Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam wahai kalian pembaca budiman,

Makanya telah diumumkan seantero Malaya bahawasanya 1 Ramadhan 1433 Hijrah jatuh pada Sabtu ini, 21 Juli 2012.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Insya-Allah.

Dan semustinya di bulan puasa nanti akan menderu-deru hapdet di Facebook, Twitter dan Instagram gambar-gambar makanan yang umpama porno kepada perut yang berperang dengan lapar dan dahaga. Itu belum lagi dikira dengan status-status tentang juadah apa yang akan dimasak sendiri atau dibeli di pasar Ramadhan (param).

Seperti lazimnya, hidup sendiri jauh di kota metropolitan di bulan puasa begitu menguji diri. Masa inilah terkenangkan saat bonda mengejutkan anak-anaknya supaya bangun bersahur. Belum lagi dikira dengan juadah berbuka yang pelbagai dihidangkan di atas meja.

Seperti biasa, juadah sahur dan berbuka gua biasa-biasa aja. Tahun ini akan coba bersahur kerna gastrik semakin menjadi-jadi membuatkan daya ketahanan kulit perut sudah semakin merundum. Berbuka pula kalau sudah dapat nasik sepinggan sudah cukup. Puasa lazimnya begitu, makan sedikit aja sudah kenyang membawa ke malam.

Kalau ikutkan, tekak ini gemarkan Murtabak, Roti Jala, Manisan Tako dan Tepung Pelita. Tapi susah benar nak mencari kuih-muih dan juadah yang benar-benar enak di sini. Indah rupa dari rasa. Serik nak membeli. Mujur akhir-akhir ni Mak rajin kirai Roti Jala. Bolehlah buat permintaan istimewa tiap kali pulang ke Pulau Mutiara.

Kepada yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut puasa, moga selamat perjalanan pergi dan balik. Selamat berpuasa jugak kepada kalian semua.

One thought on “Salam Ramadhan Al-Mubarak

  1. Selamat berpuasa! Semoga Ramadhan tahun ni kita tak banyak membazir beli juadah berbuka sebab ada orang yang buka puasa hanya sekadar meneguk air kosong…😦 –> peringatan KERAS kepada DIRI SENDIRI supaya tak ikut napsu serakah bila nampak kuih kat param…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s