Dilema Wanita – Mixed Marriage

Tipu kalau gua terus-terusan coba menafikan betapa mulut-mulut puaka itu tidak perlu dihiraukan. Benar, hidup perlu diteruskan tanpa ambil pusing kata-kata nista tapi sedikit sebanyak akan terkesan jugak di hati.

Dilema sungguh di hati. Memang rasanya inilah yang gua akan hadapi di hari-hari mendatang. Hati  kena cekal kalau ini jalan yang gua pilih. Hati kena cekal nak tangkis kata-kata yang tidak enak di telinga. Hati kena cekal untuk kekal tersenyum. Hati kena cekal supaya tiada air mata yang akan turun membasahi pipi.

Gua perempuan. Tulen *batuk batuk*. Soalan yang sering diajukan, “Dah cukup kuat ke nak bimbing orang lain?”, “Family you okay ke? Family dia macham mana?”, “Is he ready to convert?”. Itu baru sikit. Belum lagi diambil kira soalan-soalan susulan seterusnya.

“Dia orang apa?”. ‘Orang apa’ dalam konteks ini adalah bangsa. Reaksi wajah dan respon adalah berlainan, berkadar langsung dengan jawapan dari mulut gua.

Kalau..

Jawapan: “Mat saleh.”

Respon (majoriti): “Wow! Musti handsome! Anak-anak nanti sure comel, mata biru, kulit putih, pandai speaking. Untung kau!” dan yada yada yada.

Kalau..

Jawapan: “Chinese.”

Respon #1: “Kau tak geli ke dia makan babi, hoi?! Minum arak plak tuh!”

Respon #2: “Berak cebok tak tu?”

Respond #3: “Nanti anak Chinese look, cute!”

Kalau..

Jawapan: “Indian.”

Respon #1: “Errr…”

Respon #2: “Errrrrrrrrrrr…”

Respon #3: “Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…”

Respon #4: “Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…”

Respon #5: “Muka India abis ke hoi??!! Takdak orang Melayu dah sampai kau nak India???!! Kaki putar jugak yang kau carik!”

Maaf kalau ada yang kata jawapan-jawapan sebegini kedengaran agak racist tapi inilah sebenarnya reaksi dan respon yang kerap gua terima.

Itu baru dari kawan-kawan dan kenalan. Belum lagi dikira sanak-saudara. Kalau dengan orang luar bolehlah dielak, tak payah nak herankan sangat. Tapi kalau dengan keluarga ni, nak berhadapan bukan sehari dua.

Tapi perasan tak, memang itulah dia ‘orang kita’. Orang Melayu kita. Dah 55 tahun Merdeka tapi masih lagi memandang tinggi bangsa asing dan memandang rendah bangsa tertentu. Kadang sering merasakan bangsa kita ni paling agung dan mengatasi bangsa lain. Pernah terfikir tak yang kita pun mungkin dipandang rendah bangsa lain ini? Pernah?

Benar, bukan senang mixed marriage ni. Lebih-lebih lagi kalau yang Islamnya adalah pihak perempuan. Nak membimbing suami supaya patuh kepada ajaran Islam bukan tugas mudah. Sebab lazimnya, isteri yang ikut suami, sebab dia tu ketua keluarga. Kang silap gaya, isteri yang Islam pulak ikut cara bukan Islam si suami. Nauzubillah min zalik!

Tapi kalau itu sudah jodoh yang ditetapkan-Nya, siapa kita nak menafikan? Mungkin asal tulang rusuk gua ini dari berlainan bangsa adanya. Mohon Dia berikanlah hidayah kepada tulang rusuk gua itu agar dapat menerima agama Islam dengan sepenuh hati, bukan kerna hanya untuk bernikah.

Juga hidayah kepada diri yang hina ini.

i.Z.Z.i.e:

Bangsa lain yang minum arak tu memang dah budaya dia. Yang kita, Melayu ni? Kadang kita yang Melayu ni minum arak lebih daripada bangsa yang minum arak tu sendiri.

5 thoughts on “Dilema Wanita – Mixed Marriage

  1. don’t listen to others. if jodoh u dgn dia, semua tuhan dah tetapkan, sure ada jalan terbaik utk sama2 bimbing diri. yg penting doa supaya diri kuat. just like u said, mulut org ramai tny itu ini, kata itu ini, tu semua buat hati kita jd lemah dgn doubts. bila ada doubts, lama2 membunuh cinta yg Allah bagi. i wish u all the best bebi!❤

    *ehem, mak i pun x restu i nak menikah dgn apek korea. dia tanak cucu sepet kononnya. wuuu.. padahal anak dia ni pun sepet gak. lol! macam2. *

    • aminn.. gosh, bila baca komen you ni mak tiri..terasa diri sangat disayangi tau. betul, bila banyak sangat dengar mulut orang yang bercakap dan kondem sana sini, secara tak langsung hati akan mula ada rasa ragu-ragu~

      p/s: mak you takut you tak balik raya sama tu, dah lah jauh kat korea nun kan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s