Untuk Tiga Hari

Minggu depan filem  ini akan masuk ke panggung dan menemui peminat-peminat. Barisan pelakon adalah terdiri daripada Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah dan Afdlin Shauki yang juga selaku pengarah. Penerbitnya pulak adalah Sharad Sharan.

Untuk yang tidak tahu, filem ini adalah sebuah adaptasi daripada novel Ahadiat Akashah. Ya, sebuah lagi novelnya akan muncul ke layar perak.

Gua baca sekali je novel ni. Tu pun dah lama. Kisahnyapun gua ingat-ingat lupa. Zafrin (Rashidi Ishak) berchenta dengan Ujie (Vanidah Imran). Masing-masing membuat persiapan perkahwinan, cuma pengantinnya bukanlah merpati dua sejoli ini. Zafrin akan dinikahkan dengan watak yang dipegang oleh Ayu Raudhah manakala Ujie pulak bersama-sama watak yang dipegang Afdlin Shauki atas pilihan keluarga masing-masing. Mereka berempat akan dinikahkan pada tarikh yang sama.

Ironinya, Zafrin dan Ujie telah berjanji untuk menamatkan perkahwinan mereka dalam tempoh 3 hari! Zafrin akan menceraikan isteri yang baru dinikahi dan Ujie akan menuntut cerai daripada pasangannya. Namun demikian, perjanjian ini hanya diketahui mereka berdua. Pasangan masing-masing langsung tidak tahu menahu akan hal ini, termasuklah ahli keluarga.

Selepas 3 hari, Zafrin benar-benar menceraikan isterinya. Sedangkan dalam hatinya sendiri terdetik, betapa untungnya dia mempunyai isteri yang begitu baik namun apakan daya dia telah berjanji dengan Ujie. Konflik mula timbul apabila Ujie tidak menepati janji. Ujie telah menjalan kewajipannya sebagai seorang isteri dan mula menerima kehadiran suaminya.

Pengakhiran cerita ini memang tergantung. Gua tak tahu apa sudahnya jadik kat Zafrin lepas Ujie menerima suaminya dan mungkir dengan janjinya sendiri. Dan semustinyalah, Ahadiat Akashah sering sahaja menciptakan watak lelaki yang setia sampai mati, manakala si wanitanya pula yang sering menodai chenta sejati.

Kebetulan beberapa minggu lepas gua ada pergi kedai buku Popular di Sunway Pyramid, ada jual novel ni tapi ketebalannya berbeda amat dengan yang gua beli dahulu. Tak tahulah kalau Ahadiat Akashah ada buat sekuel novel ini sama seperti novelnya, Cinderella ’98. Kalau kalian pernah baca novel Cinderella ’98, musti kalian tahu yang sambungan dan pengakhiran tertulis dalam Hikayat Cinderella.

Apapun, kena tunggu filemnya nanti untuk tahu jawapan kepada kisah Zafrin dan Ujie. Tayangan bermula pada 20 September 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s