunakan wajahnya yang kachak itu untuk menggoda mana-mana wanita. Dan Adam jugak terpandangkan Ain yang melihatnya di balik jendela. Sempat keningnya diangkat. Buat kerja bertukang dengan t-shirt V-neck dan berseluar jeans serta snickers. Tak boleh kachak lagikah kanda??

Malam harinya Adam berkepit dengan Dee di kelab malam lagi. Suka benar si Dee memaut lengan sasa Adam walaupun sudah duduk di sebelah. Bagaikan nak bercantum macham kembar Siam. Melekatttttttttt memanjang! Katanya sekarang ni dia makin cepat rindukan Adam. Langsung tak boleh berpisah.

“I rindu kat you jugak.” Adam memberikan harapan.

“Yang, kita kawen?”

Adam pelik. Dee tak seperti Dee yang dahulu, yang takut dengan komitmen tiba-tiba berubah dan bersedia untuk komited dengan perkahwinan. Alasan Dee adalah supaya dia sentiasa dapat bersama-sama Adam.

“Are you sure? I rasa kalau kita kawen you takkan sayang I macham mana you sayang I sekarang. I suka bila you berjuang untuk I, bee.”

Berjuang? Amboi! Suka benar kanda andai ramai wanita yang berebut-rebutkan kanda, ya! May the best woman wins. Dinda tak nak menjadi salah seorang daripada peserta. Kalau benar kanda chentakan dinda, dan andai benar jodoh kita kuat, berpisah hingga ke hujung donia pun tetap kita akan bersama.

Dee masih enggan mengalah. Masih coba untuk memujuk Adam agar bersetuju berkahwin dengannya.

“Kalau kita tak kawen pun baby, memang I untuk you.”

Mendengarkan pujukan Adam sebegitu, hati Dee menjadi sejuk. Yakin yang Adam hanyalah hak dia seorang. Makin erat pelukan tangannya.

MUNTAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! Baby konon! Ptuihhhhhhh!! PAK BOON MANA????!!! MANAAAAA???!!!

Esoknya di tadika Puncak Ilmu, Adam yang sedang menyimpan toolbox di stor ternampak Ain menuju ke pejabat Kak Zah. Wajah nakal Adam jelas menunjukkan yang dia sedang memikirkan sesuatu. Begitu ceria wajahnya. Akal baru untuk kenakan Ain Hawani barangkali.

Di pejabat, Kak Zah bertanyakan kepada Ain mengapa sering dia balik lewat. Ain jelaskan yang dia suka berada di taska (nursery), boleh tolong apa-apa yang patut. Kalau balik awalpun tak ada apa yang dia buat di rumah. Kak Zah nasihatkan kalau selalu sangat menolong nanti mudah orang ambik kesempatan. Ain tak kisah, ikhlas katanya. Berkenaan dengan pulang lewat untuk kerja lebih masa, perlu tanya dulu dengan Kak Zah itupun atas permintaan tadika ataupun taska. Ain akan dibayar lebih untuk itu.

“Tak balik lagi ke?”

Adam yang menyusup masuk dalam pejabat Kak Zah terus menyapa Ain dengan suara seakan berbisik. Betul-betul dia berdiri dekat di belakang gadis itu. Wajah mereka hanya dipisahkan sejengkal! Ain kurang selesa. Lebih-lebih lagi di hadapan Kak Zah, sedangkan Adam Mukhriz hanya berlagak seperti biasa. Takde segan silu langsung!

Segera Ain menjarakkan diri. Apabila ditanya Kak Zah kenapa dia di situ, Adam lancar memberikan status update berkenaan taman mininya. Pagar dah siap dibuat, tinggal nak tanam pokok aje lagi. Tapi Kak Zah kata biarkan dulu sebab tanah tu nak dibaja dahulu. Kak Zah ingatkan adiknya supaya dikemaskan semua kayu-kayu dan peralatan yang digunakan sebelum Adam mula bertugas esok hari.

Adam berikan alasan yang dia dah tak larat nak kemas dan perlukan pertolongan.

“Ain free?” Adam pasang jerat. Pandangannya tidak lepas daripada memandang Ain dan menantikan jawapan.

Membulat mata Ain kerna terkesima dengan soalan Adam. Kak Zah faham sangat taktik adiknya.

“Boleh ke?” Soal Kak Zah.

Serba-salah Ain jadiknya. Manakan tidak, sedaya-upaya dia nak mengelak tapi terjerat pulak dengan permintaan Adam melalui Kak Zah, majikannya.

“Boleh? Boleh?” Adam makin tak sabar mendengarkan jawapan dari mulut Ain. Seakan mendesak.

“Erm..bolehlah.” Paksa-rela!

“Okey, jom!” Pantas Adam Mukhriz meninggalkan pejabat. Wajah Ain macham mintak pertolongan, mintak diselamatkan daripada bala yang akan menimpanya sekejap lagi.

Di taman mini, Adam menunjukkan hasil usahanya membina pagar. Adam pandang Ain, mata bertentangan. Sengaja dikerdipkan matanya. Ain kalah. Cepat-cepat dia beralih dan membongkokkan badan untuk mengemas kayu-kayu yang bersepah di taman mini. Sadar dengan perlakuan Ain, Adam melarang Ain daripada terus bersihkan tempat itu.

“Takpe, biar Am jelah yang bersihkan.”

“Tadi kata nak mintak tolong.”

“Tolong temankan Am jelah. Kita bual-bual je. Ataupun kalau sudi buatkan Am air? Dari tadi belum minum-minum lagi. Haussss (2 harakat) sangat.”

Siapa mampu untuk menolak permintaan andai dipujuk sedemikian ropa? Memang kanda pandai bermain kata-kata sampai dinda tergoda.

Dengan berat langkah Ain ke pantry untuk membuatkan Adam segelas air. Dari jendela nursery, Linda dan June menyaksikan drama swasta Adam dan Ain. Linda turut membuat spekulasi bahawasanya Adam memaksa dan Ain terpaksa. June pulak cakap Adam menggunakan Kak Zah untuk mencarik peluang berjumpa dengan Ain. Gossip girls!

Dihulurkan segelas milo ais kepada Adam. Adam memuji air yang dibancuh Ain tu sedap dan lega tekaknya yang dahaga dengan kasih sayang. Adam dan Ain sekadar bersembang kosong. Adam tanya kursus apa yang akan Ain ambik untuk lanjutkan pelajaran, lalu jawab Ain dia akan ambik Business. Cita-citanya untuk menjadi pensyarah, akan disambung pelajarannya ke peringkat MBA bagi memenuhi cita-citanya itu.

“Okay, let’s say ada sesuatu yang menghalang cita-cita Ain.”

“Contohnya?”

“Contohnya macham… Kawen?” Teragak-agak Adam Mukhriz menyebut perkataan keramat itu.

Sungguh-sungguh Ain menjawab andai sudah tiba jodohnya, dia akan terima tetapi itu tidak bermakna cita-citanya akan terkubur bersama-sama perkahwinan yang dibina. Dia akan pastikan cita-cita dia akan terlaksana.

“Setuju! Am setuju. You know, a husband should always be supportive for his wife. So kalau Am dah kawen pun kalau isteri Am nak sambung belajar ke nak apa ke nak apa tapi KALAU untuk kebaikan dialah, Am akan galakkan.”

Terima kasih kanda kerna sentiasa memberikan dorongan kepada dinda. Kanda ni macham tau-tau aja dinda punya hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yalah, kan! Namapun sehati sejiwa, apa saja yang tersirat di hati dinda ini bagaikan dapat dibaca oleh kanda. Ahh..malunya dinda! Musti kanda tau betapa dinda angaukan kanda! *blushing*

Tersenyum simpul Ain mendengarkan penjelasan dari Adam. Mungkin terasa sedikit bersemangat, ataupun berangan? Cepat-cepat Ain mencapai kayu-kayu yang masih tidak berkemas. Enggan terbuai dengan anganan sendiri barangkali. Adam menegah Ain daripada mengemas, kayu-kayu yang di tangan Ain diambilnya. Ain masih degil, terus dikutip satu per satu. Adam geram, dirampasnya semua sisa kayu dalam tangan Ain.

“Duduk temankan Am aje, faham?!” Tangan Ain dipegang, separuh memaksa Adam menyuruh Ain duduk di kerusi.

Ain malu dengan tindakan Adam. Namunpun begitu, Adam masih tidak melepaskan pegangan tangannya. Erat! Ditenungnya wajah gadis itu dalam-dalam.

“Maaf. Memang sengaja pun. He he..”

TANGKI OKSIGENNNNNNNNNNNNNNN!! HUWARGHHHHHHHHHH!!!

SEMPUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT DADA DINDA! SEMPUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!

Terkedu Ain apabila Adam begitu berani berkata begitu. Mata Adam masih di wajah Ain, lembut pandangannya bagai mengusapi wajah polos Ain Hawani. Begitu menggoda! Matanya sengaja dikerdipkan lagi.

TESBIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

Kalau dah kanda comel begitu, nak marahpun tak jadik tahu?! Mahu ketar lutut dibuatnya apabila terus-terusan digoda. Iman dinda ni hanyalah senipis kulit bawang kanda. Usahlah kanda sengaja menduga. Tidakkah kanda tahu tiap kali kanda menggoda, dinda penat menahan gelora?

“Buat apa tuuuu..???!!” Suara malapetaka.

Cikgu Zawyah!

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Kalaulah berterusan digoda begini, ada jugak gua mati keras sebab jantung bekerja melampaui batas. Doakan gua terus sihat, ya! Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s