kerasukan kerna sekeping gambar suami orang yang berbaju t-shirt biru Superman di balik kaca

Salam kepada hati yang dirobek-robek sekalian.

Lenakah tidur malam kalian sejak akhir-akhir ini? Ataupun gundah gulana adanya? Ataupun perasaan terasa seperti kecelaruan. Kadangkala terasa seperti ada perasaan dengki dan iri hati? Mungkin juga terkena sawan tangis?

Hati gua ini bagaikan tertinggal di situ, di suatu penjuru yang tak ketahuan lokasinya. Tiada siapa yang bisa mengutip hati yang berkecai berderai-derai. Kecuali..

R _ _ _ _

Jantung mula berlompat bintang.

Oh, mana mungkin! Mana mungkin kerna gua tidak pernah jua memiliki hatinya. Dia kini milik orang. Milik seorang gadis yang baik tutur katanya, yang baik tingkah lakunya. Siapalah gua kalau nak dibandingkan dengan gadis itu *tengok diri sendiri dalam chermin*.

Jenuh gua coba elak pada awalnya. Namun, masih jugak ramai yang menulis di dinding Facebook dan garis masa Twitter. Galak sungguh status-status itu menyatakan betapa indahnya sebuah perkahwinan merpati dua sejoli ini. Bagaikan pinang dibelah dua. Begitu Islamik majlisnya.

“Definisi lelaki handsome memang 100% kena dengan husband Irma” – @yonna

Amboi! Kemain Mak Yon! Tapi masa ni gua tak terbukak hati lagik nak tengok apa yang Mak Yon tengok.

Sampailah Kak Ayu menunjukkan bukti bergambar. Oh Tuhan Esa. Sejak itu, donia gua sudah tidak lagi seperti dahulu. Semuanya telah berubah menjadi sebuah gersang dan kering kontang ibarat padang jarak padang tekukur.

Kak Ayu bercherita lagik, temunya mereka di Makkah Al-Mukarramah ketika mengerjakan umrah. Atas dasar pilihan klorga kedua-duanya disatukan.

Melihatkan segala bukti bergambar itu, dapat gua lihat betapa indahnya majlis perkahwinan mereka. Entah. Hari ini bagai tersentuh. Gua bukanlah jenis suka sangat tengok gambar perkahwinan tapi yang ini lain benar. Lain!

Orang kecoh-kecoh kata lawa Awal & Scha Al-Yahya kawen. Wa buat derk jek. Orang kata Lisa & Yusri kawen gorgeous kemain. Wa masih teruskan hidup seperti biasa.

Tapi yang ini, kali ini terkesan sampai ke tulang hitam!

Tergambar jelas kebahagiaan di wajah pengantin. Dan busana Irma Hasmie itu memang wajar dipuji. Kalau sebelum ni rata-rata pengantin pakai tudung cekik kat leher tapi dada masih terdedah dan tersembul, tapi tidak untuk Irma. Tudungnya dilabuhkan menutupi dada. Begitu chantek dan ayu.

Inainya jugak nampak elok di mata gua ini. Hanya berhias pendek ukiran corak sampai ke ruas jari. Tidaklah sampai melingkari ke pergelangan tangan. Manis sekali.

Gambar-gambar Irma dan Redza kelihatan begitu bersahaja. Tidaklah beria-ia berposing berpasal benor.

Dan semalam kembali terkena sawan tangis tatkala melihat video Pre-Wedding. Begitu lembut tutur katanya menikam di sukma, senyuman yang malu-malu, mata yang penuh dengan kata-kata dan wajah yang bercahaya.

Tak lepas di mata ini akan jam di tangannya itu.. *ehem ehem*.

Ohhh..aku tergoda. Aku tergoda terkecewa. Dari kerana mataaaaa…

“Dalam ramai-ramai orang dekat depan Kaabah ni kan, semua berpakaian ihram berwarna putih. Dan apa yang saya nampak, Subhanallah..saya nampak Irma dengan shawl warna merah. Dan time tu lah terdetiknya kenapa saya nampak Irma, saya jumpa Irma depan Kaabah.” –Redza Syah Azmeer.

Maha Suci Allah. Bergenang air mata tatkala mendengarkan pengucapan ini. Jodoh yang baik adalah untuk mereka yang baik juga halnya. Itu janji Allah. Di hadapan Kaabah mereka bertemu.

Melihatkan Redza, bagaikan tidak percaya yang ropanya wujud jua di alam nyata lelaki yang punya agama, harta dan rupa. Pada gua, itu semua khayalan semata. Hampir mustahil rasanya untuk bertemu seorang seperti itu di Malaysia. Gua sangkakan hanyalah ada dalam watak novel semata-mata.

Mana..mana kalian menyembunyikan diri selama ini??!!

Tiada lagi Seth Tan yang bermaharajalela di hati. Eh. Bukan. Masih lagi tapi peratusan sudah berkurangan. Tiada lagi Hariz dan Tengku Syahran mengungguli carta. Tiada jugak pelakon-pelakon dan hero Malaya seperti Aaron Aziz dan Adi Putra yang menjadi juara di jiwa.

Untung Irma ditemukan dengan suaminya. Untung juga suaminya beristerikan Irma.

Seingat gua dalam WHI, ada pengacara itu sendiri akui yang Irma Hasmie ni dari dolu lagi memang menjaga solatnya. Walaupun berada di set, dengan kesibukan memenuhi tugasnya tetap dia akan mencuri masa untuk menjalankan tuntutan agama.

Dan hati ini memang tertawan dengan perubahan Irma Hasmie berhijab. Bertidung litup bukan kerna mengikut aliran fasyen tetap kerna Tuhan Yang Satu.

Tak guna jugak kalau nak mengharapkan lelaki yang begitu sempurna di mata kalau diri sendiri masih tidak berusaha untuk berubah kerna Dia.

Diri ini juga bengkok, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tapi memang tak dapat dinafikan, memang kita semua sentiasa mendoakan kehadrat Illahi untuk mendapatkan suami yang mampu membimbing dan bersama-sama ke Jannah.

Ahh..hati makin pilu *lap ayaq mata*.

Tidak, di sini tidak mampu untuk gua meletakkan gambar mereka berdua, lebih-lebih lagi gambar si suami. Bak kata Kak Ayu, semuanya sudah terpahat di hati.

.

i.Z.Z.i.e:

Tak dapat nak menumpang kaseh, tumpang bahagia pun jadiklahhhh…

6 thoughts on “kerasukan kerna sekeping gambar suami orang yang berbaju t-shirt biru Superman di balik kaca

  1. Interesting post.. tersenyum simpul sambil membaca… saya pun macam terkesima.. bukan husband sendiri tak handsome (mesti mengaku🙂 ) tapi yang ni sekali pandang tertusuk ke jantung…subhanallah… moga pasangan ini senantiasa dilindungi dan diberkati Allah selalu.

  2. sukanya saya baca entry awak ni…….betullah..saya pun terrrrjatuh cinta dgn suami org huhuhu….terngiang2 cara redza sebut subhanallah tu kan….dan saya pun rasa jealousss sgttt dgn irma sbb dpt lelaki di alam realiti yg selama ni hanya wujud dlm novel2 cinta…subhanallah sweetnya couple ni…bukan disebabkan segala kemewahan dunia tetapi nampak dr segi kemanisan agamanya….

  3. Huaaaa…sentap saye bace entry awak nih…palaing x tahan masa redza sebut subhanaALLAH tu kan!!!!!yes ini mcm hero dlm novel melayu yg kite dok berangan2 tu kan ….dan yg paling btl mane lah redza ni di sembunyikan selama ini hahhaha……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s