Air mata turun mencurah-curah tanpa dipinta..

Wa tarak hal tengok iklan sayu-sedih-pilu sempena hari raya. In fact, gua lagik suka tengok iklan cenggini. Iklan happy-happy tak berkesan sangat kat hati tisu gua. Lagik sedih, lagik gua rasa best. Kalau iklan lawak macham “Kisah Janda Beranak 7” tu lain citer.

Selepas iklan ”Murai”  oleh Petronas, iklan ni adalah iklan yang begitu menyentuh hati sampai rasa terobek ke patala langit yang ketujuh. Syabas kepada BERNAS dan produksi.

“Kami tak ada keluarga. Raya di sini kot.” Jawab Fizi ringkas apabila ditanya akan berhari raya di mana.

Air mata gua dah merambu-rambu bila dengar dia cakap macham ni.

Senyuman sentiasa terukit di bibir Fizi. Senyuman itulah yang mampu membuatkan perasaan ini begitu meruntun sayu. Dalam setiap kekurangannya, tanpa dapat melihat donia di usia yang masih kecil tetapi senyuman itu sentiasa terukir di bibir.

Dan di pengakhiran cerita pendek dia antara Fizi serta Ahmad, sebaris ayat yang begitu tersayat..

“Mak Ahmad mak Fizi jugak.” Sambil tangan mereka memegang batu nisan milik kubur ibu Ahmad.

i.Z.Z.i.e:

Sebenarnya, gua dah tak boleh tulih panjang lebar. Sebak yang amat! *lap ayer mata*

8 thoughts on “Air mata turun mencurah-curah tanpa dipinta..

  1. aku baca entry hang ja mmg aku dah teriak! aku taktau pasaipa iklan ni sgt2 mengganggu emosi aku dari semalam. sebelum nak tidoq pun dok teringat, dok merambu ja keja. T________T mcm org putuih cinta pulak. rasa nak pi peluk depa dua

    • ako menangis bagai gila kat ofis wehhhh!! dah tak heran orang keliling. ehh..sebaklah, sebak. “Kami anak yatim.” awat sedih sangat tatau bila Fizi cakap lagu tu? TT_______TT

  2. mula2 mcm skeptikal jgk. wujud lg ke iklan sedih slps Allahyarham Yasmin Ahmad. Babak pertama. menten. Babak kedua ketiga dan seterusnya sgt menten. Wpn hati dh sayu dh. Masuk babak takbir raya, babak kt kubur. Tak boleh blah air mata jatuh mencurah2 mcm air paip ke air pancut. Sedih ko! huhuhuhu

  3. akhirnya ada gak iklan yg meruntun jiwa lepas pemergian arwah yasmin kan….dulu mcm ada gak org nak tiru but iklan mcm dia tp tak menjadik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s