Toksahlah jadik lalang sangat.. Dan dan nak Forza Italia segala!

Mentanglah pagi kelmarin Spain menang penalti (4-2) dengan Portugal untuk layak ke final EURO 2012, tiba-tiba ramailah nak menghapdet status di Facebook dan di Twitter dalam Spanish.

Ya, lu boleh bilang yang ini adalah entry butthurt.

Gua bukanlah anti-Spain. Spain adalah pasukan yang menjadi favourite suatu waktu dahulu. Gua kenal Spain dari era Raul Gonzales. Spain antara pasukan yang punya pemain yang handal, yang bermain dalam kelab-kelab bolasepak terkemuka donia. Cuma waktu itu seringkali mereka kandas di peringkat kumpulan dan tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Bola itu bulat.

EURO 2008 Spain menjadi juara menentang Germany dan FIFA World Cup 2010 menentang Belanda. Berbondong-bondonglah yang mula memandang Spain. Lebih-lebih lagi penyokong wanita. Suka sebab David Villa, sebab Iker Casillas, Torres dan Fabregas. Kachak katanya.

Tapi berapa ramai yang kenal dengan Puyol? Berapa ramai yang sokong Spain kerna tektikal permainan tiki taka mereka?

Oh, Puyol. Gua masih ingat bagaimana kuchiwanya beliau bilamana menjaringkan gol sendiri di FIFA World Cup 2002 sewaktu menentang Paraguay.

Sebab itu sekarang gua malas dah nak sokong Spain. Because supporting Spain is too mainstream.

Ada yang katanya nak pakai jersi Spain ke Pavillion kalau menang sebagai tanda sokongan. Apakah? Kalau menang, boleh tengok berapa ramai yang akan pakai jersi pasukan yang menang. Ini memang normal. Pakai jersi bukan kerna menang sahaja, tapi kalah jua. Pakai jersi bila pasukan sendiri kalah baru thrill, baru betul beri sokongan. Pakai jersi pasukan dan beri sokongan ketika berada di tengah-tengah pasukan lawan. Ada bran?

Gua rasa takdak hal pun kalau nak pakai jersi walau ke mana hala nak dituju. Pakai baju jugak, kan? Bukannya bogel dan berjalan-jalan tanpa arah tuju dan haluan.

Dan sejak mulanya gua kenal permainan bolasepak antarabangsa, Italy terlebih dahulu mencuri hati. Mungkin sudah biasa dengan corak permainan AC Milan di Serie A, kerna itulah hidup mati tetap gua sokong Italy.

Memang. Segilintir mengatakan corak permainan liga Italy dan pasukan Azzurri sendiri begitu bosan. Terlalu defensive dan banyak long-passing. Tidak tactical seperti Germany ataupun menyerang seperti Belanda. Tak terkecuali dengan perangkap offiside yang sering dilakukan oleh salah seorang penyerangnya dahulu, Filippo Inzaghi.

Pandangan skeptikal lelaki-lelaki di luar sana yang wanita lazimnya meminati bola hanya kerna pemain yang kachak sahaja, bukan kerna skillnya. Tadipun gua sudahpun dibancuh. Dikatakan memang lazimlah wanita menyokong Italy sejak dari zaman Maldini lagi, hanya disebabkan pemain Italy kachak dan berbaju sendat.

Seksis!

Perlawan akhir EURO 2012 Poland-Ukraine akan berlangsung pagi Ahad ini. Semua sudah maklum, perlawanan ini adalah ulang tayang kumpulan C. Pertembungan antara Italy dan Spain sekali lagi. Pertembungan antara dua goalie terbaik dunia, Casillas dan Buffon. Kepada yang asik kata Italy akan bungkus awal-awal, makan hatilah!

Mungkin ada yang boleh bilang, buat apa beria-ia menyokong negara yang bertanding di EURO sedangkan langit yang dipayungi masih lagi Malaysia. Bermati-matian menyokong, pantang sekali kalau ada yang mengutuk.

Memanglah Malaysia bukannya anggota EURO, tidak pulak pernah layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Inilah dia dilema negara Asia Tenggara, tiada wakil yang mampu ke sana. Ada tak ada, bila Korea Selatan dan Jepun sebagai wakil Asia mula mara dan menempa nama sebaris gergasi bolasepak dunia.

Ini bukan sekadar berpijak di bumi yang nyata. Benar, Malaysia tiada dalam senarainya. Tapi inilah yang dinamakan semangat kesukanan yang tidak pernah kenal erti sempadan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s