20 by Rizalman

Menggelupur bila dapat tau koleksi raya Rizalman akan ke Tesco yang terpilih bermula 7 Julai 2012. Bersempena dengan 20 tahun penglibatan Rizalman dalam donia fesyen, makanya beliau memberikan rekaannya dalam harga mampu milik kepada semua lapisan.

“Perlu diingatkan kolaborasi ini hanya akan berlaku sekali sahaja. Ini bukannya rangkai pakaian sedia pakai saya tapi adalah satu koleksi himpunan ‘collector’s item’ yang julung2 kali dilakukan.” -Rizalman Ibrahim.

Harapan nak pergi lepas berhari keluarga Sabtu lepas hancur berderai. Nantilah kendian gua cherita yang itu.

Semalam dengan jayanya telah sampai ke Tesco Mutiara Damansara. Alangkah sedihnya pabila melihatkan hanya saki baki yang tinggal. Ada 12 rekaan semuanya dan seperti yang kujangka terjadi, design yang gua nakkan itu semua telah habis licin disambar.

Mahukan yang polka dot itu..

.

..dan yang ini jua

.

Memandangkan dah sampai, coba jugaklah design yang tinggal. Materialnya adalah daripada fabrik lycra.

The Red Kebaya. Saiz M-menggeleber

.

The Red Kebaya. S-sendat

.

Kurung Moden

.

.

Gua ni tidaklah pernah pakai baju raya yang dijahit selain daripada hasil jahitan bonda kesayangan. Saat gua menyarungkan baju-baju rekaan Rizalman, memang elok terletak pada badan. Dan kerna material yang digunapakai juga adalah stretchable, tak susah kalau badan naik.

Sayangnya, ada baju yang dah rosak sedikit. Mungkin kerna cara pengendalian tidak berhati-hati semasa mencoba, ada jahitan yang sudah terburai.

Price range adalah di antara RM180-RM250. Untuk sesiapa yang berminat, bolehlah ke Tesco berhampiran; Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm Mall, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s