Jakarta, Indonesia [Part 2]

Usai makan tengah hari di Restoran Sederhana, kami mintak supir bawak pusing-pusing sekitar kota Jakarta.

Pelbagai binaan yang begitu menarik perhatian. Seni binanya begitu unik. Tak hairanlah dahulu kenalan gua yang mengambil jurusan Seni Bina dan Rekaan ada beritahu, mereka sering ke Jakarta untuk melihat dan belajar seni bina di sini. Waktu itu gua agak pusing. Ada sedikit ragu-ragu.

Ternyata, memang tidak berasas  keraguan itu. Bangunan-bangunan di sini begitu menarik perhatian. Jauh bedanya dengan di tanah air.

Masjid yang diberi nama Masjid Istiqlal. Gua tak turun dari kereta kerna *batuk* barpakaian tidak sopan *batuk*. Masa supir sudah melencong masuk ke kawasan masjid, gua dah serba salah. Yelah, pakai shorts dengan kemeja. Tapi yakin benar supir mengatakan turun aja, tak mengapa -___-“

Bagaimana gua terpesona dengan binaan masjidnya, terpesona lagi gua dengan binaan Gereja Katedral Jakarta (nama rasmi: Santa Maria Pelindung Diangkat Ke Surga, De Kerk van Onze Lieve Vrouwe ten Hemelopneming) ini. Terletak betul-betul di hadapan masjid, hanya sebatang jalan yang memisahkan. Begitu indah seni binanya.

Bangunan putih tu adalah Istana Negara yang merupakan pejabat Presiden Indonesia yang terletak di Pusat Bandar Jakarta.

Memandangkan cuaca panas terik, dinasihati kami supaya ke Monas (Monumen Nasional) pada malam harinya sahaja. Terus sahaja dibawa ke destinasi yang dipinta, iaitu Hard Rock Jakarta.

Terletak di Plaza EX, bersebelahan dengan Plaza Indonesia, di tengah-tengah kota Jakarta. Di sini boleh nampak dengan jelas bangunan yang chantek-chantek dan memukau pandangan.

Sama macham di Thailand, di sini jugak kalau nak masuk ke shopping mall memang perlu lalui kawalan sekuriti yang ketat. Kena scan dulu.

Kenapakah Kak Ayu kelihatan begitu sayu..?

.

Tak paham jugak kenapakah kalian berempat bergambar bersama-sama Encik Lembu di atas?

.

Malamnya, terus ke Monas. Di sini seakan berpesta di malam hari. Banyak yang datang untuk berliburan, ada yang berjualan, ada jugak yang membuat persembahan bertujuan mencari sesuap nasi. Indah Monas di waktu malam

Sayang sekali sebab dah lewat. Kalau awal sikit masih bisa naik ke dek pemerhati menara Monas. Bayarannya gua tak berapa pasti.

Hari kian malam. Badan sudah penat. Pulang ke kamar untuk merehatkan diri dan bersedia untuk suatu lagi perjalanan yang panjang untuk esok hari.

End of Day #1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s