Adam dan Hawa: Episode 1

Segak dengan uniform, dua orang pilot dan krew kabin berjalan menuju ke pintu keluar. Pilot yang sorang itu berjalan dengan gaya tak ubah seperti model sambil menarik beg kabin, tangan menyeluk poket.

Pintu keluar tulis “Departure Hall”. Seriously?? Seriously??!! Laju kereta convertible BMW meluncur dan berhenti betul-betul di hadapan kumpulan krew kabin. Betul-betul di hadapan jejaka kachak itu.

Okaylah, gua fikir yang positif. Mungkin di Departure Hall lebih mudah untuk buat penggambaran kalau nak dibandingkan dengan Arrival Hall yang sentiasa sibuk dengan teksi dan keluarga yang datang menjemput.

Jejaka kachak beruniform pilot menuju ke kereta putih.

“Hai, sayangggggg.” Sapa si gadis. Dua harakat. Sengau!

“Hai.”

“Hey, you drive?”

“Okay.”

Si gadis yang memandu keluar dari tempat pemanduan sambil berjalan liuk lentuk. Sempat si jejaka kachak beruniform pilot membukakan pintu di sebelah penumpang. Terus aja kereta dipecut laju ke destinasi.

Di suatu lokasi yang berlainan, seorang gadis menyikat rambutnya, beg tangan disandangkan ke bahu, gincu dioleskan nipis ke bibir. Sederhana wajahnya tetapi tetap kelihatan menarik dalam refleksi di cermin itu. Buru-buru dia menulis sekeping nota ringkas dan menampalnya di pintu peti sejuk. Oh, kidal! I loveeeee lefty!

“Ain keluar pergi Tadika Puncak Ilmu.”

Oh, si gadis ini Ain namanya.

Dalam kereta putih, gadis berambut hitam likat sudah terlentuk di bahu jejaka kachak. Mudah benar si jejaka itu memandu dengan sebelah tangan sahaja, manakala sebelah lagi melingkari tubuh si gadis gedik. Ini boleh menimbulkan marah!!

“Sayangggg..” Dua harakat lagi. Sengau. “Jom breakfast? Ke you nak breakfast I?” Soalan disambung dengan senyuman menggoda. Tali leher si jejaka dipintal-pintal.

CIS! BEDEBAHHHHHHH!! BERANI KAU??!!

Yang disebelah, riak di wajahnya tenang, dengan senyuman bersahaja. Dalam hati tak siapa yang tahu. Namun untuk termakan dengan godaan dan pelawaan hidangan percuma tidak sama sekali. Oh, kandaaaaa!!

“I nak breakfast dengan bantal dengan katil I.”

“Well, I can be your pillow.” Masih tak mau mengalah.

HELLLLLLOOOOOOO!! Bantal tu hanya gua je yang boleh jadik tau tak??!! Jilaka!

Topik diubah, ditanya si gadis hadiah apa yang dibelikan untuknya? Dengan wajah sedikit bersalah, jujur si jejaka menjawab yang tiada hadiah untuk si gadis. Nak belikan barang yang mamanya dan Kak Zah pesan pun tak sempat. Namun di bibir manis mungil mintak dicium itu masih lagi mampu menuturkan ayat untuk menyedapkan telinga untuk didengar, dan menenangkan hati yang menyirap dengan amarah.

“Yang penting you have me, right?”

Ya kanda! Kanda sendiri umpama hadiah yang terhebat untuk diri dinda ini. Tiada tolok bandingannya!

Cobaan mudah untuk memujuk si gadis yang sudah mula menarik muka. Si gadis mula mencarik senyum. Berjaya! Apa ada hal lah hadiah tak beli pun nak merajuk? Pftttt??!! Tengok gua ni, asalkan kanda sampai dengan selamat sudah cukup! Itu baru betul sayang. Meow!

“Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak merajukkkkk..” Muncung-muncung mulut si jejaka mengajuk perbuatan si gadis yang cepat merajuk. Kanda, jangan nak muncung sangat boleh tak? Dinda cium sungguh-sungguh nanti!

Ain berjalan kaki sambil bermonolog dalaman. Berangan yang suatu hari nanti ingin juga punya rumah besar saat melintasi deretan rumah mewah di kawasan itu. Jalan menonong. Lintas jalan pun dah tak tengok kiri-kanan.

Sebuah kereta putih meluncur laju ke arah Ain. Mujur sempat berhenti secara mengejut. Ain yang hampir dilanggar sedikit tergamam. SEDIKIT. SEDIKIT SANGAT! Selaku orang yang sentiasa menjadi ayam tiap kali nak melintas jalan, dan jugak orang yang takut nak melintas jalan gua rasa reaksi terkejut Ain itu sangat kaku. Nampak macham dah bersedia dan tau kereta itu akan berhenti dan takkan melanggar dia.

Oh, kereta putih si jejaka kachak bersama-sama gadis gedik yang suka meliuk lentuk itu ropanya! Si jejaka buat muka tak puas hati dengan Ain. Yelah, nak lintas tak pandang kanan-kiri. Mujur tak dilanggar tadi. Faham yang itu adalah kesalahannya, Ain mengangguk tanda memohon maaf. Ain undur beberapa langkah ke belakang untuk memberikan laluan kepada kereta itu untuk meneruskan perjalanan mereka.

Gadis gedik di sebelah buat muka jelek. Dan di wajah si jejaka, seperti punya suatu ekspresi yang sukar untuk digambarkan.

Dalam hati Ain mengakui yang jejaka itu sememangnya kachak! Well, tell me something that I don’t know, Ain! *rolling my eyes*

Kereta itu berhenti di sebuah bangunan merah-kuning. Sebuah tadika. Sempat beramas-mesra pasangan itu dalam kereta sambil diperhatikan seorang oleh seorang wanita dari dalam bangunan. Si jejaka mengatur langkah dengan membawa barang-barang di tangan menuju ke arah pintu masuk tadika.

Dari jauh, Ain nampak kereta yang sama yang hampir melanggarnya tadi. Perlahan dia menyapa gadis yang masih di dalam kereta dengan anggukan kepala. Tapi si gadis gedik menjawab dengan wajah kerek.

Dalam tadika, jejaka disapa oleh seorang wanita lain yang dipanggil chegu. Adam, atau lebih mesra dipanggil Am. Ahh.. entah mengapa, di mata dinda ini kanda nampak sedikit kurus berbanding sebelumnya.

Am bagitau yang dia singgah sebab nak hantar barang yang Kak Zah kirim. Lepas ni nak kena mengadap ma’am besar kat rumah pulak.

Terpandang pulak oleh Am gadis yang sama yang hampir dilanggarnya sebentar tadi. Ain. Ralit Ain memerhatikan anak-anak di dalam kelas di muka pintu. Kening Am terangkat. Akal nakal mula pantas berhubung antara satu sama lain. Ni musti banyak minum susu cap gantung masa kecik-kecik, sebab tu bijak!

Pelan-pelan Adam jalan ke arah Ain. Disapanya dari belakang.

“Carik siapa?”

Ain terkejut dengan sapaan yang tidak diduga. Mendongak dia untuk melihat si wajah empunya suara yang bertanya. Tinggi!

“Awak carik siapa?” Adam ulang soalan yang sama.

“Saya carik Cikgu Nor Azah.” Jawapan yang masih kedengaran punya sedikit kekagetan.

“Awak naik tangga, belok kanan, pintu pertama sekali.” Senafas Adam memberikan direction dan terus berlalu tanpa sempat Ain ucap terima kasih.

Beberapa langkah di hadapan, Adam menoleh ke belakang. Melihat dari kejauhan gadis itu terpinga-pinga mencari arah tujuan. Senyum nakal tercarik lagi di bibir yang maha indah itu. Kanda main-mainkan Ain ke ni? Seperti teragak-agak untuk kanda membontoti Ain. Tapi sudahnya kanda berjalan menuju ke pintu. Berjalan menuju ke perempuan menggeletis itu..

“Baby..” Suara lunak garaunya memanggil.

BABY???!!!

B.A.B.Y??

B.A.B.Y??????????!!!!!!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Vavi.

Adam terangkan yang Kak Zah ada masalah sikit dan dia perlu bantu. Tapi si gadis merengek-rengek manja sambil tangan tu tak lepas-lepas nak pegang Adam. Grrrrr!!!

“Tak puas lagi nak lepaskan rindu kat you.”

“Malam ni I akan hilangkan segala-galanya.” Sengaja Adam tekan perkataan segala-galanya itu.

Oh, kanda. Robek hati dinda mendengarkan kanda berkata sedemikian ropa. Mengapa kanda? Mengapa? Tak cukupkah madu yang dinda berikan selama ini?!

Dasar! Eh.

Pejabat yang dicari untuk ketemu dengan Cikgu Nor Azah berjaya diketemui. Ain datang untuk temuduga jawatan guru sementara. Kak Zah minta Ain isikan borang sementara dia selesaikan hal di luar.

Di nursery, Adam memangku gagah bayi yang debab sambil mengagah-agah dengan sebelah tangan sahaja. SEBELAH TANGAN! Ohhh..hipotesis bahawa lelaki kachak akan berkali-kali ganda bertambah kekachakkannya apabila memegang bayi, diterima. Bukti terang dan jelas sudah ada di hadapan mata. Er..hipotesis ini hanya boleh digunapakai untuk kanda. Tee-hee.

Untung bayi tersebut T____T.

Melihatkan Adam yang begitu suka melayan budak-budak, diusiknya oleh Kak Cham agar Adam agar segera berkahwin. Tapi mudah Adam memberikan jawapan, tiada siapa yang nak kat dia.

DINDA ADA NI KANDAAAAA… SENTIASA SETIA MENANTIKAN KANDAAA!!!

Tambah Adam lagi, dia bukan memilih tapi bukan senang nak cari isteri. Tapi Kak Cham mengingatkan, yang Adam bukannya muda lagi. Adam nampak kelibat Kak Zah keluar dari pejabatnya. Reaksi muka Adam nakal lagi.

“Angka tak penting, kak. Yang penting apa yang ada dalam hati.” Jawab Adam ringkas. “Betul tak? Betul tak? Bye-bye” Sempat Adam mengagah bayi tembam sebelum pergi meninggalkan nursery.

Ain dalam pejabat keseorangan. Dia bangun dari kerusinya lalu berjalan-jalan ke arah papan notis yang penuh dengan lukisan anak-anak yang dilekatkan di situ. Di atas meja sudut, masih ada saki-baki lukisan yang tidak ditampal. Senyum Ain dengan lukisan-lukisan kanak-kanak 3-5 tahun itu.

“Binatang apa ni, eh?” Soal Ain kepada diri sendiri. Tak dapat nak teka apa yang diimaginasikan oleh si pelukisnya barangkali.

“Dinosaur.”

Serentak kertas lukisan yang dipegang dalam tangan Ain berterabur ke atas lantai. Terkejut! Tiba-tiba suatu suara lelaki memberikan jawapan dari belakangnya.

Adam!

Tangkas Adam membongkokkan badan menolong Ain mengutip lukisan yang berterabur. Matanya sempat mencuri pandang wajah polos di hadapannya. Ain menyumpah-nyumpah dalam hati kerna entah mengapa dia boleh jadi sekalut begitu.

Dan mulutnya mula bertanya siapakah Ain? Ain bagitau yang dia datang untuk temuduga. Wajah Adam serius di tempat duduk Kak Zah. Seolah-olah dialah pulak bos di situ.

Sedar yang gadis di hadapannya masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi, Adam bertanyakan sekali lagi siapakah nama Ain. Tapi Ain menjawab soalan Adam dengan soalan juga, untuk apa nak tahu nama dia? Cepat Adam menegaskan, yang tujuannya adalah untuk temuduga. Kalau namapun tak tahu, macham mana Kak Zah nak temuduga? Tapi kalau tak kisah, dia sendiri boleh menggantikan Kak Zah.

“Boleh kita mulakan?” Sambil tangannya dihulurkan ke arah Ain sebagai tanda untuk Ain menyerahkan borang yang diisi tadi. Kemain!

Terdetik dalam hati, Ain mula bermonolog dalaman lagi. Wajahnya jejaka di hadapannya kachak, tapi kachak pun tak guna jugak kalau perangai haprak.

“Ain Hawani binti Ismail. Nak panggil apa?”

“Panggil Ain je.”

“Ainnnnnn..” Disebut dengan 2 harakat sambil angkat kening. Mischievous sangat tau kanda kalau buat muka nakal macham tu! Dada dinda ni asik berombak kencang.

Kak Zah datang. Cepat-cepat Adam bangun dari kerusi Kak Zah dan berdiri tepi. Tangan masuk kocek. Kachak, menawan, gaya mutu dan keunggulan! Mengerti dengan keadaan yang agak *bunyi cengkerik* awkward Kak Zah tanya kepada Ain, ada apa-apa perkara yang tak munasabah yang Adam ajukan kepada dia? Tapi Adam pulak yang menjawab;

“She is still in one piece, kak. No worry. Am kan gentleman!” Begitu dalam suaranya menuturkan seolah-olah berbisik. Bergetar di jiwa dinda mendengarkan suara kanda sebegitu.

Kak Zah malas nak melayan adik kasanovanya tu.

“Sama-sama, kak.” Dituju kepada Kak Zah. Lebih kepada nada perli.

“Ok..sorry. Terima kasih ye.”  Kak Zah sedar dia belum ucap terima kasih lagi untuk barang-barang yang dibelikan Adam.

Adam mula atur langkah seperti mahu meninggalkan Kak Zah dan Ain di pejabat. Tapi sempat lagi sambil berlalu kenyit mata kat Ain.

OH TUHANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN~~

Inilah dinamakan coooobaaaannnnnn. *urut dada*

Ain terpana.

Dinda terkesima!

Oh, dinda tergoda. Dinda tergoda tergoda tergoda. Dari kerana mataaaaaaa….

Sedar yang Ain masih baru di situ, Kak Zah menerangkan yang Adam adalah adiknya yang nombor dua. Kerjanya seorang juruterbang, kalau tidak bertugas, aktiviti senggangnya adalah keluar outing dan dating. Sekali-sekala je jenguk kat Puncak Ilmu, tolong apa-apa yang patut.

Terus aja Kak Zah meneruskan dengan sesi temuduga.

“Nama saya Ain Hawani binti Ismail. Saya berumur 20 tahun…”

Sampai kat umah, mama Adam sambut anak kesayangan dengan lauk-pauk dan juadah yang menyelerakan di atas meja. Besar sungguh ma’am besar ropanya. Kak Zah perasan ada bungkusan hadiah atas meja kopi. Dilihatnya. Hadiah dari Dee.

So, perempuan gedik tu namanya Dee!

Mama akui dalam soal membelikan hadiah, itu memang kepandaian Dee. Tapi tak bermakna dia boleh beli hati mama. Crystal vase tu mahal, kata Kak Zah. Banyak duit (Dee), jawab Adam.

Adam tanya pada mama, ada Dee sengaja mencari kemarahan mama tak? Mama akui yang dia memang tak berkenan. Tapi Adam coba menerangkan yang dah kebetulan Dee datang kat airport, takkanlah dia nak malukan Dee depan kawan-kawan.

Adam mula mencari peluang mengalihkan topik.

“Ni kak..that girl, Ain..” Adam mula memancing.

“Stop it! Dia bawah umur, okey?!” Cepat Kak Zah potong niat adiknya. Tahu benar dengan perangai Adam.

“What are you talking about, she is 20 okay!” Masih coba mahu memancing.

Mama awal-awal lagi sudah tidak bersetuju. Telefon Adam bordering. Dee. Mama tahu panggilan itu dari Dee, tapi dimintanya supaya tidak dijawab panggilan tu.

“Dia sweet face, chantek tau.” Masih tak mau mengalah si Adam Mukhriz.

Kak Zah tetap tak benarkan sebab Ain adalah salah seorang daripada chegu di Puncak Ilmu. Mama pun setuju dengan Kak Zah, dinasihatkan anaknya yang tak baik kalau mainkan perasaan orang. Bimbang akhirnya nanti Adam sendiri yang akan terluka.

Ain pulang ke rumah. Dikhabarkan kepada Mak Lang yang dia dah dapat kerja dan esok dia akan mula bertugas. Dan hujung minggu nanti dia akan pulang ke kampung usai habis kelas. Takut kalau nanti dah mula kerja, tak dapat pulak nak coti.

Di luar, seorang wanita berjalan kaki di kaki lima jalan. Kereta hitam memecut laju dari belakang, dan kemudian membunyikan hon beberapa kali. Kereta diberhentikan ke tepi. Tingkap diturunkan secara automatik.

Adam!

Sekadar bertanyar khabar dari tepi jalan, wanita tersebut dengan nada manja cakap yang dia sekarang ni sibuk sikit.

“Maknanya kita dah tak boleh keluarlah? Okay, bye!” Sepantas kilat Adam memecut kereta Lexusnya. Siot! Jahatnya kanda niiiii!!!!

Menyesal perempuan tu cakap dia sibuk. Kalau tak, boleh dia keluar dengan Adam. Nak buat macham mana cik kak, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..padan muka. Makan asap la luuuu..

Adam keluar makan dengan Dee. Sebagai tanda sayang, Dee hadiahkan Adam sebuah jam tangan Rolex. Adam puji Dee yang dia memang pandai belikan hadiah.

“Sayangggg (2 harakat), untuk you I sanggup buat apa sahaja asalkan you selalu dengan I.”

“Mestilah sayang, tetapi kenalah tawan hati mama I dulu. Untuk kita.”

Berderai hati dinda dengan ayat kanda itu..

Cik kak tepi jalan tadi muncul semula. Oh, ini kiranya dia pun watak penting jugak dalam ini drama. Di pintu peti sejuk dia ternampak nota yang ditinggalkan pagi tadi. Terus dia meluru ke bilik Ain..

Bersambung..

.

i.Z.Z.i.e:

Sila kira berapa kali perkataan kachak digunakan untuk review episode 1 ni. Ha!

About these ads

10 thoughts on “Adam dan Hawa: Episode 1

  1. Tak larat kite nk kire, akak manis. Baca sambil perut masih kekenyangan, rase dibuai2 oleh abam adam utk tido. Eh.. Hahahha!
    Nk skip sume part monolog dalaman. Nak abam je. Abaaammmm (2 harakat yg x sengau ;p)

    • lepas ni i memang akan skip monolog dalaman tu. letih! dah la bosan! monolog dalaman hanya boleh diterima kalau abammmmm (2 harakat yang tidak sengau) sahaja.

      eh, rasa dibuai-buai oleh abam untuk tido??! amboi amboi amboiiiiiii~~~ (6 harakat)

    • hang punya aaaaaaaaaa tu 6 harakat ya? nak kena istiqamah hapdet tu boleh, tapi tulis sikit-sikit ja. tak larat weh nak meroyan panjang-panjang. seksa nokkkkkk!

  2. ::syabbaaas..syabbaaass…serasa terlebih panjang dari cerita tau !! as always, nicely done ! wa kesian kat anzalna tu lah..asik2 watak tu..pouting lips..menjeling tak tentu pasal… siaan.. tp nk wat cane…::

  3. watak favorite i setakat ni si Anzalna. sebab dia hot AND TIDAK BERMONOLOG DALAMAN! hahahahaha! :P good job adik tiri! xsaba nk baca smpai ep.80 hehe! go go go!

    • tapi dia sengauuuu.. pastu suka gesel-gesel kat abam Adam!! >.<

      sesungguhnya, i coba sehabis daya untuk terus menulis. sampai ke tarikh 19.9.2012, i baru siap sampai episode 6 padahal dah tayang 14 episodes. mati kejung i macham ni tau! kena tulis laju-laju tanpa meroyan sangatlah. tulis dan tulis dan tulis sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s