Perasan tak…?

Barang-barang elektrik sekarang ni cepat rosak?

Kalau dolu, Mak gua siap boleh cerita kat kitaorang adik beradik; “Peti sejuk ni Abah beli masa Mak kawen, dah 20 tahun dah”, “Kipas angin tu umur Abang awak”, “Mesin basuh tu dah ada sebelum awak lahir lagi”. Tapi barang elektrik sekarang, dalam warranty pun dah rosak. Kalau dah lepas warranty, memang jahanam terus. Nak repair lagik mahal daripada beli yang baru.

 

Air minuman harga melebihi harga makanan?

Ini memang akan menyebabkan gua yang cheapskate ni merentan-rentan dalam hati. Gua tak boleh terima kalau harga air >RM5.00. Padahal bukan banyak mana sangat air dalam gelas tu, banyak ais jek! Lepas tu pulak, harga dah lebih daripada makanan. Ni musti nak kaut untung berkali ganda. Sebab ada yang suka lepak lama-lama, order 2-3 gelas air, kan? Oleh yang demikian, marilah kita minum sky juice sahaja.

 

Teknologi menguasai diri?

Kalau berjumpa di meja makan dengan teman-teman, 5 minit je bersembang manakala 50 minit yang lainnya adalah ralit dengan telefon pintar masing-masing. Wah! Gila ekzejeret gua! 50 minit berbalas 5. Hiperbola sangat tau! Tapi begitulah lebih kurang. Update Foursquare, Instagram, Facebook, Twitter dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang turut berkomunikasi dengan teman sebelah dalam alam maya. Ini jua terkena pada batang hidung gua. Maaf ya, teman-teman sekalian andai perbualan di meja makan seakan tidak lagi bernyawa. Sila salahkan teknologi! Muahahahaha.

One thought on “Perasan tak…?

  1. ::i could have never agreed more..especially point no 3 itu Yang Arif..it is sad u knoe..sebab kita datang, berjumpa sebabnya nk berborak..tp kalau sume da ralit ngan teknologi..who is there left to talk to…::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s