andai dapat ku undurkan putaran donia..

Juli tiba di penghujungnya, Agustus mula menjengah. Penat berkira bulan baru yang muncul sekelip mata. Ke mana pergi semua masa??!!

Mungkin kerna terlalu asyik dengan rutin harian, segalanya terasa seperti cepat sepantas kilat. Benar. Mengikut kajian psikologi, masa akan dirasakan lambat berlalu apabila kita belajar sesuatu yang baru. Seperti kita kecil dahulu. Donia seperti sebuah tempat untuk pembelajaran, banyak ilmu diterokai, belajar mengira dan mengenal ABC. Waktu seperti merangkak ketika ini!

Dan semakin usia meningkat dewasa, kita seperti berhenti membuat atau belajar sesuatu baru. Kita lebih terbiasa dengan rutin harian. Bangun tidur, makan, kerja, pulang ke rumah, tengok tv, dan tidur. Esoknya sekali lagi rutin yang sama. Kerna itulah masa dirasakan masa seperti berlari meninggalkan kita.

Andai kita hidup sehingga 80 tahun, dikatakan jangka hayat pertengahan umur yang sebenar adalah 20 tahun. Nampak permainannya di situ?

Dan mungkin kerna masih lagi menjalankan rutin harian yang sama, sekejapan Ramadhan sudah masuk hari yang ke-11. Pantas! Kurang daripada 20 hari, Aidilfitri pula akan bertamu.

Amboi! Panjang benor mukadimah. Siap berpsikologi bagai. Padahal nak bercerita pasal persiapan hari raya. Tee-hee!

Eh, bukan taknak hapdet pasal aktiviti berjimba-jimba. Itu perlukan banyak masa untuk tapis setiap bukti bergambar.

Ramai yang dah mula buat persiapan raya. Jualan murah di merata-rata. Kuih raya, baju raya, tudung, perhiasan rumah semua ada. Ada duit, semua jadi. Gua seperti biasa, cukup dengan baju raya sepasang dua. Itupun hasil kerja tangan bonda.

Selama hayat gua hidup di Kuala Lumpur ni, tak pernah gua ke Jalan TAR atau Masjid India semata-mata nak buat persiapan raya. Dari zaman belajar, sampailah dah kerja. Orang cakap, pergi sana barulah terasa kemeriahan nak sambut lebaran.

Gua tak rasa macham mana penat berasak-asak tatkala memilih kain dan baju kurung mahupun tudung. Gua tak rasa macham mana seronok tawar-menawar dengan pemborong.

Ada jugak yang masa raya ni akan bertukar dari kepala sampai ke hujung kaki. Beg tangan baru, jeans baru, seluar baru, kasut baru, sampai yang dalam-dalam pun mau yang baru. Betul, nak raya semua barang ada diskon. Tapi rasanya, gua beri jelah laluan dan takmau menambahkan sesak di shopping complex sekalian.

Untuk diri sendiri, rasanya tak kisahlah pakai mana yang ada dahulu. Tak semestinya raya semua perlu berganti baru. Ikut keperluan.

Mungkin sebab dah terbiasa dari kecik, Mak cuma ajar tiap kali Aidilfitri masing-masing akan dapat baju raya dan kasut raya sepasang. Kasut raya tu pun bukan tiap-tiap tahun dapat. Mak cakap, saiz kaki tak ‘mati’ lagi. Rogi kalau beli banyak-banyak kasut tapi nanti boleh pakai sekejap je. Baju-baju lain macham jeans, t-shirt, skirt kembang-kembang setalam memang takde.

Biasanya Mak akan belikan kain yang sama corak untuk Angah, Alang dan gua. Boria. Cuma warna yang berbeda. Masa tu mana cool kalau pakai corak/warna yang sama. Tak macham trend sekarang. Satu klorga beli kain sekodi.

Tapi itu pun dah cukup seronok. Biarpun sepasang je baju baru, tapi raya tetap sakan. Kalau beraya di kampung, semua rumah dijelajah. Kutip duit raya. Hari raya kedua nak pakai baju apa? Pakai aje baju raya tahun lepas, apa susah? Bukan orang ingatpun gua dah pernah pakai sebelum ni.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s