Adam Dan Hawa (prequel)

Salam kepada wanita-wanita yang tersipu-sipu saat melihatkan kanda kembali di kaca tv. Tee-hee!

Sesungguhnya, gua faham benar akan kesulitan yang dihadapi oleh rakan-rakan seangkatan lainnya yang tidak punya Mustika HD di rumah. Begitu jugalah yang berlaku kepada gua. Tiadalah kuali di dapur yang boleh gua jadikan piring Astro B.yond agar dapat menonton wajah kanda selama 80 episodes.

Chenta sejati memang begitu. Penuh dengan onak dan dugaan.

NAMUNNNNNNNN… janganlah dijadikan semua itu sebagai alasan wahai puan-puan dan cik-cik sekalian. Demi chenta sejati, lautan api tetap akan dinda renangi. Apalah sangat kalau tiada ceper Astro itu??!!

Solusi lainnya adalah melalui live streaming!!! Dinda gagahi ombak rindu yang bermaharajalela di segenap hati untuk bertemu dengan kanda. Akhirnyaaaaa..!! Terlampias sudah rindu dendam.

Tiadalah dinda tonton segala teaser berkenaan drama kanda yang ini sebelumnya, tiadalah jugak dinda curik-curik dengar OST nyanyian Siti Nurhaliza dan Hafiz. Semuanya kerna dinda khuatir…khuatir andai semuanya indah khabar dari rupa.

Eh, dengar katanya download link untuk setiap rancangan Astro kena tapis ye? Susahlah cenggini. Macham mana nak simpan dalam external hard disk akan kecomelan kanda dalam tiap episodes? Mati beragan dinda! (maksud: tampaknya sudah mati tapi nyatanya belum).

Oh, hipotesis bahawa chenta sejati memang penuh dengan onak dan dugaan sekali lagi diterima.

Sudah dinda khabarkan, episode pertama memainkan peranan yang paling penting! Di sinilah bermulanya titik tolak benih perchentaan kita berdua. Aumm!!

Dan ternyata, benih chenta kanda sudah mula tersemai subur di rahim hati dinda ini. Secara keseluruhannya, kanda untuk yang ke patplohpat juta kembali mencuri hati dinda yang satu ini lalu kanda letakkan di dalam hati kanda. Kanda kunci hati dinda di dalam hati kanda. Kunci itu kanda campak ke dalam laut yang paling dalam..

Lakonan kanda begitu bersahaja, begitu comel, begitu menggoda. Kenapa kanda..kenapa dikenyit mata itu??!! Nah..tengoklah dada dinda yang berombak kencang ini. Semuanya kerna kanda, bagaimana bisa dinda lelapkan mata di malam yang dingin sebegini?! Sudikah kanda menjadi selimut dinda?

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!

Maafin. Kerinduan terhadap kanda terlalu menggebu-gebu sehingga hilang pertimbangan dinda.

Inilah kali pertama gua tonton lakonan Nadiya Nissa. Boleh dipuji lakonannya itu. Tidaklah kaku atau terlalu mengikut skrip. Wajahnya nampak begitu manis sekali. Sekali tengok, hati ini sudah tertarik. Dan gua percaya, plot drama Adam & Hawa ini akan bertambah menarik lagi selepas ini di bawah arahan Feroz Abdul Kader.

Untuk kalian yang bertanyakan tentang review Adam Dan Hawa, sudah dari awal gua maklumkan bahawasanya segala pertimbangan terletak kepada mutu episode pertama ini. Dan ya, episode pertama sudah menambat hati gua.

Namun demikian halnya, di atas kesulitan yang sudah gua nyatakan di atas sukar jua untuk menulis dengan kadar segera sepanjang 80 episodes yang seterusnya. Walaupun satu episode cumalah 30 minit, namun tentu kalian faham bahawa dalam masa 30 itu punya potensi yang besar untuk abam Aaron bikin gua meroyan secara berkadar langsung.

Mungkin sebaik-baik jalan adalah gua gabungkan beberapa episodes dalam satu review.

Peti cadangan masih dibuka. Sila tinggalkan buah fikiran anda selepas anda membaca ayat ini dengan kuat-kuat..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Saya jatuh chenta dengan laki orang!!”

11 thoughts on “Adam Dan Hawa (prequel)

  1. Hahahah!! Sengal~
    Klu tunjuk kt tv3, sure timeline adik manis penuh dgn meroyan akak manis n mak tiri lols. Eps 1 not bad. So far sume characters deliver. Cuma yg x logic part arrival kuar kt departure hall…apekah? Hahaha!

    • abam aaron comel sangat lah dalam Adam dan Hawa ni. nakal yang memang mintak digomol! i bertabah hati tiap kali tengok dia sebagai Adam Mukhriz, nak nak plak pakai uniform pilot tu. hik hik hik. oh..sebab senang nak shooting kat departure kot?

  2. ::elleh..macham la ini kali pertama jatuh chenta ngan laki orang, tunangan orang., datuk orang…lol..aduh..harap2 adalah link donlodnya..ya ?::

    • wah! bukan kali pertama ke? nyeh nyeh nye. don’t worry sayammmm..i akan jadik tokan untuk kasik you drama ni everytime lepas i download okeh?! *pinky promise*

  3. nak!!! nak!!! nak review dr adik tiri!!!
    i don’t hv pinggang extra kat dapur utk tadah frekuensi mustika HD too…
    tambah sadis, i don’t have even tudung periuk utk Astro hahahaha!
    yep, pathetic~~~~
    silalah review nanti ye?
    aumm!!!
    p/s: hey2, laki org ke, bukan ke, asalkan namanya abam aaron aziz, pedulik hape kan? kekeke!

      • kah kah kah.. i was like.. gelak guling-guling baca you takde “pinggang extra kat dapur utk tadah frekuensi mustika HD”. comel!

        well..it’s hard to hate or to ignore abam aaron when it comes to watak novel yang biasa kita baca kan? he is so..what? -YUMMYLICIOUS!!

  4. kalo nak kira PINGGANG, PINGGANG i cukup besar nak tadah frekuensi ok? kekekeke! kalau utk dipeluk abam aaron pun pasti empuk je kahkahkah! *lari before kena baling pinggan dgn adik tiri*

  5. memula tak best gak bila tau heroin dia nadiya nissa..tp bila dh tgk every eps,ok la.not bad.at least tak kayu sgt cm bicara hati tu.heee.adaptasi sebijik ikut novel ni,siap ngn dialog pun sama.huhu.n opkos, am meruntun jiwa setiap org.semua duk pakat jatuh cinta kt abg pilot dah.adoi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s