Adam dan Hawa: Episode 3

Adam bepoya-poya di kelab malam bersama-sama Dee, dan jugak teman sekerjanya Zul. Adam ditegur sebab masih ke sana sini dengan Dee.

“Ada pakai dulu, bro. Tak boleh cerewet.”

Mudah Adam memberikan alasan yang dia lebih selesa dengan Dee buat masa ni sebab mudah dijaga, tak seperti perempuan-perempuan lain yang terlalu feeling guling-guling. Dee datang, siap cakap yang Adam adalah miliknya, siapa-siapa aje yang sailang akan dicarik sampai ke lobang cacing.

“Seram, you!” Usik Adam dengan amaran Dee kepadanya.

Ain pulang ke kampung berjumpa dengan mak dan adik-adiknya. Melepaskan rindu dan menceritakan pengalamannya bekerja di tadika Puncak Ilmu. Tentang cita-citanya untuk menolong keluarga dan mendapatkan segulung ijazah.

Di rumah, Adam diusik kakaknya kerna tak keluar di malam minggu. Ada sebab musababnya Adam tetiba berubah. Bila Kak Zah tanya kenapa, tak dijawabnya. Tapi mama cakap lambat-laun Kak Zah akan tahu jugak. Adam coba mengubah topik dengan bertanyakan tentang Ain yang menggantikan kerja-kerja mengajar Cikgu Mimah.

Kak Zah beri amaran jangan carik pasal nak ushar Ain. Ain budak yang jujur, naïf dan baru nak belajar hidup di kota metropolitan.

“So what’s wrong? Am selesa dengan cara dia, okey? Tak control jelita.” Maksud kanda, tak control lawa ya?

Kak Zah macham tak percaya yang adiknya Adam berubah citarasa. Mama dan adik Kak Zah yang bongsu, Erin hanya mampu tergelak dengan muka kelat Adam. Semuanya gara-gara mama Dee ada ke rumah mereka petang tadinya untuk berbincang soal perkahwinan Adam dengan Dee.

“Patutlah tak keluar malam takut seri pengantin dia hilang!” Usik Kak Zah lagi.

Adam panas bontot diasak dengan usikan sebegitu. Terus lari masuk ke bilik. Macham anak dara lah kanda ni! Malu-malu pulak!

“Mama setuju ke?” Soalan Kak Zah hanya mama jawab dengan jungkitan bahu.

Di balkoni bilik, terbayang di ingatan Adam peristiwa dia menebual Ain dalam pejabat Kak Zah. Dan juga saat dia menolong Ain mengemas bilik darjah. Mungkin inikah yang dinamakan chenta? Siang terbayang, malam terkenang..

Adam makan sorang-sorang di kedai mamak. Kak Long yang kebetulan di situ menawarkan diri untuk duduk semeja dengan Adam. Oh, ropanya Kak Long atau namanya Syarina memang kenal dengan Adam. Ditanya bila lagi Adam akan terbang ke luar negeri kerana teringin benar dia punya sebarang hadiah pemberian Adam sebagai kenangan.

“Okey, insyaallah. Untuk you apa saja I sanggup belikan. Nanti I tengok apa yang sesuai, eh?” Adam Mukhriz menaburkan janji manis.

Kereta putih muncul. Sengaja dihon beberapa kali untuk menarik perhatian Adam. Adam mula bangkit untuk meninggalkan mejanya.

“Kita jumpa lain kali, eh? Sorry.You betul nak hadiah dari I?”

“Nak!” Pantas Syarina menjawab.

“Kalau macham tu, you tolong bayarkan eh. Mekasih.” Terpinga-pinga Syarina mendengarkan permintaan yang lebih kepada arahan dari Adam itu. Adam terus pergi meninggalkannya bersama-sama Dee yang dah sedia menunggu dalam kereta.

Boleh tahan kemut jugak kanda ni ya! Makan roti canai dengan teh tarik pun berkira sangat nak bayar. Siap beri kata dua kepada Syarina.

Ain yang baru sampai dari kampung berjalan pulang ke rumah. Adam yang kebetulan memandu pulang ternampak Ain masuk ke perkarangan rumah yang dikenalinya. Rumah yang sama dengan Syarina.

Adam keluar makan malam dengan entah-perempuan-mana pulak. Si Adam Mukhriz, manis mulut bagaikan menanam tebu di pinggir bibir.

“You tak rindukan I ke, Rina?” Sengaja matanya dikecilkan sewaktu bertanyakan soalan itu kepada wanita di hadapannya. Supaya tiada lagi soalan-soalan tipikal yang malas untuk dia jawab, dan taktik itu berjaya..seperti biasa.

Tanpa dirancang, Dee pun sama makan malam di situ tapi dengan berlainan jejaka. Dari mejanya dia nampak betapa mesra Adam dengan wanita lain, siap suap-suap makanan lagi. Jelly much, cik rambut kepuk-kepuk?

Di lain waktu dan ketika, Ain berjalan keluar dari sebuah restoran bersama-sama Adam. Adam yang tertinggal telefon bimbit di meja terpaksa berpatah balik. Ain yang di luar restoran tiba-tiba diserang oleh Dee dengan sebilah pisau yang tepat dihunus ke dadanya.

Bersambung..

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s