Salam Lebaran diucapkan walaupun sudah di Syawal yang ke-9

Maafin. Agak kelewatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di ruangan ini. Medium yang lainnya serasa sudah disampaikan salam lebaran dan kemaafan. Cuma di sini agak tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

Arakian halnya, masihlah punya masa untuk gua berbuat demikian. Bukankah raya selama sebulan??!! Har har har.

Baru hari ini gua pulang semula ke kota metropolitan. Masih bersisa lelah di dada. Mudah benar terasa keletihan apabila memandu jarak jauh kini. Cerita-cerita raya dan bukan raya yang tidaklah banyak mana itu akan gua kongsikan kemudian. Tidaklah semeriah mana, biasa-biasa aja.

Oh, dengan rasminya berat yang turun tidaklah berapa nak mendadak sepanjang bulan Ramadhan telahpun dipecahkan gara-gara aktiviti makan tanpa henti sepanjang masa di hari raya. Dari angka 50kg kembali semula ke 54kg. Tatau nak nanges ke apa. Mungkin perlu berlompat bintang dengan kadar tanpa henti mulai sekarang.

Eh, idea bernas! Maklumlah, drama Adam Dan Hawa lakonan kanda Aaron Aziz sudah mulai ke udara malam ini. Molek! Memang molek benar nampak gayanya! Sudahlah kachak, tinggi pulak. Tambah lagi dengan uniform pilot itu. Meowwww sangat tau! *senyum gatal*

Dah tak pasal nak melalut.

OKTHXBYE.

Wajah di atas adalah default picture untuk dipaparkan di setiap medium.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon dimaafkan atas segala keterlanjuran bait kata, terkasar laku dan cara. Halalkan makan minum.

4 thoughts on “Salam Lebaran diucapkan walaupun sudah di Syawal yang ke-9

  1. Hihik…dpt tgk adam mukhriz td. Seb baek umah ade MustikaHD. Rase nk mengaum tgk abam ;p

    Oh..selamat hari raya maaf zahir batin!

    • I hanya mampu tonton secara online je. Pasrah je lah..tapi sure puas kan dapat tengok abam aaron, HD plak tuh!

      Selamat Hati Raya. Maaf zahir & batin, adik manis🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s