Adam dan Hawa: Episode 2

Cik kak yang meluru tu rupanya Kak Long Ain, sepupu barangkali. Saja bertanyakan Ain dapat tak kerja kat Puncak Ilmu, ada jumpa siapa-siapa tak. Ain iyakan sahaja dengan muka mamai tengah tidur. Pertanyaan Kak Long tu lebih menjurus kepada soal-siasat berkenaan Adam. Siap pesan jangan mengorat dan jangan tergoda dengan siapa-siapa kat tadika tu.

Di meja sarapan, Adam tanpa dipaksa menawarkan diri nak hantar Kak Zah. Ada udang di sebalik batu. Tu semua alasan supaya dapat bersua muka, bertentang mata dengan Ain kan kanda??!!

“Yang apa, Ain eh.. Dia kerja kat situ ke?”

Sekilas ikan di air sudah dinda tahu jantan atau betinanya. Begitu jua Kak Zah. Mama awal-awal dah kasik amaran kepada Adam supaya jangan nak macham-macham.

“Kirim salam Ain.” Muka comel.

“Amboi..” Mama senyum dengan keletah anaknya.

“Kirim salampun salah ke, mama? Tak salah, kan? Dapat pahala apa..”

Wa’alaikumussalam, kanda. Ahaks!

Mama mula bertanyakan bila Adam nak kahwin sedangkan usia dah cecah 27 tahun. Sedang molek sangat, sedang ranum, sedangggggg… *whispering* subur bak kata orang. Tapi Adam pandai mengelak. Taknak melangkah bendul Kak Zah. Bila dicadangkan supaya supaya disekalikan kendurinya dengan Kak Zah, mentah-mentah Adam menolak.

“NO WAY, okay! Lelaki kalau kawen bawah umur 30-an tak jadik. Tetapi kalau dah kawen atas 30-an, haaa..itulah baru matang.”

Kanda tu dah masak ranum, ok! RANUM!

“Bertunang dulu..” Pujuk mama lagi. “Macham mana, dah ada pilihan?”

“Berlambak!”

Tapi tetap nakkan dinda yang satu, kan? Aumm!

Mama pesan, janganlah Dee yang dijadikan pilihan. Dah banyak kali mama terserempak Dee dengan lelaki lain dan mama memang tak berkenan. Diam saja Adam mendengarkan mamanya berbicara. Tiada reaksi yang pasti. Marah tidak, cemburu pun tidak. Macham tak kisah.

Adam persoalkan kepada mama, kenapalah mama tak suka sangat dengan Dee sedangkan dia sendiri bukanlah komited sangat dengan Dee. Mama nasihatkan dalam perkahwinan kita kena tahu dari semua segi dan mama tak kisah sama sekali akan pilihan anaknya. Kalau kahwin biarlah sampai ke hujung nyawa. Adam tegaskan yang buat masa ni dia masih belum bersedia untuk kahwin, bertunang ataupun nikah.

“Okeylah mama, Am gerak dulu. Untuk carik calon-calon yang sesuai untuk mama.” Berseloroh Adam dengan mamanya.

Nak ke mana tu kanda? Ke tadika Puncak Ilmu? Ini tak lain tak bukan nak tengok Ain. Dinda aci kerat kuku jari kelingking lah!

Panggilan yang masuk dibiarkan sahaja. Panggilan dari Dee. Langkah dimajukan dengan pantas. Mencari arah tujuan dan destinasi yang pasti. Perasan yang Ain bersama-sama Kak Zah dalam kelas, timbul idea bernas dari otak nakalnya. Sengaja diciptakan alasan untuk Kak Zah beredar dari situ, kononnya Kak Zah ada panggilan telefon di pejabat. Buru-buru Kak Zah keluar.

Jerat sudah mengena!

Ain meneruskan kerja-kerja mengemas dalam bilik darjah. Tau yang Adam berdiri di muka pintu. Ditolehnya sejenak. Dengan bahasa isyarat, Adam mengucapkan “hai”. Tanpa suara, tanpa kata-kata hanya gerak tubuh yang menjadi penghubung bicara.

“Kak Zah tu dah 30 tahun tapi masih belum kawen-kawen lagi. Bahayakan kalau jadik dara tua, tak laku nanti.” Adam memulakan perbualan.

Ain dah pelik. Icebreaking tak kena gaya *bunyi cengkerik*. Tau yang dia tidak dihiraukan, Adam coba jaya lagik.

“Hai..” Adam hanya memerhatikan Ain yang masih membelakangkannya sambil mengemas meja murid-murid yang bersepah.

Oh tuhanku!! Kalau dinda di situ, maunya ketar lutut. Sudahlah kanda di belakang dinda, apa-apa sahaja bisa terjadi. Contohnya, kanda peluk dinda dari belakang. Dan kemudiannya dinda palingkan badan dari pelukan kanda. Mata bertemu mata. Tiada kata yang perlu diungkapkan..hanya nafas mendesah yang menjadi bualan. Dan..dan..dannnnnn…

Imaginasi menjadi liar lagi.

“Hai..” Dua harakat. Minta dirinya diberikan respon.

“Hai! Boleh saya tolong ke?” Akhirnya Ain beralah.

“Takpe. Saya tolong. Sibuk ke?”

“Sibuklah, banyak kerja kan?!”

“Mmmm.. Bila agaknya takde kerja?” Tangan Adam pantas menolong Ain mengutip buku-buku di atas meja.

“Bila dah habis kerja.”

Dipandangnya Ain yang betul-betul berhadapan dengannya. Buku-buku di masih di tangan. Sengaja diperhatikan Ain lama begitu sampai Ain berasa tidak selesa. Ain coba untuk capai buku pada tangan Adam tapi sengaja Adam larikkan jauh sedikit.

Main tarik tali ya kanda!

“Bila tu?” Ain tarik nafas, dan terus diambilnya buku-buku dari tangan Adam. Pensel-pensel yang dikutip Adam juga diambilnya.

Ain tak jawab soalan Adam. Terus berlalu meninggalkan dia di situ untuk mengutip buku-buku yang lain. Adam hanya membontoti dari belakang dengan reaksi yang tidak puas hati tidak dilayan.

Dee yang datang ke tadika mencari Adam ternampak kelibat Adam dan Ain dalam kelas. Diperhatikan dari jauh aksi Adam dengan gadis lain di hadapan matanya. Api cemburu mula menjelma. Tak sanggup menyaksikan dengan lebih lanjut, Dee terus meninggalkan tadika Puncak Ilmu.

Terus-terang Ain bagitau kat Adam sebaiknya dielakkan daripada dia berdua-duaan dengan Adam sebab nanti nampak tak manis dan orang akan mula mengata. Kata-kata Ain dibuat endah tidak endah sahaja.

“Esok hari Sabtu. Boleh tak kalau kita bertemu?”

Omomomomo..comelnya kanda berbahasa berirama begitu.

Ain enggan, katanya tiada masa. Tapi Adam terus-terusan mendesak. Langsung tak boleh terima perkataan “tidak”. Pantang ajakannya ditolak. Jujur Ain cakap yang dia nak balik kampung. Adam senyum.

Senyuman legakah itu, kanda?

Cikgu Zawyah kebetulan lalu. Kebetulan nampak Adam dan Ain dalam kelas. Dan tidaklah lagi secara kebetulan apabila Cikgu Zawyah terus menghampiri kelas itu untuk mendengar dan melihat dengan lebih lanjut.

“Oh, balik kampung. Ingatkan boyfriend marah. You memang takde boyfriend, kan? You masih single, right?” Ayat-ayat mengorat Adam Mukhriz. Casanova mode is on! Sengaja dikecilkan matanya apabila menyoal Ain. Persis polis pencen!

Ain mula jelek.

“Kalau adapun kenapa? Ada masalah?”

“No! Takde masalah. Tanya je.” Adam masih lagi berbicara dengan Ain yang sekali lagi membelakangkannya. Nakal sekali pandangan matanya.

“Ni Kak Zah kata you tengah tunggu jawapan dari IPTA, eh? You masuk U mana? Bolehlah kita masuk bersama-sama, kan?”

Sabarlah wahai hati. Sabar. Ketahuilah wahai kanda, kalau kanda mengajukan soalan begitu kepada dinda hati ini bagi berlari pecut 100m. Kalah Usain Bolt! Kencang mengalahkan puting beliung degupan jantung dinda ini. Nak nak pulak dengan suara menggoda kanda yang begitu mempesona. Itupun kanda berbicara dari belakang. Kalau dari depan? Jangan salahkan dinda kalau ada aksi spontan luar kawalan..jaga-jaga kandaaaa!!

Ain malas nak melayan coleteh Adam. Terus dia berlalu selepas siap mengemas kelas tadika.

“Ain! Ainnnnnnnnnnn…~” Empat harakat. Manja suara Adam memanggil Ain yang tidak menghiraukannya. Masih mengikut ke mana sahaja Ain pergi.

Makkkkkkk!! Kenapa mak tukar nama adik dulu? Kalaulah mak letak je nama Nur Ain, musti adik tidur dengan senyuman tau! Bukan senang nak dengar abam Aaron memanggil nama dengan rengekan manja sebegitu makkkkkk!!!

Cikgu Zawyah menyaksikan segala dramawisata Adam dan Hawa. Padan muka!

Ain menuju ke pantry. Dijelaskan yang keputusan IPTA dalam 2-3 bulan lagi. Kerjanya di Puncak Ilmu pun hanyalah sementara bagi menggantikan Cikgu Mimah habis pantang. Sempat Ain suakan air segelas kepada Adam. Adam senyum comel lagi sebagai tanda terima kasih.

“Tiga bulanpun, tiga bulanlah!”

“Kenapa dengan tiga bulan?”

“Tak ada apa-apa. Maksud I, dalam masa tiga bulan ni macham-macham boleh berlaku, kan?”  

“Apa tu maksudnya?”

“Maksudnya…” Muka nakal lagi. Ahhh..

Perbualan dipotong oleh Cikgu Zawyah yang mencuri-curi dengar di balik pintu. Ditegurnya Ain yang duduk di situ sedangkan masih lagi waktu mengajar.

“Eh, Am pun ada jugak.” Plastik sangat. Padahal memang dah selambak si Adam duduk tercongok di situ. Bukan kecik-kecik orang okey!

Adam buat muka bersahaja. Ain terus keluar dari pantry.

“Habis madu sepah dibuang.” Ada nada perli di situ yang ditujukan kepada Adam. Adam buat muka tak bersalah. Marah Cikgu Zawyah, terus jalan cepat-cepat.

“Ada madu free pun belum tentu lebah ni nak. Lebah ni ada taste tau. High taste!”

Cikgu Zawyah nak korek maklumat dari Ain. Bertanyakan apa yang Adam nak dengan Ain. Ain jawab takde apa-apa sekadar nak borak-borak. Terus Cikgu Zawyah mula cucuk jarum. Dinasihatkan supaya Ain berhati-hati dengan semua orang terutama sekali Adam Mukhriz. Banyak cikgu-cikgu yang dah jadik mangsa.

Di shopping mall, mama ternampak Dee jalan-jalan dengan lelaki lain. Masih punya keberanian, Dee yang perasan mama Adam di situ terus pergi menyapa dan menawarkan diri untuk menghantar mama Adam pulang dan ajakan minum petang. Tapi mama adam bijak, hati dia tak boleh dibeli dengan pelawaan Dee.

Dee dengan kereta putihnya ke rumah Adam. Hon dibunyikan dan tak lama kemudian keluarlah seorang hamba Allah berbaju V-neck navy blue bersama seluar khakis coklat muda. Kachak! Dee ajak Adam keluar tapi Adam tolak dengan baik. Penat katanya. Dee masih tak putus asa, masih pujuk Adam supaya keluar dengannya.

“Lepaskan Maghrib dulu boleh?” Adam berdiplomasi.

“Okey, kalau macham tu I tunggu kat dalam?” Soalan yang tak mintak persetujuan, lebih kepada penawaran diri tanpa dipinta. Dee terus atur langkah keluar dari keretanya tapi dihalang Adam. Mama bising nanti. Dan sememangnya, wajah mama di muka pintu yang melihat Dee di luar pagar tidak manis seperti biasa.

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Fokus hanya diberikan kepada Adam dan Ain sahaja.

2 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 2

  1. ::i ske ain ni lah..sebab die plain..n manis.. casting crew production ni pandai buat kije… i still feel bad for anzalna dow.. lol…eh iz..larat ka nk review by episode?::

    • true! dia gadis yang sederhana tapi manis. takdelah nampak urban sangat, suits with the character well. anzalna? spoiled brat. spoiled brat everywhere..

      i akan tulis by episodes untuk premier week sahaja. lepas ni akan combine. memang tak daya, i sendiri tak larat dah nak meroyan sorang-sorang bila menulis. apatah lagi orang yang membaca, kan?! lagipun, up coming episodes sure banyak selit citer watak lain jugak, not just Adam dan Hawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s